Monday, November 28, 2011

*1433 Hijrah. selamat tahun baru*

hai. salam maal hijrah. salam tahun baru.


apa ntah ucapan nak bagi sempena tahun baru ni. emm saya tujukan ucapan salam maal hijrah kepada ibu bapa serta keluarga yang tercinta yang kini berada di pulau pinang. tidak lupa kepada rakan2 sahabat handai yang berada di seluruh pelosok dunia. tidak ketinggalan juga kepada boifren tersayang serta keluarga bakal mentua yang juga kini berada di pulau pinang. PANGG! hoyeh.


tahun baru muncul lagi. terima kasih Ya Allah kerana masih panjangkan umur hamba-Mu. walaupun selalu lalai dalam tugas sebagai hamba, tapi Dia tetap panjangkan usia. ya, dipanjangkan usia supaya hamba yang lalai ini berpeluang bertaubat sebelum kembali kepada-Nya.


tahun baru, tapi aku teringat pasal mati. orang yang paling bijak ialah orang yang takut pada mati. ya, aku takut. sangat takut. baru-baru ni pn, pernah bermimpi pasal mati. bukan bermimpi dah mati, tapi bermimpi tengah menunggu saat2 terakhir untuk mati. demi Allah, sangat takut. tambah2 lagi, bila terbaca kat mana2 page pasal mati di usia muda ni. lagi bertambah takut. umur 21 tahun, manusia mana je yang boleh expect dia akan mati esok lusa. memang tak lah. majoriti manusia pada umur 21 tahun ni akan mula merancang masa depan. pasal kerjaya, pasangan hidup, n so on lah pasal masa depan yang gilang gemilang. ofkos lah aku pn termasuk dalam golongan majoriti tu kan. perancangan masa depan meriah kemain. siap dah buat timeline dalam otak, umur berapa nak stat keja, umur berapa nak bertunang, umur berapa nak kawen, umur berapa nak ada 1st baby, 2nd baby, n macam2 lah. tapi umur berapa nak mati, xda pulak dalam timeline. aduhai.


ntah2 aku mati minggu depan. eh xkan kot. 10 tahun lagi? hmm xlah. rasanya aku akan mati bila dah tua nanti kot. masa tu, memang dah cukup amal ibadat buat bekalan. masa tu, memang dah siap tunaikan haji n umrah. masa tu, memang tunggu masa nak mati je sebab memang dah prepare plus xda pape nak dibuat lagi dah pn kat dunia ni. untungla kalo memang konpem2 macam tu kan. sempat la aku nak kutip pahala jadi anak yang reti balas budi mak ayah, pahala jadi isteri solehah, pahala jadi ibu mithali, n pahala jadi hamba Allah yang betol-betol mukmin. TAPI tu kalo aku mati waktu dah tua nanti. ni buatnya aku mati tahun depan, x ke naya. mana nak korek suma pahala2 tu? balas budi mak ayah pn x sempat lagi sebab memang x sempat lagi pn nak keja, ni kan pulak nak dapat pahala isteri mithali n lain2 tu. gigit jari la weh. dosa pn dah la berlambak. tu x amek kira lagi dosa terakru n dosa terdahulu. agak2 berapa kontena nak angkut dosa, n berapa kontena pulak nak angkut pahala ni kan. kalo kontena angkut pahala lagi banyak, Alhamdulillah. tapi tu pn still x menjamin apa2 lagi di akhirat sana.



oh bercakap pasal mati ni, teringat kat arwah tok. tok yang jaga kami adik beradik dari kecik sampai dah jadi remaja. tok yang selalu berleter, tok yang kadang2 aku rasa macam annoying, tapi tok yang aku tetap sayang. demi Allah, aku sayang tok. walaupun masa tok masih ada, aku abaikan. walaupun masa tok masih ada, aku jarang cari peluang untuk bersama dengan dia. walaupun masa tok masih ada, aku kadang2 buat macam tok x ada. dan bila tok dah betol2 x ada, sumpah aku terkilan. sangat-sangat terkilan. even nak jumpa tok waktu hari2 terakhir dia pn x sempat, ni kan pulak nak mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. hm kenapa agaknya aku dulu macam tu? ya, sebab masa tu aku expect tok akan ada bersama2 aku sampai aku dah betol2 besar. sebab masa tu aku bajet aku sempat ubah perangai n dapat luangkan masa bersama tok nanti. tengok2 apa yang aku dapat? penyesalan yang x sudah. aduh. Al-Fatihah untuk arwah tok. 


pengajaran untuk hidop:
1. hargai insan2 yang ada bersama kita sekarang. tambah2 mak ayah n famili. bila insan2 tu dah xada, nak cari sampai kat lubang cacing pn memang konpem dah x kan jumpa. 


2. gunakan masa yang ada untuk memperbaiki diri. even jarang dapat peluang untuk tambahkan pahala, gunalah kesempatan yang ada untuk kurangkan dosa.

3. ingat2lah pada mati. otomatik kita akan ingat pada Allah, n akan ingat siapa sebenarnya kita.


~ tadi tetiba sebak di pagi hari time bagi ucapan maal hijrah kat pakcik sorang tu. apa halnya ntah nak sebak2. suma benda pon nak sebak. x paham betoi.


kesian kat mak kucing kat luar bilik ni. dah la perut tengah besar, tunggu masa nak beranak je. dah la laki xda nak temankan. ish. mintak2 mak kucing n baby2 kucing nanti suma selamat. amin.


eh bola malam ni, malaysia kalah ek? waduh2. 


hidup seperti bola. ada masa kita di atas. ada masa kita di bawah.



2 comments:

cHirUzi said...

salam maal hijrahhhhhh!!! takut mati jugakkkkk :(

norsakinah said...

kan fara kan. takut takut takut.