Saturday, April 16, 2011

*ber+ja+ya*

        hmm. apa maknanya berjaya? kejayaan? kalo nak berjaya dlm idop tu, wajib berjaya dlm pelajaran dulu ke?? hmm bagi sy la kan, x semestinya pn. tapi perlu diakui, pelajaran tu sangat2 menyumbang la dlm kejayaan dlm idop. yg paling penting, usaha! kalo pelajaran cemerlang n terbilang pn, tapi x usaha, x berjaya la jugak kan.

       org yg x berjaya dlm pelajaran tu mmg konpem xkan berjaya dlm idop ke? jwpn sy, tidak sama sekali. diulang, yg paling penting is usaha! weh, ingat pakcik2 yg jual pisang goreng kat tepi jalan tu x leh jadik kaya ke. ntah2 mereka tu lagi banyak duit incik2 yg keja manager kat syarikat nun.

       aiseh. sy xda la kata yg pelajaran ni x penting bagi sy. penting sgt2! mak n ayah ada harapan besar tau nak tengok sy berjaya. biasa lerr kan, mak bapak mana la x nak tengok anak2 berjaya. wat penat je mak n ayah ajar sy baca ABC waktu kecik2 dulu kalo dah besar2 ni sy x berjaya. hoho. oleh itu, degree yg bakal sy dapat  nanti adalah ibarat hadiah la kat mak n ayah yg selama ni besusah payah carik duit utk tanggung pelajaran sy. dari tadika sampai masok
universiti, agak2 berapa banyak duit mak ayah yg dah abeh kan. hah sepuloh inggit?? menipu gila!

        degree tu utk mak n ayah. utk sy apa pulak? mcm org lain, mesti la sy harapkan keja yg bagus. nak simpan duit utk bekalan diri sendiri, n duit utk bagi kat mak n ayah. ibarat nak ganti balik la duit mereka kan. walopn sy tau yg mak n ayah sy x mengharapkan satu sen pn dr sy, tapi sy akan wajibkan diri sy utk bagi jugak duit kat mak n ayah bila dah keja nanti. InsyaAllah.

       emmm. sy xda la pasang angan2 nak keja hebat2 sgt pn. n sy x penah tepikir or bercita2 nak jadi jutawan yg ada banyak duit sampai berlori2, rumah mewah sampai sepuloh tingkat n keta banyak2 sampai boleh wat pameran kat depan umah. cukupla sekadar keja tu nanti mampu sara idop saya, cukup utk bagi duit kat mak n ayah, cukup utk belanja harian satu famili, n cukup utk simpanan hari2 mendatang. duit banyak2 pn payah jugak kan. lagipn, bersederhana itu kan lebih baik. tapi, kalo dah rezeki sy nak ada duit yg melimpah ruah, sy agak redha. :)

       kenapa x nak jadi kaya? x nak ke keja hebat2? pegang jawatan besar, gaji beribu2, x nak ke?? hmm bkn x nak, tapi xda keinginan yg tinggi utk benda2 mcm tu. sy juz nak keja yg bolehkan syspend masa utk famili n diri sy sendiri. bukannya keja yg sampai kena stay sampai malam, n sampai kalo dok kat umah pn, still berserabut dgn keja lagi. idop ialah keja,keja, dan keja. oh tidak!

pengumuman! sy sgt2 harapkan idop yg macam ni:

pagi : siap2 nak p keja. ops, kena jugak sediakan baju utk encik b yg nak p keja. sediakan bekfast utk satu famili, temasuk la ank2 yg nak p skolah tu. kihkih. lepas tu, baru la p keja. emm p keja nek keta la kot kan. mmg wajib dah ada lesen keta la time tu. huhu.

tengah hari : still kat tempat keja. ank2 balik skolah cemana ntah? xkan nak biar merempat kat tepi2 jalan pulah. adoih. hmm nanti la pikir laen ok. haha.

petang : dah abeh keja. so, boleh gerak balik umah. hoye2! kalo jalan jam n cam x larat je nak masak utk malam tu, ajak je encik b n budak2 tu makan kat luar kan. x pn tapau nasik bungkus jela. harap maaf, i penat la. hehe.

malam : kena basuh baju, tapi of coz la sumbat je dlm mesin basuh. kuikui. lipat baju lagi pulak. kemas umah, n pape yg patot. sebelom tido, kena iron baju siap2 utk nak pakai esok. kalo da cita best, boleh la tengok tv. layan internet ke. yg paling penting, malam ialah masa utk bersama famili. time utk layan anak2, n time ni la nak manja2 ngan encik b pn kan. wekk! :)

n begitulah sepanjang hari. hari minggu, mesti la nak cuti. nak kuar jalan2, rehat2, balik umah mak n ayah, n of coz nak shoping. ngeeee. oh what a wonderful life! bahagianya. haha. 

        so, begitulah. sy seorang wanita berkaliber kan? haha. tapi, mmg konpem umah sy nanti xkan ada bibik. walopn encik b ni mengada2 nak bibik, konon2nya boleh ringankan keja sy la kan. tapi tidak sama sekali ok. muktamad. halah, macam la banyak sgt keja yg nak kena wat. mak sy rilek je pn wt suma keja ni, xkan sy x leh wt pulak kan. ke mana tumpahnya kuah kalo x ke nasik. kuikui. ala kalo dah x larat sgt nak sumbatkan baju dlm mesin basuh tu, antar dobi jela. mudah kan. hihi.

         berbalik kpd cerita asal, ok ke idop macam tu?? ntah la. sy xda cita2 yg besar pn sebenarnya. tp yg penting bagi sy ialah 'kebahagiaan', bukannya 'kekayaan' or 'kemewahan' idop. 

     p/s - sebenarnya sy tengah malas nak studi. dok membebel ni konon2nya nak sedapkan hati jela kan. kononnya kalo x berjaya skang pn x pe. masih ada harapan. tapi, tu kononnya jela kan. hakikatnya?? huh.


sekian, terima kaseh. 


sumpah ni bukan aku okes.



No comments: