Thursday, March 3, 2011

*flashback!* jum masok sekulah. zmn darjah 1.

        dah masok darjah 1. hoye2. kelas 1 merah tau. cikgu kelas: cikgu zaiton. 1st day masok, mmg la ayah antar. melampau la namanya ayah x antar, sbb nak mendaftar kan. pas masuk je dlm kelas, ayah tinggalkan aku trkontang-kanting n balik umah. mak ayah bebudak lain bederet dok tunggu anak2 kat luar kelas tu. haha. sbb tu la anak ayah ni pandai idop brdikari sampai skang. waktu rehat pn ayah x munculkan diri tau. menurut sumber, ayah muncul jugak, tapi ayah juz tengok aku dari jauh jek.adoyai!

       best kan darjah 1. belajar membaca, kira2. ckg zaiton ajar bm. bila dia ngajar, mesti bebuih2 dlm mulut dia. penat dia mengajar bebudak sampai x sempat nak telan air liur. haha. ckg hamidah ajar matematik. garang oo. emm bi, teacher dayangku anita. sedapkan nama dia. sweet je. pnddkan seni, ckg sukariah. ingat g, kalo subjek pnddkn seni, kami suma selalu melukis kt luar kelas. macam2 kena lukis. daun la, bunga la. haha. aktiviti darjah 1: kutip bijik saga. ala yg kecik2, kaler merah tu. cantik kan. saja je kutip, bukan wt apa pn ngan benda tu. nanti2 nak buang gak. haha. hah aku da lagi 1 aktiviti best : bisnes! ahaha. lawak gila. aku lukis benda bangang2 kat tas ketas, pastu jual kat budak2 kelas. tu pn ramai yg beli tau. kira cantik la kan hasil seni aku tu. eh xda la jual mahal pn. 1 gambar, sekupang je kot. mmg la ramai yg beli. sekupang tu apa la sangat kan. kalo da RMT, rajin jek nak gantikan bebudak yg xhadir. angkat tangan sepantas yg mungkin kalo ckgu tanya sape yg sudi nak p ganti. hoh makan free, sapa yg xmau kan. 

         waktu periksa, semua subjek aku score tau. tak dapat markah 90 ke atas, mesti 100. antara pelajar cemerlang kat sekolah, mesti la aku. tapi, itu DULU ok. huh. maunya x score, bersemangat kot ngan sekolah. balik umah je, teros wt keja sekolah. tiap2 hari camtu tau. seronok sgt la wat keja sekolah tu, sampai ayah balik keja waktu petang nanti, baru aku kuar main. hoho.
         
        hah baru teringat, masa ni p sekolah pak lang yg antar. sebab kak ja pn baru darjah 5. kat sekolah, kawan2 kak ja suma kenal la aku. saja je mencapub. haha. p sekolah tiap2 hari bawak bekal tau. x nasik goreng, megi goreng. emm x pn, roti telur. of coz la mak yg masak pagi2 buta tu. oh sayangnya kat mak! muah2. hah pastu da episod sedih sket masa darjah 1 ni. kaki terlekat kat ekzos moto yg panas tu! huwaaa. parut x ilang sampai skang kot. huhu. al kisahnya, kan waktu tu baru balik sekolah. cam besa, nek moto la ngan pak lang. sampai ja kat umah, tergedik-gedik sangat nak amek beg sekolah sampai p bediri kat sebelah exzos moto. dan cemana ntah, kaki leh terkena kat benda alah tu. sakit oo. mak la jugak yg boh ubat suma, tapi takut gila nak gtau ayah. nanti mesti kena marah. tapi last2, ayah tau jugak. kena marah la jugak kan, tapi benda nak jadi. nak wat cemana.

       

         hah masa ni  kan dok ngan tok kat umah. mak n ayah keja. tok dah la takut ujan. aku pulak takot kalo ujan lebat yg ada ribut n petir tu. takut oo. selalunya kalo ujan2 camni, mesti tok angkut kami adik beradik p dok umah pak lang. pastu nanti mak lang mesti masak cekodok. sedap oo cekodok mak lang. aku la jadik peminat setia. haha. penah dulu kak ja masak megi. megi sumbat sos n kicap ja pn. tu pn telan abeh. ujan la katakan. suma benda jadi sedap. haha. kalo x p umah pak lang, kami dok je la kat umah diam2. org tua2 kan kata, kalo petir jangan tutup telinga. nanti pekak. abeh tu dah aku takut nak wat cemana. last2 tok soh mengaji. hah aku pn mengaji la. baca surah2 yg pendek ja pn. baca, n teros baca sampai la ujan dah berenti. haha. :)


          zaman kecik2 ni banyak jugak kenangan ngan kak ja. dah la p sekolah sama2, kami ngaji pn sama2 jugak kat tok. pastu petang2 pn dok lepak sama2 jugak. dah xda sapa pn time ni. ada kak ja je pn kat umah. ada la jugak adik kan, tapi apa ntah nak main ngan dia ni. time ngaji ngan kak ja, selalu jugak gadoh. tapi gadoh bangang2 jela pn. apa ntah. saja ja mengisi masa lapang time ngaji tu. tok dah la lambat nak mai ajar. dah baca ulang2 kali pn, xmau mai ajar lagi. penat tau tunggu. last2 kami pn dok la memekak kat celah2 dinding tu. dah la depan Quran pulak tu kan. huh x patot betol. pengumuman, aku stat baca Quran masa darjah 1 ok. huhu. time tok ajar ngaji, tok mesti baca lambat. aku yg baca lagi laju dari dia. pastu nanti konpem aku yg kena balik ngan tok. 'baca kalut2 nak p mana', hah free ja dia bagi. haha. pastu, nanti malam ngaji lagi. benda yg sama jugak jadik. penat aku tunggu tok nak ajar. haha. 

         masa ni kan, kak odiah selalu mai tido ngan tok. bukan kak odiah yg nak pn. tapi, tok yg soh. napa ntah, tok takot tido sorang2 kot. kesian kak odiah. huhu. tapi org selalu cakap, tok sayang gila kat aku n adik. beli macam2 kat kami. ye la, dah nama pn tok yg jaga. mana la dia x sayang kan. lagipun, mak bagi duit tiap2 bulan kat tok. dia beli la barang2 kat kami.

        tau x ada benda best waktu ni. aku jadik pelakon! eh bukan pelakon drama kat sekolah tu k. apa klas. hahah. ni pelakon yg betol2 kat tv tu tau. cemana ntah depa leh tersesat mai shooting kat umah pak lang ni. time depa shooting, ramai kot orang mai tengok. suma pakat dok wt jakun la time tu. temasuk la aku. ahaha. tapi x kenal pn pelakon2 ni. x femes la tu kiranya. ada la sorang pelakon pmpuan yg aku penah nampak muka dia kat tv. tapi, keja dok pegang watak sampingan je pn. huhu. ingat g, nama drama tu 'atirah'. hah aku belakon jadik atirah tu la. tapi, versi kecik2. atirah tu buta. aku belakon scene dia stat nak jadi buta waktu kecik2 dulu la. 'mak, mata atirah sakit. mata atirah sakit', tu la ayat yg aku dok ulang sampai abeh. dah director bagi skrip camtu je kan. dah la waktu tu aku masih kecil, mana la reti nak pandai2 wat ayat spontan. coba amek aku jadi pelakon waktu skang ni, konpem meletup-letup ayat yg aku bagi. hahah! hah pak lang waktu tu dok gelak kat aku tau. lawak sgt kot aku belakon. haha. 

         pastu ada 1 scene lagi. tapi, ni yg paling senang r. aku juz kena baring je. dah sakit la katakan. waktu shooting tu, aku kena baring n tutup mata. ada la jugak kena bangun makan ubat. tapi lepas tu, tutup mata sampai abeh. asal director cakap 'cut' ja, mesti la nak bukak mata kan. tapi, silau amat! kamera dah depan2 mata, mana la x silau. sampai nak bukak mata pn x leh. last2, aku lena betol2 sampai abeh shooting. sedar2 ja, org dah abeh shooting. hah amek! sapa soh kamera tu ada silau. haha. waktu shooting benda ni, dah abeh periksa akhir tahun dah. aku dapat nombor 1 kot dlm kelas. hebat x? haha. dapat la adiah time hari anugerah cmerlang kat sekolah tu kan. tapi, krew2 shooting ni pn da bagi adiah kat aku tau. adiah apa ntah. dah lupa. harap maaf. haha. :)

          p/s- tapi kan, xpenah nampak pn drama ni kuar tv. aku dgn mak selalu musykil. dia kuar kat tv kat london kot kan. huhu.

No comments: