Sunday, May 15, 2011

*tenkiu omak*

memandangkan negara kita baru je menyambut hari ibu beberapa hari yg lalu, saye pn nak jugak merakamkan setinggi-tingi ucapan 'selamat hari ibu' kpd suma warga2 emak di seluruh dunia. 
n opkos la nak wish kat mak saye jugak.
i lap u manyak2 mak. lap u. lap u.

okes! berikut merupakan ucapan terima kaseh saye kat mak atas segala suma benda yg mak wat sepanjang 21 taun saye idop ni. 

1. tq mak. sbb tolong simpan org dlm perut mak. 9 bulan lamanya org berlindung dlm perut mak dari segala hujan n panas. makan, tido, mandi, masok toilet, masak, semayang, mengaji, basuh baju, sidai baju, lipat baju, tengok tv, baca buku mastika, keja, suma benda mak wat, mesti mak bawak org sekali kan. n sori la mak, sbb mmbebankn mak. dah la berat, nak kena bawak setiap masa pulak tu. menyusahkan mak je kan. sori seems to be da hardest world ye mak. :((  

2. tq mak. sbb rasa sakit lahirkan org. dah la mak beranak kat umah. nurse pn x sampai g time org kuar tu. xda pn bius2 nak bagi mak kurang sakit. mesti mak penat kan. dah la org nak kuar pn waktu 3 pagi. patutnya time tu mak dah boleh tido dgn amannya. ni x, mak sampai kena ulang alik banyak kali masok toilet. sbb mak ingatkan sakit perut mak tu sbb mak nak membuang. rupa2nya tu sakit sbb nak bagi org kuar dari perut mak utk tengok dunia. oh tenkiu mak! mak kata, sakit time nak beranak tu mcm kombinasi segala sakit yg berkaitan perut. sakit perut nak berak, sakit senggugut. sakit perut sebab lapar -> hah pandai2 ja tambah info.haha.

3. tq mak. sbb jaga org time kecik tu. mak tolong pakaikan baju, pakaikan lampin n pampers, pakaikan sarung tangan n sarung kaki yg come lote, suap org makan, mandikan org, basuh berak, pakaikan bedak banyak2 n tolong sapu losyen kat badan. n tenkiu manyak2 jugak sbb bagi org minum susu dr badan mak. tenkiu kat mak n ayah sbb penat cari susu yg terbaik utk org. tenkiu mak sbb tolong dukung, dodoi, n riba org. sedih pulak. nak nangis dah ni. T.T

4. tq mak. sbb tolong sikat rambut n ikat tocang. mak selalu wat dua tocang kat ats kepala ni. walopn dah nampak mcm tanduk lembu, tp org rasa dah cukup comei la time tu. kuikui. tima kasih mak sbb ikat dandan kat rambut. ikat rambut mcm ekor kuda. macam2 style la pulak kan. haha.


5. tq mak. sbb bagi org adik yg comei. (waktu kecik la yg comei pn. skang tidak lagi. haha.) sonok gila la time dpt adik tu, walopn x tau pn apa motif sebenar rasa sonok tu. maybe sonok la kot jadik kakak kan. tp, boleh tahan la ada adik sorang pn. puas dolu kecik2 dok gaduh dgn dia. kalo mak bagi adik 1 lori, mmg konpem jadi cam kapal pecah la umah tu. mak penah cita, saye ni punya
sayang kt adik sampai sanggup bagi dia makan taik cicak, semata-mata xmau bagi dia nangis. sebaik adik saye normal sampai skang. kihkih.


6. tq mak. sbb ajar org baca abc, kira 123, ajar baca buku cerita, ajar baca alif ba ta. tu time kecik2 dolu la. mak merupakan seorang cekgu yg baik walopn x mengajar kat skolah. mcm mak ja yg ajar suma benda kan. dari xtau pbenda, jadi tau macam2 benda. especially yg berkaitan dgn idop la. walopn cam benda2 remeh n kecik ja yg mak ajar, tapi sgt bernilai tau. tanpa mak, rasanya x mungkin kot org mampu uruskan diri dgn baik mcm ni. cehh. pasan. kihkih.


7. tq mak. sbb masakkan org nasik goreng utk bekal ke sekolah. n tq jugak sbb masakkan utk org tiap2 hari walopn mak kena bangun awal utk masak n basuh baju sblom p keja. haihh penatnya jadi mak. oh mak, u are my superwoman! n org nak jadik mcm mak jugak nnt. :)


8. tq mak. sbb bagi adiah kat org waktu org berjaya. cehh berjaya la sgt. haha. mak bg adiah utk result exm kt skolah, pmr, n spm. walopn hadiah yg mak bagi xda la mewah sgt pn, tp bermakna tau. nnt mak bagi lagi okes. n kalo org bgtau mak yg result org teruk, mak mesti ckp, 'xpa. nnt usaha lagi'. tu mmg ayat mak dari dulu sampai skang. dh boleh agak dah mak nak ckp apa tiap kali org ngadu kt mak yg org x leh jwb exm. tq mak sbb x penah penat soh org berusaha. sobsob.


9.  tq mak. sbb selalu bercerita dgn org. kecik2 dolu, mak selalu cerita psl puteri. puteri ibu jari la, mcm2 kisah puteri mak cita. pastu, mak selalu cita psl kehidupan mak. zmn mak kecik2 sampai kehidupan mak skang. dah besar2 ni pn mak suka cita lagi. mak cita psl aktiviti seharian mak, cita psl apa yg mak baca kt dlm buku mastika tu, macam2. saye dgn ini mengiktiraf mak saye sebagai seorang storyteller yg bagus. 
tahniah mak!


10. tq mak. sbb puji suma benda yg org masak walopn org tau benda tu xda la sedap mana pn. n kadang2 mmg x sedap pn. tapi, mak tetap puji jugak. org masak megi sumbat kicap n sos pn mak akn puji sedap. org masak nasik goreng cincai2 pn mak kata sedap. hmm mak mak. mak selalu mcm tu kan. n mak paling puji bila org wat keja umah. sapu sampah, kemas umah, lipat baju. mak akan kata, 'amboi. rajinnya anak dara ni.' n org suka bila mak kata mak sonok bila org ada kat umah. mmg la mak sonok pn. anak mak ni dah la rajin sapu sampah. bangun pagi ja, konpem carik penyapu dulu. tp pastu, opkos la sambung wat taik mata balik. kihkih. 


11. tq mak. sbb selalu kesiankan org. haha. mak selalu cmtu. tengok org makan nasik dgn telur goreng pn mak kesian. tengok org makan megi pn mak kesian. kononnya xda lauk sgt la kan kat umah tu utk dimakan. mak, org x kesah pn la makan nasik dgn telur goreng je. haish mak ni. ada2 jela. n mak selalu ckp masakan mak x sedap. suma benda yg org len masak, mak kata sedap. tp masakan mak sendiri, mak akan kata x sedap. tp, org makan nasik tambah 2,3 pinggan jugak. x sedap apanya cmtu. haish mak ni. saja je x nak ngaku yg mak terer masak. paling x tahan, kalo da org len puji masakan mak, mak konpem akn kata tu org yg masak. padahal org tolong kacau je pn. org pn dgn otomatiknya tepaksa la mengangguk. boleh tumpang perasan jap. kuikui.


hadoi penat la mak. banyak sgt nak kena cakap tq kat mak ni. kalo nak ikot2kan, mau 2,3 malam lagi pn x abih2. oleh itu, nak setop la kat sini dulu. hari ibu taun depan boleh cita lagi okes. 


s.e.l.a.m.a.t.  h.a.r.i.  i.b.u.
sayang mak manyak3.


mak. sedang merenung masa hadapan. mak kata dia nak dok kat pondok bila dah tua nanti. nak menambahkan ilmu agama. Alhamdulillah.

No comments: