Sunday, February 13, 2011

.flashback!. *oh mak,, oh ayah*. >>

      * macam mana mak ngan ayah leh kawen?? hah kena inteview mak neh.

maka, sesi penceritaan pn bermula. mak kata dulu dia ada ramai kawan laki. huiyyo! haha.  masa tu, mak keja kilang kt area bagan. tok n tokwan dok kat tikam batu. mak kenal ayah dari sorang ousmate mak waktu tu. mula2 kawan ja, tapi tetiba ayah kata nak masuk meminag. mak pn agak terkejut beruk, tp ayah still ngan muka serius dia tu. mak pn akhirnya redha jela. haha. mak kata ayah baik, tapi x romantik langsung. huhu. pastu aku dok musykil plak. mak kata dia da ramai kawan laki, yg hensem2 n keja pn bagus2. dah tu napa pilih ayah jugak. ayah keja kilang ja pn. nak kata hensem, emm penin gak aku nk jawab. boleh masuk kategori sedap mata memandang la. haha. lalu mak pn bagi jawapan napa dia pilih ayah. sebab ayah ada moto besar, tu la mak suka. adoyai!

tapi aku still xdapat detect tarikh mak ngan ayah kawen. asal tanya mak ja, dia mesti xmau gitau. aku pn tepaksa la wt assumption sendiri. taun 1989, bulan 8 kot. tarikh ja yg xreti nak assume. haha. lps kawen, mak ngan ayah dok kat umah tok belah ayah sampai skang. jimat duet kan. ada orang kata, kalo muka kita sama ngan pasangan, maksudnya jodoh kita kuat. tapi muka mak ngan ayah jauh beza, macam langit ngan bumi. kekal bahagia ja sampai skang. jodoh di tangan Allah kan. 
 

ayah. muka seyes je. tapi, ayah suka budak2 n budak2 pn suka ayah. haha. kalo dgn org laen, sembang rancak je. tapi, ngan anak2 sendiri xdanya nak sembang camtu. mak selalu kata, ayah sayang kat anak2 dia, tapi ayah x reti camna nak tunjuk depan2. hmm memang tepat sekali pandangan mak tu. ayah xselalu bagi adiah kat anak2 dia kalo dapat result exam gempak pn. tapi akan ada sumtin jugak yg dia wat. naseb bek aku n adik faham ngan sikap ayah. kalo x, dah lama kami pertikaikan cara layanan ayah kat anak2 dia sendiri n kat anak2 org laen. huhu. ayah ni peramah n pemurah. ayah x penah bekira pn benda2 yg dia bagi kat orang laen. ayah garang x? haha. ikut keadaan. kalo angin dia sampai tu, mmg takot gila!  

mak. hmm banyak benda nak cita pasal mak ni. mak segala2nya dalam idop. xtau la cemana nak bayangkan idop aku kalo mak xda. huisyy! mak macam kawan aku n adik. semua benda kami nak cita kat mak. nasib bek mak pn melayan, walopn kami dok cita benda merapu2. haha. mak jarang marah. tapi kalo marah tu, aku mmg emo tahap cipan ar. kadang2 sampai bapa hari xcakap ngan mak. sampai rasa mak xsayang aku pn ada jugak. dulu kecik2 lagi la. sampai terpikir nak lari dari umah. nasib bek la x lari. haha. hah sakit woo mak cubit. xcaya try la. mak xpenah soh aku wt keja umah. kalo aku x tolong mak masak pn, mak xkesah. tapi, sebagai anak mithali, aku p la jugak menyibok kat dapur tu, walopn p tolong tengok ja. haha. mak selalu kata dia masak x sedap. semua orang masak sedap, dia sorang ja yg masak x sedap. fakta tu sgt palsu. kalo x, xkan la aku makan nasi 2 or 3 pinggan tiap2 kali makan kat umah. ops! haha. kalo aku masak, mak selalu kata sedap. tapi, xda la sedap mana pn. saja ja mak nak puji anak dara dia. mak suka bercerita. time kecik2 dulu, mak selalu cerita pasal puteri raja. macam2 mak cerita, dari kecik sampai besar. ada ja cerita2 terbaru dari mak. seronok! kalo result aku teruk, mak x penah marah. mak akan kata,' nanti cuba la lagi'. mak sangat rajin. dah la p keja, balik umah wat keja2 umah lagi. ada je keja mak nak wt kat umah. hobi mak, baca buku mastika n mencangkul kat luar umah. haha. banyak sangat benda pasal mak. nanti2 la aku story lagi kat post yg laen. :)

No comments: