Friday, April 22, 2011

*mari beranak* ngeee.


video

        Hah takot x?? aku pn seram tengok pakcik2 n makcik2 doktor n nurse2 yg terlibat. haishh. x da sopan santun langsung nak keluarkan baby tu. sakit kot!! kena robek2 n koyak2 perut camtu. ingat perut tu sebijik buah kelapa or sebijik buah durian ke apa, sampai nak kena berhempas pulas koyak kulit utk amek isi dia.

       Tapi, memang dah cenggitu kot kan cara mereka2 wat keja. memang la kita nampak cam xda berperikemanusiaan. tapi bila pikir2 balik, kalo nak wat dgn penuh lemah lembut n sopan santun, lambat la pulak proses nak sambut baby tu kan. kesian kat ayah, atuk, nenek, pakcik, makcik, n jiran tetangga yg menunggu kat luar bilik bedah tu. huhu. 

       maka, sekali lagi aku berazam nak beranak secara normal. kuikui. tapi, mak aku kata beranak
normal pn sakit jugak. sakit macam nak mati. so cemana neh?? n mak aku kata lagi, kalo operate, memang la x sakit waktu tu. dah mmg kita x sedar pn kan. tapi lepas2 bukak ja mata, sakit jugak. kalo beranak secara normal, waktu nak beranak tu memang konpem la sakit. siap kena gunting lagi kat bawah tu. hadoih! n lepas beranak pn, akan sakit lagi sementara nak tunggu sembuh. so kesimpulannya, beranak itu memang sakit ok. sebab tu la jgn sama sekali derhaka kat mak. mengeluh pn dah dikira dosa tau, apatah lagi la mangkuk2 ayun yg sesuka hati dok sepak terajang mak sandiri tu. haih x paham betoi. 

       tapi, kalo diberi kesempatan la kan, nak jugak beranak normal. macam indah je perasaan lepas berjaya melahirkan anak tu. yela, dah penat2+sengsara menanggung segala peritnya sakit tu, n last2 dapat tengok n pegang  anak sendiri. sihat n cumil pulak tu kan. konpem terharu, lalu mengalirlah titis2 air mata di pipi. ngeeee. diumumkan, aku nak beranak kat hospital swasta ok. nak jugak2. belanja mahal pn dah x kesah la time tu. takot punya pasal. tapi harap2 dimurahkan rezeki la time nak beranak tu kan. haha. sebab menurut pengalaman mak aku yg dolu beranak kat hospital kerajaan, seksa oo. mak aku la kata. paham2 jela kan cemana layanan kat sana.

        nak sambung cita lagi.  diisytiharkan, aku ada satu impian.  tapi x tau la boleh tercapai ke x ni kan. hihi. emm kalo boleh la kan, waktu nak beranak tu, aku nak bapak kpd anak aku tu ada sekali dgn aku, menikmati betapa 'indahnya' detik2 melahirkan anak tersebut. ni x lain x bukan sebagai tukang pemberi semangat la kan. haha. x pn, boleh la jugak bagi dia tengok sendiri macam mana susahnya nak beranak ni. dgn harapan, dia boleh la take part 100% utk sama2 jaga anak ni, especially waktu tengah berpantang tu. 
fair n square rite?? :)
      
       kesimpulannya, selamat mengharungi detik2 indah menjadi seorang ibu. 
(ucapan utk diri sendiri, utk beberapa taun yg akan datang) 

InsyaAllah. 

nagis je keja kau. diamlah budak kecik. 
      

No comments: