Thursday, February 17, 2011

*sukanya basuh baju!*

   oleh sebab aku tengah mengantuk ni, maka aku dgn berbesar hatinya nak menyemak kat sini lagi. huh. 
ni nak cita pasal aktiviti membasuh baju. tapi sebelum tu, nak kena perkenalkan dulu sang baldi merah dan sang raga hijau. siapakah baldi merah n siapakah pulak raga hijau?? haha.

baldi merah : dibeli oleh aku sendiri kat kedai kolej teratai pada sem lepas. tujuannya, utk sumbat baju2 busuk yg sedang tunggu turn utk dimandikan.
raga hijau : dibeli oleh ayah kat kedai kolej melati pada sem 1 dulu, waktu 1st time antar aku masuk uitm. tujuannya, utk dijadikan sebagai tong sampah kat dalam bilik. dah memang ada gaya tong sampah berjaya pn benda tu. huhu.

tapi itu dulu ok. masuk sem 2, aku dah stat jadikan sang raga hijau sebagai sahabat kpd sang baldi merah. dan mereka pn bergabung tenaga dlm menjalankan tugas yg hakiki, iaitu tempat penyimpanan baju2 busuk. hoho. tapi kenapa?? suma org yg memandang sang raga hijau tu mesti akan bagi ayat yg berbunyik, 'laaa. ingatkan tong sampah'. aku dah boleh hafal dah dialog tu. tp, aku wt dekk jela. sukati aku la nk jadikan dia apa pn. tempat letak megi ke, tempat kucing tido ke, tempat letak jam tangan ke. kan2?

apa motifnya aku gunakan kedua2 alat tu sbg tempat simpan baju busuk? hah ni la nak cita ni. ce cite, ce cite!
dua2 benda alah tu ada je menyemak kat dalam bilik aku ni. dah tu nak letak mana g kan. xkan nak letak kat bilik jiran sebelah plak, dah nama pn harta aku. baju2 busuk yg ada, aku sumbat dlm sang raga hijau , n sang raga hijau pula diletakkan di dalam sang baldi merah. n memang selalunya penuh menggunung la benda2 tu ngan baju aku. apabila tiba saatnya aku nak memandikan baju2 aku tu, konpem aku xkan basuh semua baju yg ada. aku amek sket jek, n masukkan dalam sang baldi merah. yg selebihnya remain kat dalam sang raga hijau. 

napa x basuh semua jek?? pemalas sangat ke aku ni?? hah tu la pasal. kalo basuh semua sekaligus, nampak banyak sangat baju yg nak kena basuh waktu tu. justeru semangat nak basuh baju pn akan menghilang dgn serta merta. kalo basuh sket2, rasa la semangat sket. at least aku bersungguh2 la jugak nak membasuh waktu tu kan.

bila aku basuh baju?? bila aku rajin la kan. tapi bila pulak aku rajin nak basuh baju? erm selalunya bila aku mengantuk n waktu lepas makan la. basuh time mengantuk tu x lain x bukan sebab nak bagi ilangkan mengantuk la kan. tapi, kadang2 jela menjadi. kadang2, mengantuk jugak walopn penat aku dok sental baju tadi. haha. basuh baju time lepas makan tu sebab nak bagi ilang rasa kenyang tahap menggila yg selalu melanda. almaklum la, dah makan sampai x ingat dunia. mana x sendatnya perut tu. at least ok la tu kan aku basuh baju. kalo aku transform jadi ular sawa, lagi la susah. keja dok membuta je atas katil lepas makan.

hah xkan nak kena cita jugak kot aku basuh baju pakai sabun apa. xyah la. penat la pulak. haha. 
okie, caucincau!

No comments: