Saturday, October 29, 2011

*nak balik umah! weeee ~ *

ouch! minggu yang menyesakkan minda muncul lagi. dengan test bersepah2, assignment yg tunggu last minute nak submit baru nak buat, kerja2 rutin sampingan, plus nak kena praktis kawad utk tauliah pulak. wahaha! meriahnya idop kan. oh ya, semalam baru buat senarai2 benda2 yg perlu dibuat dlm minggu ni. agak banyak. tapi, yg seronoknya tu sebab bila dah siap suma benda, dah boleh balik umah. lalala ~


oh rindu bangat kat suma orang. tapi kali ni paling rindu kat cing2. grrr x sabarnya nak jumpa beliau. 1st time tau rindu kat kucing, sebelom2 ni x penahnya pn nak merindu kat mereka2 yg berkeliaran kat umah tu. nampak sangat aku dah jadik semakin penyayang. PANGG. 


cing2 saya amat gemar mempamerkan aksi2 menggoda ketika tidur, hrp maklom.

n ofkos la rindu kat mak. oh mak! mish u ketat2. nanti nak kena tolong mak masak. kan dah nak raya. tolong kemas2 umah. tolong tengok mak cangkul rumput, tolong tengok mak siram pokok bunga. awat yg aku malas sangat ntah nak bermesra dengan alam sekitar nih? musykil sungguh la kan. kalo kat dalam umah tu, boleh pulak buat rajin kemas segala benda. haish. 


mak tengah try test guna hf adik. nak amek gambaq.

n next, rindu kat adik yg selalu bajet hensem. xd la rindu sangat pn sebenarnya. tapi , memandangkan beliau baru ditimpa kecelakaan jalan raya, harus lah jugak concern pasal beliau. hah baru lepas eksiden tau budak tu. naseb baek dia x injured. tapi, sang lagenda tu tersadai la jugak kat workshop. haish macam2. 


beliau memang selalu bajet macam pelancong korea . aku pn dah malas nak komen. 

ayah! rindu la jugak kan walopn nanti kat umah, xda la aku nak bersembang sakan pn dengan beliau. ayah mesti rindu aku kan? kan ayah kan? tetiba terasa cam nak tanya ayah, rindu aku ke x. tapi, takot pulak tetiba nanti ayah pengsan. gila buang tebiat dah anak dara aku sorang nih. 


ayah memang selalu jadi individu yg paling bersemangat kalo bab2 amek gambaq nih. penoh aksi, mutu, dan keunggulan.

n last but not least. oh rindu jugak sama incek amir hamzah. rindu rindu rindu. cam mengada je pulak kan? hah hari tu baru buat drama korea lagi dengan beliau. 1st time aku sound dia sungguh2. geram gila. selalu kalo marah, aku diam je, nangis sorang2. tapi hari tu, mau bernanah telinga dia kena sound. naseb baek la beliau amat bersabar sewaktu kejadian. kalo laki laen ni, maunya aku yg kena sound balik. yela, main sound sesuka hati tanpa sebab munasabah. sapa la yg x panas kan. awak, awak buat saya bertambah sayang pada awak tau. PANGG lagik! oh sebelom aku lupa, hari tu beliau ada kata nak bawak aku melawat umah beliau time raya haji ni. bawak berkenalan dengan mak beliau. hah takot x? dah la muka pn burn x hilang2 lagi. hadoii kang kalo markah kena tolak, kan naya. sapa2 yg ada tips untuk pikat hati bakal mak mertua tu, sila la kongsi ye. kihkih. 

makan makan. mahal nak mampos yong tau fu kat r&r bagan nih. sepinggan tu sampai dua puloh hinggit. dah la x sedap mana pn. hish! naseb baek bukan guna duit aku. wahaha.


x sabarnya nak balik umah! tiket bas dah beli tau. baseb baek dapat jugak tiket bas 4 hari bulan tu. patotnya tiket dah abeh langsung, tapi naseb baek ada kan. memang rezeki aku nak balik la gamaknya ni. anda2 sekalian, sila tunggu saya okes! 


adios. 

No comments: