Tuesday, April 26, 2011

* 'BERGAYUT - GAYUTAN*


berikut merupakan situasi-situasi yang berlaku ketika bergayut di henfon bersama bf/gf :


1.  Tepat pukul 11 atau 12 malam mesti korang dah pegang henset korang.. 
Sama ada tunggu panggilan 
atau korang yang akan call! 
Ada yang akan SMS tanya
"Bz ke tak? Nak call nih" .....

~ aku kata
pakcik tu nak kol aku?? betuah. 
jgn harap la. 
kadang2 tu, pukul 11 or 12 malam tu 
batang idong pn x nampak lg.  
maksudnya di sini, jgn kata nak kol, 
msg pn belom tentu dapat. 
hah tu memang mengundang angin satu badan la tu. 
penat tau aku tunggu sehari suntuk utk mendengar kabar berita.  
n last2, memang 'mendapat' la ngan aku. 
padan muka! 
 *cehh. macam la dah sepuluh taun x kontek. 
kuikui.


2.  Bila bergayut kadang2 tak kira tempat... 
Banyak port yang korang conquer.. 
Ada yang kat koridor.. 
Ada yang depan pintu... 
Atas katil... Di meja study... Macam2... 
Masa ni dah tak kesah dah pukul 2,3 pagi pun sanggup gayut kat luar bilik asrama korang semata-mata dapat cakap ngan yang tersayang.... 
Kekasih punya hal, hantu2 dah tak takut dah!

~ aku kata:
  hah. xda maknanya nak dok kat luar bilik tu. xda keja ke apa. 
dok jela kat dlm bilik yg indah permai ni. golek2 atas katil yg empuk n menikmati angin sepoi2 bahasa dari kipas kat atas kepala. haha. 
tapi, agak2 la kan dgn volume suara tu.
kalo dah cakap pakai volume tahap maksimum tu, memang nak kena humban dlm parit la jugak.
ingat anda sorang je ke yg ada dlm bilik tu. 
plz be considerate kat rumate anda ok. 
kot ya pn dia x boikot anda, tapi konpem la dia dok mengutuk anda dlm hati. 
padan muka anda. 
'ko ingat ko sorang je ada pakwe?!'
'hah dah nak sangat cakap kuat2, nak aku amekkan microfon bagi kat ko ke?!'


3.  Bila gayut punya gayut sampai mengantuk tapi si kekasih nak cakap lagi...
Cakap2 sampai terlena.. 
Besok pagi pakwe/makwe call kata 
" Semalam dah tido eh? I panggil tak sahut2".. 
Dah mengantuk tapi taknak gtau sebab xmau kecewakan dia... apa daaaa~~

~ aku kata
 kalo ngantuk tu, cakap jela ngantuk. 
bak kata pepatah, kalo padi katakan padi, 
tidaklah hamba
ternanti-nanti. kuikui. 
tapi, aku jarang la ngantuk kalo sembang ngan pakcik tukang kebun tu. 
seyesly, beliau ialah seorang pencerita yg amat bagus, bagi aku la. 
n memandangkan aku xda la banyak cerita best sangat, maka aku la yg selalu jadi tukang pendengar yg setia. 
eh ni bukan nak puji pakwe sendiri ok. 
ingat aku poyo sgt ke hapa. tapi, ni mmg kebenaran yg x dapat disangkal la. 
terbuai2 aku dgn semua benda yg dia story mory. dah la siap wat sound effect g.
(brgantung kpd story la) good! keep it up. ngeeeee. 
n selalunya, dia la yg akan mengeluarkan ayat yg berbunyik,
' dah ngantuk la. jom. '. 
nak membuta dah la tu maknanya. lalu tamatlah sesi bed time story pd waktu trsebut. 
n diisytiharkan, xpenah adanya istilah 
 'dah mengantuk tapi taknak gtau sebab xmau kecewakan dia'
apa daaaa~~


4.  Tengah dok syok cakap telefon, 
tiba2 "tuuutt" call putus... 
Mula2 try call balik tak dapat.. 
Then check balance topup dah habis..
Yang sang kekasih pun takde kredit.... 
Haa time ni la sibuk buat SOS topup la.. 
Credit Advance la... 
P bilik kawan yang jual topup laaa... 
macam2...
siap suruh ayah, mak, kakak dan abang pi topupkan..
ish3!


~ aku kata:
 hah malu2! *nak nyorok dlm tin biskut*. haha. 
sebab aku pn da jugak sifat x senonoh macam ni. tp kadang2 jela ok. 
kenyataan di atas adlh benar2 belaka, kecuali bab nak soh org len topupkan tu. 
hah tu bukan aku ok. 
sy topup sendiri tau. huhu. 
hah bila terjadinya eksiden2 sebegini, maka aku pn akan kata dalam hati, 
' alaaaaaaaaaaa. time ni la jugak kedit nak abeh pn'. huhu. 
tapi selalunya aku redha jela. 
nak harapkan dia topupkan utk aku?? 
cehh buang karan jela. 
ibarat menunggu kucing bertanduk kambing.
xda maknanya. 


5.  Bila syok dok gayut atas katil 
tiba2 roomate nak tido dah...
"Alamak, takkan nak gayut depan dia! 
Nak gayut kt luar takut...
Kalau gayut depan dia,nanti dia dengar aku bermanja-manja ngan kekasih aku lak"  
Bila dalam dilemma camni,
last choice ambik bantal cover!

~ aku kata
 hah ni x penah lagi la aku wat kat dalam bilik kat ostel ni. tapi, aku penah wat kat umah.
ye! sy mengaku. haha..
ni x lain x bukan sebab takot ayah marah la. 
dah bergayut sampai 2,3 pagi, gila x kena marah. orang nak tido la wei. 
kalo dok tengah syiok sembang tu, tetiba terdengar deruan tapak kaki ayah, 
terhegeh-hegeh la amek bantal cepat2, n slowkan volume sampai tahap minimum. 
time tu la nak maen bisik2 pn. haha. 
tapi, kantoi jugak ngan ayah. 
n at the end of da story, 'selamat kena marah' diucapkan kpd diri sendiri. hoho.


6.  Masa awal-awal call cakap la benda harian yang dibuat... 
Makan apa... Jumpa sapa... 
Aktiviti menarik yang dibuat... 
Then masuk part 2 plak dalam perbualan iaitu part gaduh-gaduh manja lak... 
Then masuk part ke 3... part pujuk memujuk pulak... Last2 BAIK balik... 
Banyak part sungguh laaa...

~ aku kata
 kihkih. ni cam betol ja. aiseh. 
*nak nyorok dlm tin biskut lagik*. 
soalan2 wajib tu memang wajib ada la. senang cita, tiap2 hari kena wat laporan. 
gaduh2 manja?? erk. selalunya dok gaduh pasal benda2 sememeh ja pn. 
sbb nak decide sapa yg  menang kan.
jarang la gaduh2 yg seyes kat fon. 
emm cam x penah je pn. haha.
tapi kalo sesi leteran+membebel tanpa henti tu, memang selalu la terjadik. 
x lain x bukan, of coz la aku yg jadi tukang membebel. 
n time ni, turn dia pulak utk jadi pendengar setia. 
tapi tiap kali aku membebel, ada jela 'modal2' dia nak bagi aku gelak. 
n memang akan terbantut la mood  nak membebel tu. tapi, still dok sambung potpet2 jugak. 
tapi, ni dah versi membebel manja2 la sket. kuikui. 
sesi memujuk?? hek. jgn harap la dia nak pujuk. 
kena jugak la aku sendiri yg membawa segala duka dan lara ni jauh ke tepian laut china selatan utk memujuk diri sendiri. 
sedih betul aku. 
tapi selalunya kalo dah dok sembang2 tu, 
konpem akan terubat la segala duka lara. 
rupanya pakcik ni ada cara yg tersirat utk pujuk aku. kuang3. heeee.


7.  Kadang-kadang bila dah tak tahu nak cakap apa, pasang loudspeaker 
dan bagi roomate2 dengar sekali... 
Time ni semua pakat kerumun nak tanya soalan kat kekasih korang.. 
Nak menyibuk laa.. nak mengusik laa... 
Nak buat Edisi Siasat laa... 
Yang roomate/kawan2 korang ketawa terbahak2 dengar kekasih kita bagi jawapan....

~ aku kata
 hoh??!! sumpah xda keja makhluk2 yg ada perangai x senonoh ni. 
haishh x paham aku. apa motif ntah nak wat camtu?? 
nak mengeratkan tali silaturrahim sesama manusia ke? hek eleh. 
kalo ada je spesis pompuan yg dok wat benda camtu depan mata aku, 
aku akan kata benda ni dlm hati. 
'deyy, org len pn ada jugak bf. xda pn sampai nak kena tunjuk sangat bf tu kat org lain.'  
cakap dlm hati dah la kan. nak cakap direct, kang dia tacing pulak. 
lagipn aku ni kan spesis pandai menjaga hati org lain. 
*sambil menari ala2 cam dlm cita black swan. haha* 


8.  Ada kes di mana tengah dok gayut 
then gaduh besar... 
Time ni (kalau perempuan memang menangis laaa) dan akan terus matikan telefon.. 
Haa mulalah pakwe ni call atau mesej si roomate korang supaya tolong bagi dia cakap ngan korang.... 
Tak pasal2 jadi orang tengah pulak....

~ aku kata
 hekk! apa hal ntah nak kena ada babak2 camtu. 
nak gadoh, gadoh jela. tapi xyah la sampai nak menyusahkan org laen pulak. 
kalo aku la yg jadi sang rumate tu, aku nak sumpah dua2 ketul ni jadi katak. 
hamek ko! 
ingat aku suka sangat nak melayan drama2 sadis korang ni. 
oleh sebab itu, kalo aku yg dok wat drama korea, 
konpem2 aku dok diam2 kat atas katil n tido sambil sorok muka kat celah2 bantal. 
malu kot org nampak kita nangis. sebab pakwe pulak tu. haha.


9.  Bila akhir perbualan mestilah nak sebut " I LOVE YOU" atau " MISS YOU" tapi kita xsebut kuat-kuat... 
Malu kena ejek ngan roomate kalau dengar..... 
Oya, last sekali mesti ada "Mmmuuuaaahhh mmmuuaahhh" 
tu pun bagi kiss sesenyap mungkin... Malu punya pasal... tapi tetap nak bagi...

~ aku kata
 cis! cemana dia leh tau ada babak2 camtu neh?? malu tau x?? 
*pura2 blushing*. haha. 
tapi, yg part 'mmmuahhhh2' tu bukan aku ok. 
sumpah aku malu+geli nak wat camtu. 
tapi kalo pakcik tu yg wat kat aku, memang konpem aku senyum sampai ke telinga la. kihkih. 
rasa bahagia kot, walopn agak kegelian. huhu. 
haish sudah2! satgi penyakit angau menyerang pulak. ngeeeee. 



10.  Haaa...ini memang satu situasi yang mana2 couple pun akan alami... 
"Awak letaklah dulu..." 
"Tak Nak... Nak awak letak dulu..." 
"Ala.. semalam saya dah letak.. Hari ni awak pulak letak!" 
"Ala... jom kita letak sama2 k?Awak kira la sampai 3" 
"OK....1...2....3..." 
Hmmm... sampai ke sudah tak letak2....

~ aku kata
 hah! ni lagi lah. tapi, knapa aku x penah alami pn situasi tu?? 
eh aku x normal ke??
*muka penuh kekeliruan*. 
sapa nak letak fon dulu pn nak jadi masalah. heleh. 
konon2nya x sanggup berpisah la tu. 
sumbat dua2 ketul dalam kandang rimau kang baru tau.
xda maknanya. wat abeh kedit lagi ada la. 
xpasal2 ja kedit kong semata2 nak tunjuk 'sweet' punya pasal. 
'sweet' la sangat kan. cehh.


~ kesimpulannya, macam2 ragam manusia ni yek.
tapi, sy tetap maintain menjadik seorang gadis yg sopan! 
*kenyit2 mata sambil wat muka comel* kihkih. :)


hah nak gayut sangat kan. meh kawan dgn aku. 



  

No comments: