Friday, December 23, 2011

*balik vs xbalik *

hai. selamat petang. 
esok ada test. law. x suka test. kan??
oh esok nak balik rumah. suka kan?? 


tapi masih dilema jugak.
patut balik ke x.


balik.
1. sebab boleh jumpak mak ayah n adik.
2. sebab boleh main dengan cingcing.
3. sebab boleh jimat duit makan untuk pat lima hari. kihkih.
4. sebab boleh dapat duit poket extra, tu pun kalo mak n ayah sudi nak sedekah.
5. sebab boleh konon2nya mintak restu mak ayah sebelum final. 
6. sebab boleh makan masakan mak. sumpah bosan makan ayam hari2. nak jugak makan sotong n udang n daging. bagus untuk otak, tambah2 time nak exam ni kan.
7. sebab boleh jalan2 dgn famili, kan cuti krismas. tapi tu pn kalo ayah cuti n rajin nak bawak.
8. boleh tengok tv. bosan mengadap laptop hari2. 
9. sebab boleh kemas umah. ni memang saja nak menambahkan point.
10. boleh jumpak ame. tu pn kalo ada rezeki. 
*dah cakap kat dia semalam, nanti nak dia bawak melawat pantai.
batu feringghi la kot. jauh sikit. boleh ronda2 cuci mata.
kononnya nak hilangkan stress sebelum final exam sambil menghirup udara segar. padahal rindu. tetttttttt. 


x balik. 
1. sebab nak studi untuk final exam. kononnya tiap2 hari nak mengadap buku tanpa jemu. 
2. sebab hari selasa ada meeting. macam bersalah pulak bila x join. adus.
3. sebab tadi baru selak kalendar n realize sumtin, bulan lepas pn dah balik umah. bulan lepas kan raya haji. 
4. sebab kalo balik, kena keluar duit bayar tiket bas. rm 80 melayang.
*eh tapi, boleh topup balik duit tu kalo mak ayah bagi duit nanti. haha.
ok tu je alasan kenapa x perlu balik. 


oh rupanya ada lagi banyak sebab untuk balik kalo compare dengan x balik.
so keputusannya, sila balik. :)


~ saja nak mengada serabutkan otak. padahal semalam dah mintak tolong matpit yang selalu buat muka comel belikan tiket. kihkih. so, selamat balik diucapkan kepada diri sendiri.


oh serabutnya esok test law. tu baru test. belom final lagi. :(
dear law, plz be good. dear madam, plz be sweet n kind-hearted as well. 
luv u both. tetiba. ahaha. 


pon pon. bus to penang. 



Monday, December 12, 2011

*emo-ome-ame.huh.*

hari ini dalam emo. 
macam semalam.
macam semalam semalam. 

tau x emo tu macam mana?
emo tu macam ni. 












ya, aku emo. 
x mau cakap banyak.

Sunday, December 11, 2011

*toleh menoleh*

hei. tau x macam mana rasa stress? 
macam ni lah. sebijik macam ni.

tengok dinding. 
nampak kertas yang penuh dengan segala kerja nak kena setelkan. 
dah mula stress.

tengok henfon. 
bukak inbox, ada message. bukak picture, ada gambar. 
lagi stress.

tengok buku. apa pn x masuk otak. 
bertambah stress.

tengok cermin. 
nampak mata sembap. idong kaler merah.
ya, aku stress.

last choice, tengok laptop. 
rupanya ada jugak tempat untuk hilangkan stress. 
walaupun xda la hilang sangat sebenarnya.

~ aku x suka kejar orang yang x pernah reti nak kejar aku balik. 
sangat rasa macam nak pecah dada. serius. 

Astaghfirullahalazim.

makhluk ini sangat comel. terhibur sekejap.

Monday, November 28, 2011

*1433 Hijrah. selamat tahun baru*

hai. salam maal hijrah. salam tahun baru.


apa ntah ucapan nak bagi sempena tahun baru ni. emm saya tujukan ucapan salam maal hijrah kepada ibu bapa serta keluarga yang tercinta yang kini berada di pulau pinang. tidak lupa kepada rakan2 sahabat handai yang berada di seluruh pelosok dunia. tidak ketinggalan juga kepada boifren tersayang serta keluarga bakal mentua yang juga kini berada di pulau pinang. PANGG! hoyeh.


tahun baru muncul lagi. terima kasih Ya Allah kerana masih panjangkan umur hamba-Mu. walaupun selalu lalai dalam tugas sebagai hamba, tapi Dia tetap panjangkan usia. ya, dipanjangkan usia supaya hamba yang lalai ini berpeluang bertaubat sebelum kembali kepada-Nya.


tahun baru, tapi aku teringat pasal mati. orang yang paling bijak ialah orang yang takut pada mati. ya, aku takut. sangat takut. baru-baru ni pn, pernah bermimpi pasal mati. bukan bermimpi dah mati, tapi bermimpi tengah menunggu saat2 terakhir untuk mati. demi Allah, sangat takut. tambah2 lagi, bila terbaca kat mana2 page pasal mati di usia muda ni. lagi bertambah takut. umur 21 tahun, manusia mana je yang boleh expect dia akan mati esok lusa. memang tak lah. majoriti manusia pada umur 21 tahun ni akan mula merancang masa depan. pasal kerjaya, pasangan hidup, n so on lah pasal masa depan yang gilang gemilang. ofkos lah aku pn termasuk dalam golongan majoriti tu kan. perancangan masa depan meriah kemain. siap dah buat timeline dalam otak, umur berapa nak stat keja, umur berapa nak bertunang, umur berapa nak kawen, umur berapa nak ada 1st baby, 2nd baby, n macam2 lah. tapi umur berapa nak mati, xda pulak dalam timeline. aduhai.


ntah2 aku mati minggu depan. eh xkan kot. 10 tahun lagi? hmm xlah. rasanya aku akan mati bila dah tua nanti kot. masa tu, memang dah cukup amal ibadat buat bekalan. masa tu, memang dah siap tunaikan haji n umrah. masa tu, memang tunggu masa nak mati je sebab memang dah prepare plus xda pape nak dibuat lagi dah pn kat dunia ni. untungla kalo memang konpem2 macam tu kan. sempat la aku nak kutip pahala jadi anak yang reti balas budi mak ayah, pahala jadi isteri solehah, pahala jadi ibu mithali, n pahala jadi hamba Allah yang betol-betol mukmin. TAPI tu kalo aku mati waktu dah tua nanti. ni buatnya aku mati tahun depan, x ke naya. mana nak korek suma pahala2 tu? balas budi mak ayah pn x sempat lagi sebab memang x sempat lagi pn nak keja, ni kan pulak nak dapat pahala isteri mithali n lain2 tu. gigit jari la weh. dosa pn dah la berlambak. tu x amek kira lagi dosa terakru n dosa terdahulu. agak2 berapa kontena nak angkut dosa, n berapa kontena pulak nak angkut pahala ni kan. kalo kontena angkut pahala lagi banyak, Alhamdulillah. tapi tu pn still x menjamin apa2 lagi di akhirat sana.



oh bercakap pasal mati ni, teringat kat arwah tok. tok yang jaga kami adik beradik dari kecik sampai dah jadi remaja. tok yang selalu berleter, tok yang kadang2 aku rasa macam annoying, tapi tok yang aku tetap sayang. demi Allah, aku sayang tok. walaupun masa tok masih ada, aku abaikan. walaupun masa tok masih ada, aku jarang cari peluang untuk bersama dengan dia. walaupun masa tok masih ada, aku kadang2 buat macam tok x ada. dan bila tok dah betol2 x ada, sumpah aku terkilan. sangat-sangat terkilan. even nak jumpa tok waktu hari2 terakhir dia pn x sempat, ni kan pulak nak mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. hm kenapa agaknya aku dulu macam tu? ya, sebab masa tu aku expect tok akan ada bersama2 aku sampai aku dah betol2 besar. sebab masa tu aku bajet aku sempat ubah perangai n dapat luangkan masa bersama tok nanti. tengok2 apa yang aku dapat? penyesalan yang x sudah. aduh. Al-Fatihah untuk arwah tok. 


pengajaran untuk hidop:
1. hargai insan2 yang ada bersama kita sekarang. tambah2 mak ayah n famili. bila insan2 tu dah xada, nak cari sampai kat lubang cacing pn memang konpem dah x kan jumpa. 


2. gunakan masa yang ada untuk memperbaiki diri. even jarang dapat peluang untuk tambahkan pahala, gunalah kesempatan yang ada untuk kurangkan dosa.

3. ingat2lah pada mati. otomatik kita akan ingat pada Allah, n akan ingat siapa sebenarnya kita.


~ tadi tetiba sebak di pagi hari time bagi ucapan maal hijrah kat pakcik sorang tu. apa halnya ntah nak sebak2. suma benda pon nak sebak. x paham betoi.


kesian kat mak kucing kat luar bilik ni. dah la perut tengah besar, tunggu masa nak beranak je. dah la laki xda nak temankan. ish. mintak2 mak kucing n baby2 kucing nanti suma selamat. amin.


eh bola malam ni, malaysia kalah ek? waduh2. 


hidup seperti bola. ada masa kita di atas. ada masa kita di bawah.



Tuesday, November 22, 2011

*bukan cemburu buta*

hai semula.


best x rasanya bila bf kita x bagi kita kawan langsung dgn lelaki laen? even nak lepak2 makan biskut kering cicah milo sekali pn x boleh. of kos lah x best kan. hmm lagi satu, best x kalo bf kita xda perasaan langsung bila kita kuar dgn lelaki laen? eh best ke? hm x best jugak tau x. nampak macam x kesah langsung je kan. so bila x kesah, maknanya x sayang. bila x sayang, maknanya x cinta. n bila x cinta, maknanya x rindu. ok sudah. 


so jeles itu penting ok. penting untuk kenal pasti sama ada kita sayang dia atau x. dah kalo jeles tu, maknanya sayang la. tapi sayang x bermakna perlu mengongkong tau wahai sayang-sayang sekalian. ye, kita memang xda hak pn lagi nak melarang dia buat tu, buat ni. tapi, be aware lah. xkan sampai dia nak kuar candle light dinner plus nak tengok wayang midnight berdua-duaan pn still nak pejam mata lagi. kemonlah, jangan jadi bendul sangat ok. 


cemburu. jangan pulak dilanda penyakit cemburu buta. baru tengok pakwe sembang semenet dengan perempuan lain, dah mula nak meroyan. padahal beliau sembang dengan makcik jual pisang goreng kat tepi jalan tu je pn. kalo dah selalu sangat cemburu buta tu, lempang je laju-laju okeh. err tapi macam selalu je berlaku cemburu buta tu kan. well, cemburu tandanya sayang. sayang tandanya cinta. cinta tandanya layan lagu spring tiap2 malam sebelom tido. ala yang lagu 'pesanan untuk kekasih' tu. lalala ~ 


eh dear, suka tau x bila awak cakap yang awak jeles. 
kihkih. :)


last but not least, tahniah Malaysia! 
bangga sampai hidong kembang kempis. 


tengah blushing ni tau tak.




Wednesday, November 16, 2011

*kadang-kala kosong*

assalamualaikum.


pagi tadi cerah. secerah cerah alam. petang hujan pula. tapi alam tidak gelap. malam akan bertambah gelap. terima kasih Ya Allah sebab bagi manusia ini hidup di muka bumi-Mu. selemah lemah manusia. sehina-hina manusia. ya, itu saya. 


intro yg menyentuh hati. hari ini macam ada beberapa perkara yg bermain2 di minda. di fikiran. di otak. tidak dapat dikenal pasti permainan apa. mungkin main masak-masak. mungkin main kejar-kejar. entahlah. 


pagi tadi lihat ramai individu yg bersemangat pakai uniform biru. lebih ramai dari minggu2 sebelumnnya. Alhamdulillah. kesedaran sivik makin berganda. tapi bukan bagi saya. harap maaf. saya lebih selesa untuk tidak menyahut kesedaran sivik tersebut. biarlah saya ikhlas dalam membuat sesuatu, bukan kerana takut pada arahan semata-mata. ya, saya mengaku. saya insan yg secara normanya akan mengikut arahan. tapi perlu ada relevannya jika saya perlu melakukan sesuatu di luar kehendak saya. harap maaf sekali lagi.


lihat kerepek ubi yg dibungkus kecil di luar kelas, di fakulti. dalam masa yang sama teringatkan hati yang sekali sekala terdetik untuk menyambung master dalam bidang perniagaan. ya, master in business administration (MBA). entahlah. baru mula untuk berfikir. belum berfikir secara serius. saya tidak nampak diri sebagai usahawan berjaya, tapi ada bayang-bayang sebagai salah seorang yang mencari rezeki dalam bidang perniagaan. mungkin bekerja di sebuah syarikat.


petang, saya keluarkan sejumlah kecil duit dari atm berhampiran. masih ada rezeki, Alhamdulillah. tapi semakin berkurangan. timbul kegusaran di hati. terus laju membuat kira-kira. harap rezeki Allah masih ada. terus juga menghantar sms kepada si dia, menyatakan kegusaran yang melanda. Alhamdulillah, dia ada cara. masih ada cara. semoga dipermudahkan segalanya. jauh di sudut hati kecil, saya rindu dia.     


tiba-tiba jua terdetik sesuatu, saya mahu menjadi penulis novel. InsyaAllah. suatu hari nanti. kalau Allah kurniakan ilham dan keupayaan. apa salahnya mencuba. minat yang sudah terpendam lama. pernah jua mencuba, suatu ketika dahulu. tapi gagal, karya hilang sebelum tiba pengakhiran cerita. x apa. nanti boleh cuba lagi. 


sedang meng'upload' gambar bersama rakan-rakan ke ruang facebook. ya, kawan-kawan saya. terima kasih Allah kerana pinjamkan peneman untuk saya. teman untuk bersuka ria. tapi, masih gemar berduka sendirian. x apa. saya baik-baik sahaja. 


lihat jam. sekali lagi saya lewatkan solat asar. saya manusia alpa. perlu menjadi lebih baik. seperti permintaan saya kepada Allah setiap kali berdoa selepas solat, 'jadikan aku lebih baik dari semalam'. amin.


sekian. 


kosong. macam saya. kadang-kala.

Tuesday, November 15, 2011

*5-13 November 2011. awesome days!*

oh hai hai hai.
1st of all, sukacita dimaklumkan post ini adalah berkaitan 3 aktiviti yg awesome. awesome bagi aku la, bagi orang lain yg xda kena mengena, maybe xda pape pn. ok fine. wateva. n post ni sangat panjang berjela2. ok fine. 


1. cuti midterm + raya haji yg dibutakan oleh taik mata tahap melampau.


ni haa. kan aku semangat waja sangat nak balik umah sempena menyambut raya. kira terubatlah segala rindu dendam kat mak ayah adik, plus rindu kat cingcing. tapi raya tu, xda pape pn yg best kecuali pengalaman mengoperasikan kilang taik mata secara besar-besaran. sampai umah dari shah alam, dah tengah malam hari jumaat. esoknya tu, penyakit tido x sedar diri melanda, sampai pukul 3.30 petang tau. pagi2 tu sebenarnya bukan x bangun, tapi saja je memalaskan diri, sambung n sambung lagi tido. niat suci murni nak tolong mak masak ketupat pn x kesampaian. yg rajin bangun pukul 3setengah tu pn sebab celik2 mata, mak tengah tengok hindustan. so, aku pn dgn semangatnya join la tengok amir khan berlakon. dah nama pn AMIR kan, semangat la sikit. PANGG!


pastu hari raya, sebijik kuih raya pn x xda. malam raya tu lah jugak merempit dgn mak p pasar malam berdekatan, rembat segala kerepek2 yg ada di pasaran. pagi raya pulak dah la x p sembahyang raya. masalah tersebut adalah disebabkan hujan yg turun secara renyai2 manja ok. bukan sengaja xmau p sembahyang tau. piirah! alasan semata-mata kan. maka aku pn mula la menyebokkan diri menyusun atur segala kerepek yg dibeli ke dalam balang. ada la dalam 6 jenis, kira standard la tu kan. tengah hari pulak, mula melabuhkan tirai mata kat depan tv. mula2 memang la aku tengok tv, tapi selepas 15 minit berlalu, tv pn mula menengok aku kembali. penat la kononnya melayan tetamu di pagi raya. tetamu la sangat, padahal sepupu sepapat je yg bertandang ke umah pagi tu. seyes seronok kan bila sedara mara kumpul ramai2. kecoh 1 umah. 


dan aktiviti waktu petang, melawat umah paksu n mak ndak. saja jalan2 beraya sambil bagi daging lembu korban. mula2 malas nak ikot, sebab mood membuta masih membara. tapi bila memikirkan perut tengah lapar, tambah2 mak pn x masak pape yg special kecuali ketupat plus gulai daging, maka aku terpaksa menggagahkan diri. hah kat sana, makan jangan cita lah. konpem2 makan sampai sendat perut. pastu sampai2 je kat umah, teros terlelap sampai esok pagi. padahal masa sampai umah tu, baru pukul 8 malam kot. padahal lagi, yg semalam tu pn aku dah membuta seharian kan. 


pastu hari raya kedua, still menyebokkan diri mengoperasikan kilang. tapi tido xda la lama sangat, petang tu dah stat packing nak balik shah alam. pulang ke shah alam membawa hati yg terluka disebabkan pakwe xdatang umah beraya. disebabkan alasannya sebab ujan turun x berenti 2 hari berturut2, terpaksa la aku redha. kihkih. sekian, sambung aktiviti awesome seterosnya. 


*oh ya. gambar cingcing je yg sempat disnap sempena raya ari tu. sekian.


cingcing saye dah besar. yeay! dia silau kat flash camera. 
hai. nama saya cingcing. muahh! bagi flying kiss sket.


2. Perhimpunan dan Pentauliahan Kor SISPA Peringkat Kebangsaan Tahun 2011, bertempat di USIM, N9. *super duper awesome.


hah kan bertolak dari penang kul 9 malam, sampai shah alam kul 3 pagi. n yg bestnya, dah la tertinggal jam tangan kat umah, tertinggal pulak lagi kerepek n air oren yg aku bawak dari umah tu kat dalam teksi. memang seronok lah rasanya kan. free2 je sedekah kat mamat teksi india tu. haish. sampai je kat bilik, dah menyebokkan diri iron uniform, kilatkan boot, n pasang segala aksesori kat uniform. pagi2 kul 8 dah stat latihan kawad berjalan lalu. memang seharian lah jugak kawad, sampai sambung lagi latihan lepas abeh majlis penyerahan bendera kontinjen uitm malam tu. fuhh penat tu, memang adat la kan. so, no komen pasal kepenatan yg melanda. 


esoknya, 9hb dah bertolak p usim. n aktiviti yg berlaku kat sana, latihan n teros latihan. budak2 yg masuk pertandingan tu, keep on dengan aktiviti masing2. yg makhluk2 nak tauliah ni, memang x lain x bukan, latihan kawad jelah kejanye. 1st event, bersamaan 10 hb, kawad kawalan kehormatan sempena majlis perasmian. mak oii lama gila tunggu dato vc usim ni muncul utk rasmikan majlis. mentang2 la dia vip kan. jenoh la terpacak cam tugu negara kat tengah2 alam tu. naseb baik la mental kuat kan. yela, tu pn sebab puas mulut dok mengutuk dato vc tu kat dalam baris. harap maaf lah ye dato, sape soh anda datang lewat. haha. 2nd day, 11 hb, teros terosan dgn latihan n raptai untuk majlis penutup n pentauliahan. n malam tu ada dinner. memang makan sampai sengkak perut lah kan. tambah2 ada sate pulak tu. memang melahap sakan. 


mari makan! nyum nyum. budak2 tauliah je dapat meja tau. budak2 lain, suma duduk kat kerusi je. kesian kan? 


last day, 12 hb, memang patotlah aku awardkan tarikh 12 November 2011 tu sebagai 'hari ini dalam sejarah'. 1stly, kawad kawalan kehormatan n berjalan lalu berjalan dgn lancar. Alhamdulillah. x sia2 tadah muka menahan panas terik matahari kat tengah2 pusat sukan usim tu. oh nama pusat sukan tu pavillion tau. 2ndly, sebab ada benda yg x dijangka2 berlaku kan. haish nak cakap cemana pn x tau. tapi, saat mc majlis nak umumkan nama pegawai kadet terbaik untuk uitm tu, jantung ni memang berkencang. seyes! n waktu diumumkan, memang dengan penuh coolnya, teros kaki ni otomatik berkawad laju ke pentas utama, panjat tangga, n munculkan diri kat depan dato seri hishammuddin untuk amek sijil n piala. oh nama penuh beliau ialah Y.B. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein. *sempat lagi google search nama beliau. kihkih. hah sambung lagi, masa tu flash kamera x yah cita lah kan. memang dah rasa glemer cam justin bieber dah. sempat la jugak beramah mesra dgn dato seri kat depan2 alam tu. tanya asal mana lah apa lah. mati2 ingatkan dia interview utk buat calon menantu. ye dato seri, saya sedia terima dato seri jadi bapak mentua. wahaha! 



ni masa tengah kawad berjalan lalu depan suma tetamu n vip plus dato seri hishammuddin. xtaulah barisan tu sebenarnya lurus ke x. tapi pegawai waran berpuas hati dgn apa yg kitorang buat hari tu. sangat berpuas hati. syabas! 

oh bakal bapak mentua ku! tima kasih tima kasih. wahaha. PANGG!

n lepas abeh upacara penutup, teros gerak untuk majlis pentauliahan. nak ke pentauliahan, kena

Sunday, October 30, 2011

*pesan memesan*

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia.. menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan.. beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab.. wallahu’alam~]


terima kasih manyak2 untuk pesanan yg bermakna. 
klik link utk baca kisah sizuka dan nobita melawat i-city ~
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=298075020221976&set=a.299665820062896.87024.297576990271779&type=1&ref=nf

sekian.



*kisah mamat yang terlalu comel sampai rasa nak lempang *


Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. “Jom la bang tido…”. Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.

Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu..

Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.

Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.

Arghh,nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin…

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..

Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..

Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.

Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.

Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade ‘PA’.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.

Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

“Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..
Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..
Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..
Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge”

Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!


*ARGHH! comel gila la mamat nih. sweet amat. tampor mau??
moral of da story, sila la kawen awal untuk kehidupan yang lebih cemerlang dan terbilang. especially lelaki la kan. kan selalunya lelaki ni kehidupan macam x terurus plus macam x cukup kasih sayang pun ada jugak. so guys, apa lagi mau tunggu. p kawen cepat!


ops, cerita mamat comel ni di'copy' dengan jayanya dari 



adios amigos.






jom KAWEN !



Saturday, October 29, 2011

*nak balik umah! weeee ~ *

ouch! minggu yang menyesakkan minda muncul lagi. dengan test bersepah2, assignment yg tunggu last minute nak submit baru nak buat, kerja2 rutin sampingan, plus nak kena praktis kawad utk tauliah pulak. wahaha! meriahnya idop kan. oh ya, semalam baru buat senarai2 benda2 yg perlu dibuat dlm minggu ni. agak banyak. tapi, yg seronoknya tu sebab bila dah siap suma benda, dah boleh balik umah. lalala ~


oh rindu bangat kat suma orang. tapi kali ni paling rindu kat cing2. grrr x sabarnya nak jumpa beliau. 1st time tau rindu kat kucing, sebelom2 ni x penahnya pn nak merindu kat mereka2 yg berkeliaran kat umah tu. nampak sangat aku dah jadik semakin penyayang. PANGG. 


cing2 saya amat gemar mempamerkan aksi2 menggoda ketika tidur, hrp maklom.

n ofkos la rindu kat mak. oh mak! mish u ketat2. nanti nak kena tolong mak masak. kan dah nak raya. tolong kemas2 umah. tolong tengok mak cangkul rumput, tolong tengok mak siram pokok bunga. awat yg aku malas sangat ntah nak bermesra dengan alam sekitar nih? musykil sungguh la kan. kalo kat dalam umah tu, boleh pulak buat rajin kemas segala benda. haish. 


mak tengah try test guna hf adik. nak amek gambaq.

n next, rindu kat adik yg selalu bajet hensem. xd la rindu sangat pn sebenarnya. tapi , memandangkan beliau baru ditimpa kecelakaan jalan raya, harus lah jugak concern pasal beliau. hah baru lepas eksiden tau budak tu. naseb baek dia x injured. tapi, sang lagenda tu tersadai la jugak kat workshop. haish macam2. 


beliau memang selalu bajet macam pelancong korea . aku pn dah malas nak komen. 

ayah! rindu la jugak kan walopn nanti kat umah, xda la aku nak bersembang sakan pn dengan beliau. ayah mesti rindu aku kan? kan ayah kan? tetiba terasa cam nak tanya ayah, rindu aku ke x. tapi, takot pulak tetiba nanti ayah pengsan. gila buang tebiat dah anak dara aku sorang nih. 


ayah memang selalu jadi individu yg paling bersemangat kalo bab2 amek gambaq nih. penoh aksi, mutu, dan keunggulan.

n last but not least. oh rindu jugak sama incek amir hamzah. rindu rindu rindu. cam mengada je pulak kan? hah hari tu baru buat drama korea lagi dengan beliau. 1st time aku sound dia sungguh2. geram gila. selalu kalo marah, aku diam je, nangis sorang2. tapi hari tu, mau bernanah telinga dia kena sound. naseb baek la beliau amat bersabar sewaktu kejadian. kalo laki laen ni, maunya aku yg kena sound balik. yela, main sound sesuka hati tanpa sebab munasabah. sapa la yg x panas kan. awak, awak buat saya bertambah sayang pada awak tau. PANGG lagik! oh sebelom aku lupa, hari tu beliau ada kata nak bawak aku melawat umah beliau time raya haji ni. bawak berkenalan dengan mak beliau. hah takot x? dah la muka pn burn x hilang2 lagi. hadoii kang kalo markah kena tolak, kan naya. sapa2 yg ada tips untuk pikat hati bakal mak mertua tu, sila la kongsi ye. kihkih. 

makan makan. mahal nak mampos yong tau fu kat r&r bagan nih. sepinggan tu sampai dua puloh hinggit. dah la x sedap mana pn. hish! naseb baek bukan guna duit aku. wahaha.


x sabarnya nak balik umah! tiket bas dah beli tau. baseb baek dapat jugak tiket bas 4 hari bulan tu. patotnya tiket dah abeh langsung, tapi naseb baek ada kan. memang rezeki aku nak balik la gamaknya ni. anda2 sekalian, sila tunggu saya okes! 


adios. 

Friday, October 14, 2011

*baik-baik sahaja cita-citaku*



saya baik. saya seorang gadis yg baik. kadang2 saya rasa sayalah yg terbaik. ohho! sumpah xda kena mengena dgn tajuk post. ok stop.


aku baik-baik sahaja. tu jawapan bagi soalan yg berbunyik "ko ok ke?".ada faham? tapi memang betul pn la. aku ok je. hari tu ada la jugak aku biol sikit. sikit jela ok. bukan putus cinta pn. saja je aku wat terok.


ada jugak individu2 yg concern, yg prihatin. yg tanya keadaan aku. yg bagi kata2 peransang. yg bagi coklat. terima kaseh ye anda2 semua! tapi aku rasa cam diri aku pelik pulak. tetiba je kan. *kadang2 x paham dgn diri sendiri.


okes! nak membebel pasal benda lain. aku diserang penyakit dilema. dilema wanita. terpikir kerjaya masa depan. oh adui.


tiba2 terasa nak jadi lecturer.


jadi lecturer best ke? hem nampak mcm ok jugak. masuk keja kul 8 pagi, petang dah boleh balik. kadang2 jela kot kan kena kaco waktu malam, tu pn kalo ada kelas ganti. gaji, boleh tahan jugak. ok la bagi aku yg x da cita2 nak jadi hartawan ni. janji cukup segala keperluan, dah memadai. *aku memang x bercita2 tinggi. aku pelik ke? adoyai!


oh bdw, waktu kecik2 dulu, memang aku pasang cita2 nak jadi lecturer pn. sumpah x tipu. asal mak tanya je cita2 aku, dgn konfiden je aku jawab nak jadi pensyarah. hem maybe masa tu mak teros doakan aku jadi pensyarah kot kan. sebab tu skang ni aku hati aku tetiba tergerak nak jadi lecturer pulak. dulu bersungguh2 kata xnak jadi cikgu. memang mati2 la xnak jadi cikgu. alih2 skang, nak jadi ala2 cikgu jugak. eh cikgu dgn pensyarah tu lebih kurang sama ke?


cikgu, hemm. cikgu oh cikgu. hemm lagi. ramai orang kata, perempuan ni sesuai jadik cikgu.
memang betol pn. keja waktu siang je. malam2 dah boleh spend time dgn famili. cuti pn banyak. asal sekolah cuti je, cikgu2 pn dah boleh bersuka ria. siap boleh holiday n shopping sana sini. gaji pn ok jugak kan. hem best lah. tapi, cam leceh je pulak dgn budak2. *eh aku bukan x suka budak2 ok. tapi, bila mengenangkan waktu malam dah boleh ada kat umah, cam best pulak. aku kan nak jadi isteri n ibu mithali. wahaha!


dan seyesly aku agak jeles dgn kawan aku sorang nih. dia masuk maktab perguruan, nak jadi cekgu la katakan. cekgu english. yg menjeleskan aku tu, sebab dia n bdk2 course dia suma dihantar studi kat uk. sapa x jeles?! united kingdom tu. bukannya ulu kelang. masa ni lah aku mula nak flashback ke masa lampau. kalo la aku amek tesil dulu, kan aku dah kat uk skang. ok sila stop. dah xda guna pn menyesal skang. dulu aku jugak yg kata xmau jadi cikgu kan. lalalala ~


aku sebagai cekgu berkaliber.


eh tapi kan, teringin jugak nak keja dlm office. ada bilik sendiri. kalo xdapat bilik sendiri pn, ada meja sendiri pn jadi la. *kan aku dah cakap, aku x bercita2 tinggi. haish! tapi betol lah. nak keja kat office. nak nak nak. dulu waktu kecik2 kan, aku selalu main pejabat2 dengan adik. amek pencil box yg besi tu jadik komputer, pastu pura2 la tekan2 keyboard. hah kan dah jadik komputer!
tapi ada jugak kadang2 tu main cikgu2. eh konpem2 lah aku yg jadik cikgu. aku yg buat soalan matematik utk adik aku tau. kakak mithali kan saye ni? *blink blink kenyit mata. tapi, xdanya pulak dah besar2 ni dia terer matematik. haish.


ok berbalik kpd keja ofice. nak nak nak. tapi nak yg masuk office waktu pagi n keluar office bila dah petang. boleh x? yela. aku kan nak jadi isteri n ibu mithali. wahaha lagi!


nanti balik umah nak kena kemas umah lagi, nak basuh baju lagi, nak sidai baju lagi,nak lipat baju lagi, nak iron baju lagi, nak masak nasik lagi. *masak nasik jela. lauk boleh beli luar. nak ajar anak baca ABC, 123, n alif ba ta lagi. tu x masuk nak ajar dia baca doa makan n baca buku cerita lagi. hah nak manja2 dengan laki lagi. aiyak! nak dodoi laki tido lagi. *yg si anak reti tido sendiri. sebab tu xyah dodoi. si bapak ni pulak yg x reti2 nak berdikari kan. sekeh mau? oh lupa pulak. nak tanya laki ada x dia usha pompuan lain kat luar. tu soalan wajib ok.


huh banyaknya keja aku. tu baru sikit tau. x masuk lagi etika n tanggungjawab sebagai anak n menantu mithali. kita harus bijak menambat hati mak mentua ye rakan2 sekalian. caranya: selalu kol tanya khabar, masak sedap2 bagi mak mentua rasa. *erk. x pasti la petua tu berkesan ke x sebenarnya. aku hentam je. oh mak mentuaku, sila lah sayang padaku! *kenyit2 mata buat muka comel.


aku sebagai isteri n ibu mithali.


ok stop merepek. berbalik kpd keja office. kalo keja government, boleh la kan aku nak tibai balik umah petang2. kalo keja private sector, ada peluang jugak ke?? silap2 hari bulan, aku kena stay up kat office sampai tengah malam. aceceh. bajet macam aku ni manager la kan. perlu kerja bertungkus lumus demi masa depan company. setakat nak jadi executive tu, apa lah sangat kan. *bukti aku x bercita2 tinggi. sekali lagi.  


aku sebagai executive. 


so how?! eh tetiba teringat kat madam mahanum, lecturer law aku. hari tu kat kelas dia ada cakap pasal isteri berkerjaya nih. suami kena terima kalo isteri balik umah lambat. sebab suami harus terima hakikat yg perempuan skang dah jadi penyumbang utama ekonomi rumah tangga. n kalo suami mampu, suami patut sediakan  pembantu utk wat keja2 kat umah. lebih kurang cenggitu la maksud beliau.


tapi masalahnya, aku xnak maid ok. umah aku, aku nak handle sendiri. *aish bunyi macam angkuh semacam pulak. xda la, maid ni kadang2 pn masalah jugak tau. dah la nak kena bayar gaji, kang buatnya dia menggoda laki aku tanpa sedar. hah x ke padan muka aku sendiri. kan kan kan? ala lagipn mak aku rilek je buat suma keja2 kat umah tu. tapi, xda la rilek sangat pn kan. memang nampak la jugak kepenatan tahap maksimum tu. eh xpe2. aku yakin aku mampu. kalo x mampu, emm terpaksa la kot kan amek maid. tapi, ish aku mampu kot. go go chaiyok! *bagi semangat kat diri sendiri. 


hah penat membebel. conclusion, still belom dijumpai. nanti kalo dah jumpa, boleh membebel lagik. 


sekian, adios. 


    
 
agak2 aku yg mana?? -.-



Wednesday, October 5, 2011

*aku dan kamu*


Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?


Jawabnya: Kerana wanita itu unik. 
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa, 
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya. 
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman, 
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia, 
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah, 
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun. 
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman, 
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi.. 
Wanita makhluk kuat, 
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.



hari ini sudah ok. 
x menangis. 
x sedih.
tapi kalu ingat2 lagi, boleh nangis jugak.
baik x payah ingat.


ya, masih tetap sayang.
sebab Allah kuatkan hati.
mungkin ada hikmah di sebalik kekuatan hati yg Allah bagi. 
Allah Maha Mengetahui.


kamu, aku tak pernah menipu.
aku tak berdendam. 
tak membenci. 
sumpah! aku x tipu.
tapi, ada sedikit terluka.
mungkin bukan sedikit.
mungkin banyak.
tapi yang pasti, aku terluka.
x apa, aku terima.
sebab aku sayang kamu.
mungkin ada hikmahnya.


bila aku cakap sayang,
maknanya aku sayang.
jangan tanya kenapa.
kerana aku juga tidak pernah tahu.
tapi yang pasti,
aku tetap sayang.
masih sayang. 


perkara dulu, 
mungkin aku boleh terima. 
tapi aku tak mungkin lupa.
x apa, aku akan cuba untuk lupa.
sebab aku mahu kamu. 


untuk terima kamu,
aku sedia.
dari dulu, hati ini masih milik kamu.
segala kebaikan dan keburukan, 
aku terima.


kenapa banyak kali persoalkan jurang?
kenapa banyak kali ungkapkan kamu tidak layak utk aku?


perempuan yg baik baik utk lelaki yg baik. 


kamu sering katakan itu. 
aku x ada jawapan. 
yang aku tau, aku sayang kamu. 


ikut hati, mati.


tapi, hati aku, aku tahu. 
hati aku, ada kamu. 
sayang aku, pada kamu. 
rindu aku, untuk kamu. 


kamu. 
ayuh mulakan langkah baru.
berbekalkan sayang kita yg dulu. 
aku perlu kamu. 
aku harap kamu juga begitu. 




kamu. pelengkap aku.

Sunday, October 2, 2011

*sekali lagi*

rasa macam nak pecah dada. 
sakit amat! 
benda tu berulang lagi. 
tapi kali ni lagi berat. 
amat berat.
dulu, rasa terok sungguh. 
skang lagi terok. 
tapi aku x nangis macam dulu. 
nangis jugak. 
tapi sikit2. 
sebab aku tahan. 
kalo x tahan, memang mata sembap macam dulu. 
menangis semalaman. 

ya, aku bodoh. 
bila sampai benda2 yang berkaitan dgn hati, memang aku bodoh. 
bangang, bengap, semua tu aku. 
aku mengaku. 
tapi, aku x mampu buat apa2 kecuali buat benda bodoh. 
kalo benda ni jadi dekat orang lain, konpem2 jugak aku kata dia BODOH!

aku sayang dia. 
sayang amat. 
sayang sangat. 
xtau macam mana nak hidop tanpa dia. 
rasa kehilangan, sepi, kosong. 
sungguh, aku x tipu. 
sebab aku pernah merasa. 
hari2 terasa perit. 
walaopun aku mampu senyum n bergelak ketawa depan orang lain, 
tapi bila sampai waktu aku sorang2, aku menangis.
sakit. amat sakit. 

semalam, aku menangis lagi. 
hari ini pn, aku menangis lagi waktu menyanyi lagu 'warisan'. 
memang xda kena mengena sikit pn, tapi x taulah.
tiba2 rasa sebak bila sampai kat part lirik ni. 
mata berkaca2. 
cepat2 aku tahan. 
takut nanti kawan2 semua nampak. 
hati sayu. 
makin lama makin sayu.

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini.


Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang 

Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini.

tersentap!
sebak sungguh. 
teringat dia. 
teringat hal yang dah jadi.
rasa bodoh lagi. 
kenapa aku yang kena rasa semua ni? 
kenapa dalam banyak2 lelaki yang ada, hati aku tetap ada dia?

sungguh, aku dilema. 
antara sayang dan kesalahan masa lampau. 
ya, semua orang ada kisah lampau masing2. 
semua orang mungkin ada kisah hitam masing2.
tapi, tu semua kisah lampau. 

persoalan sekarang, patut ke aku amek kisah pasal masa lampau, 
sedangkan aku nak hidup dgn dia untuk masa sekarang n masa depan.

beratnya dugaan hati yang Allah bagi. 
sungguh, amat berat. 

Ya Allah, 
Kalau dia ditakdirkan untukku, 
Kau kurniakanlah aku sesabaran.
Kalau dia bukan untukku,
Kau berilah aku ketabahan.
Kau yg semaikan semua rasa kasih dan sayang, 
hanya Kau lah jua yang mampu membuang segalanya kembali.