Saturday, March 19, 2011

*flashback!* darjah 2 dah. tuttuut.

        darjah 2, stat sekolah petang. p skolah ngan pak lang jugak kot. ala lupa la. cemana neh? haha. emm begitulah. huhu. kelas 2 hijau. ckg kelas: ckg zuraini. dia ajar matematik. baek je dia. bi : teacher wong lai wan. hah seyes aku xlupa nama dia. bagos betol! haha. emm pnddkn seni : ckg abu bakar. dia ni cam pelik sket. nak kata x betol, x beretika pulak nanti kan. tp, lebih kurang camtu la jugak. xtau la dia memang camtu ke apa. dia suka nyanyi kuat2 dlm kelas. macam2 lagu dia nyanyi. pastu kan, yg paling best waktu antar lukisan la. sapa yg antar 1st, dia mesti tulis'cemerlang ke-1' kat kertas lukisan tu. sapa yg antar nombor 10, dapat la 'cemerlang ke-10'. haha. cikgu yg lain2, x ingat la. harap maaf lagik.

         aktiviti darjah 2 : kutip bijik getah. macam2 pokok ada kat sekolah aku ni. bijik saga, bijik getah, suma aku kutip. xda motif pn sebenanrnya kutip menda2 tu. tapi, kanak2 la katakan. redha jela. haha.pastu, aku da group sailormoon tau. zaman tu kan femes+fanatik gila kat sailormoon. geng2 sailormoon tu da brapa orang ntah. banyak tu la jugak group aku pn. aku jadik 'sailor jupiter'. pakat hafal abeh la lagu sailormoon tu. siap buat namecard sailormoon lagik. dengan kuasa bulan, akan menghukum mu! :D. pastu selalu jugak main lubang tikus. boleh kata tiap2 hari la main benda tu. kan sekolah sesi petang, so kena p awal sket la sebab nak main dulu sblom masuk kelas. hah siap pakai seluar panjang g kat dalam kain sekolah tu. kan nak kena lompat tinggi, kang terseksi pulak. huhu. antara geng2 aku waktu ni yg aku ingat g la, biah@tok biah awang n yani. tok biah awang tu nama manja aku kat dia. xtau la cemana aku leh cipta nama tu utk dia. haha. oh ada lagi 1 benda tertinggal. sate ikan. aku selalu beli benda ni lps abeh sekolah. memang la nampak lidi yg dia guna tu cam x berapa bersih, tapi sate tu sedap. murah pulak tu kan. ada orang kata, tu sate biawak. apa ntah. tapi, aku terus hiraukan khabar2 angin tersebut sebab nak makan jugak sate ikan tu. hoho.
    
     antara benda2 yg aku ingat lagi sampai skang: 

1. ada 1 hari tu hujan turun lebat gila. waktu tu dah petang, tapi susana waktu tu gelap sangat macam dah nak malam. ribut pn agak hebat. budak2 kelas pn suma dok diam ja kat dalam kelas sementara nak tunggu abeh waktu sekolah. huih seyes aku takut. 

2. da 1 hari tu ada sorang budak kelas aku berak dalam kelas tau. xtau la apa masalah dia sampai berat sangat bontot tu nak bangun p toilet. takut kat cikgu kot kan. cikgu la jugak yg kena bersihkan dia. adoyai! tapi kan, seyes aku x penah pn da kes2 macam tu. kencing n berak dlm seluar, seyes x penah. nampak sangat rekod aku bersih kan. haha!

3. kueyteow sup. 1 hari kat kantin sekolah, aku saja la beli kueyteow sup. saja la kan, sebab sebelom ni xpenah pn aku makan benda tu. baru makan 1 suap, teros rasa nak muntah. xtau la kenapa. tapi semenjak dari hari tu, teros aku x makan dah ni benda2 yg berkaitan kueyteow ni. tapi skang, char kueyteow tu menjadi feberet la pulak. kueyteow goreng ada la jugak makan sikit2, tapi kueyteow sup memang aku x penah makan lagi la sampai skang. haha.

3. ni lagi la aku x leh lupa. akan ingat sampai bila2 kot. time2 ni, mak ngan ayah la yg selalu ajar aku wat keja2 sekolah. nak dijadikan cerita, pada 1 hari tu kat sekolah, cikgu matematik soh hafal sifir 2 kat umah. malam tu kat umah, aku pn dgn senang hatinya gitau la kat mak al kisah yg kena hafal sifir tu. mak soh p hafal kat atas kusyen. aku pn p la dok diam2 kat atas kusyen tu, n hafal dengan khusyuknya la katakan. hah aku ingat lagi buku sifir tu, ada katun2. tapi skang buku tu dah ilang la. dah penuh buku sifir tu ngan karya2 seni adik aku yg sorang tu. abeh dia conteng buku tu tau, kalo lukis cantik2 dimaafkan la jugak kan. hah sambung cerita, tetiba ayah pn muncul. n dia testing la sifir 2 kat aku. dengan sadisnya nak gtau, aku x lulus lagi sifir 2 tu. otak baru nak berkembang la katakan. haha. dah sampai brapa lama pn x boleh2 jugak hafal, ayah siap amek hanger lagi tau. n memang kena la aku dgn hanger tu. sakit tau! sampai tengah2 malam ayah dok tekan aku soh hafal jugak. siap dah nangis lagi, garang oo ayah malam tu. pastu, bila dah berjaya hafal sifir 2, ayah nak aku hafal sifir 3 pulak. hah memang x lepas la. nasib baik mak soh ayah berenti, baru la aku leh tido. pastu, siap da pesanan penaja lagik. ayah wajibkan aku hafal sifir sampai sifir 12. aiyak! waktu tu kan, aku tido ngan mak ayah lagi. kecik lagi la katakan. huhu. so, memang tido dengan muka sememeh la aku malam tu. hoho. hah ada jugak yg aku kena pulas telinga ngan ayah. ni pn sebab x leh jawab soalan matematik la. aktiviti kira mengira pn da salah lagi. adoi. diulang, garang oo ayah waktu2 ni. kecut perut aku kalo time ayah yg ajar. 

          tapi kan, bila pikir2 balik, aku patut berterima kasih banyak2 la kat ayah sebab banyak ajar aku walopn dengan garangnya. kesan positif: aku terus belajar dengan tekun, sebab takut ayah marah. boleh dikatakan aku advance la kalo bab2 sifir ni kalo nak compare ngan budak2 yg lain. ADVANCE WAKTU TU JELA OK. kesan negatif: aku takut ngan ayah. sampai terus jadi x rapat ngan ayah. nak cakap ngan ayah pn takut. sampai skang kot aku jarang cakap ngan ayah. tapi, skang ni xda la takut sangat dah. tapi kalo nak cakap ngan ayah tu, mesti rasa cam ada sumtin yg menghalang. hmm kesian kat ayah kan. cam x adil je kalo nak bandingkan cara layanan kat mak n layanan kat ayah. kalo dalam sehari tu aku x bercakap ngan ayah, itu ialah normal. tapi kalo dalam sehari tu aku x bercakap dgn mak, itu ialah sangat tidak normal. huhu.  dgn mak, rapat gila. dgn ayah, hmm xtaulah. T_T

        tapi, saya mahu tegaskan di sini yg saya sayangkan ayah saya. sy sayang ayah sangat2! :)

         

No comments: