Wednesday, October 5, 2011

*aku dan kamu*


Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?


Jawabnya: Kerana wanita itu unik. 
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa, 
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya. 
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman, 
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia, 
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah, 
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun. 
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman, 
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi.. 
Wanita makhluk kuat, 
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.



hari ini sudah ok. 
x menangis. 
x sedih.
tapi kalu ingat2 lagi, boleh nangis jugak.
baik x payah ingat.


ya, masih tetap sayang.
sebab Allah kuatkan hati.
mungkin ada hikmah di sebalik kekuatan hati yg Allah bagi. 
Allah Maha Mengetahui.


kamu, aku tak pernah menipu.
aku tak berdendam. 
tak membenci. 
sumpah! aku x tipu.
tapi, ada sedikit terluka.
mungkin bukan sedikit.
mungkin banyak.
tapi yang pasti, aku terluka.
x apa, aku terima.
sebab aku sayang kamu.
mungkin ada hikmahnya.


bila aku cakap sayang,
maknanya aku sayang.
jangan tanya kenapa.
kerana aku juga tidak pernah tahu.
tapi yang pasti,
aku tetap sayang.
masih sayang. 


perkara dulu, 
mungkin aku boleh terima. 
tapi aku tak mungkin lupa.
x apa, aku akan cuba untuk lupa.
sebab aku mahu kamu. 


untuk terima kamu,
aku sedia.
dari dulu, hati ini masih milik kamu.
segala kebaikan dan keburukan, 
aku terima.


kenapa banyak kali persoalkan jurang?
kenapa banyak kali ungkapkan kamu tidak layak utk aku?


perempuan yg baik baik utk lelaki yg baik. 


kamu sering katakan itu. 
aku x ada jawapan. 
yang aku tau, aku sayang kamu. 


ikut hati, mati.


tapi, hati aku, aku tahu. 
hati aku, ada kamu. 
sayang aku, pada kamu. 
rindu aku, untuk kamu. 


kamu. 
ayuh mulakan langkah baru.
berbekalkan sayang kita yg dulu. 
aku perlu kamu. 
aku harap kamu juga begitu. 




kamu. pelengkap aku.

No comments: