Tuesday, November 15, 2011

*5-13 November 2011. awesome days!*

oh hai hai hai.
1st of all, sukacita dimaklumkan post ini adalah berkaitan 3 aktiviti yg awesome. awesome bagi aku la, bagi orang lain yg xda kena mengena, maybe xda pape pn. ok fine. wateva. n post ni sangat panjang berjela2. ok fine. 


1. cuti midterm + raya haji yg dibutakan oleh taik mata tahap melampau.


ni haa. kan aku semangat waja sangat nak balik umah sempena menyambut raya. kira terubatlah segala rindu dendam kat mak ayah adik, plus rindu kat cingcing. tapi raya tu, xda pape pn yg best kecuali pengalaman mengoperasikan kilang taik mata secara besar-besaran. sampai umah dari shah alam, dah tengah malam hari jumaat. esoknya tu, penyakit tido x sedar diri melanda, sampai pukul 3.30 petang tau. pagi2 tu sebenarnya bukan x bangun, tapi saja je memalaskan diri, sambung n sambung lagi tido. niat suci murni nak tolong mak masak ketupat pn x kesampaian. yg rajin bangun pukul 3setengah tu pn sebab celik2 mata, mak tengah tengok hindustan. so, aku pn dgn semangatnya join la tengok amir khan berlakon. dah nama pn AMIR kan, semangat la sikit. PANGG!


pastu hari raya, sebijik kuih raya pn x xda. malam raya tu lah jugak merempit dgn mak p pasar malam berdekatan, rembat segala kerepek2 yg ada di pasaran. pagi raya pulak dah la x p sembahyang raya. masalah tersebut adalah disebabkan hujan yg turun secara renyai2 manja ok. bukan sengaja xmau p sembahyang tau. piirah! alasan semata-mata kan. maka aku pn mula la menyebokkan diri menyusun atur segala kerepek yg dibeli ke dalam balang. ada la dalam 6 jenis, kira standard la tu kan. tengah hari pulak, mula melabuhkan tirai mata kat depan tv. mula2 memang la aku tengok tv, tapi selepas 15 minit berlalu, tv pn mula menengok aku kembali. penat la kononnya melayan tetamu di pagi raya. tetamu la sangat, padahal sepupu sepapat je yg bertandang ke umah pagi tu. seyes seronok kan bila sedara mara kumpul ramai2. kecoh 1 umah. 


dan aktiviti waktu petang, melawat umah paksu n mak ndak. saja jalan2 beraya sambil bagi daging lembu korban. mula2 malas nak ikot, sebab mood membuta masih membara. tapi bila memikirkan perut tengah lapar, tambah2 mak pn x masak pape yg special kecuali ketupat plus gulai daging, maka aku terpaksa menggagahkan diri. hah kat sana, makan jangan cita lah. konpem2 makan sampai sendat perut. pastu sampai2 je kat umah, teros terlelap sampai esok pagi. padahal masa sampai umah tu, baru pukul 8 malam kot. padahal lagi, yg semalam tu pn aku dah membuta seharian kan. 


pastu hari raya kedua, still menyebokkan diri mengoperasikan kilang. tapi tido xda la lama sangat, petang tu dah stat packing nak balik shah alam. pulang ke shah alam membawa hati yg terluka disebabkan pakwe xdatang umah beraya. disebabkan alasannya sebab ujan turun x berenti 2 hari berturut2, terpaksa la aku redha. kihkih. sekian, sambung aktiviti awesome seterosnya. 


*oh ya. gambar cingcing je yg sempat disnap sempena raya ari tu. sekian.


cingcing saye dah besar. yeay! dia silau kat flash camera. 
hai. nama saya cingcing. muahh! bagi flying kiss sket.


2. Perhimpunan dan Pentauliahan Kor SISPA Peringkat Kebangsaan Tahun 2011, bertempat di USIM, N9. *super duper awesome.


hah kan bertolak dari penang kul 9 malam, sampai shah alam kul 3 pagi. n yg bestnya, dah la tertinggal jam tangan kat umah, tertinggal pulak lagi kerepek n air oren yg aku bawak dari umah tu kat dalam teksi. memang seronok lah rasanya kan. free2 je sedekah kat mamat teksi india tu. haish. sampai je kat bilik, dah menyebokkan diri iron uniform, kilatkan boot, n pasang segala aksesori kat uniform. pagi2 kul 8 dah stat latihan kawad berjalan lalu. memang seharian lah jugak kawad, sampai sambung lagi latihan lepas abeh majlis penyerahan bendera kontinjen uitm malam tu. fuhh penat tu, memang adat la kan. so, no komen pasal kepenatan yg melanda. 


esoknya, 9hb dah bertolak p usim. n aktiviti yg berlaku kat sana, latihan n teros latihan. budak2 yg masuk pertandingan tu, keep on dengan aktiviti masing2. yg makhluk2 nak tauliah ni, memang x lain x bukan, latihan kawad jelah kejanye. 1st event, bersamaan 10 hb, kawad kawalan kehormatan sempena majlis perasmian. mak oii lama gila tunggu dato vc usim ni muncul utk rasmikan majlis. mentang2 la dia vip kan. jenoh la terpacak cam tugu negara kat tengah2 alam tu. naseb baik la mental kuat kan. yela, tu pn sebab puas mulut dok mengutuk dato vc tu kat dalam baris. harap maaf lah ye dato, sape soh anda datang lewat. haha. 2nd day, 11 hb, teros terosan dgn latihan n raptai untuk majlis penutup n pentauliahan. n malam tu ada dinner. memang makan sampai sengkak perut lah kan. tambah2 ada sate pulak tu. memang melahap sakan. 


mari makan! nyum nyum. budak2 tauliah je dapat meja tau. budak2 lain, suma duduk kat kerusi je. kesian kan? 


last day, 12 hb, memang patotlah aku awardkan tarikh 12 November 2011 tu sebagai 'hari ini dalam sejarah'. 1stly, kawad kawalan kehormatan n berjalan lalu berjalan dgn lancar. Alhamdulillah. x sia2 tadah muka menahan panas terik matahari kat tengah2 pusat sukan usim tu. oh nama pusat sukan tu pavillion tau. 2ndly, sebab ada benda yg x dijangka2 berlaku kan. haish nak cakap cemana pn x tau. tapi, saat mc majlis nak umumkan nama pegawai kadet terbaik untuk uitm tu, jantung ni memang berkencang. seyes! n waktu diumumkan, memang dengan penuh coolnya, teros kaki ni otomatik berkawad laju ke pentas utama, panjat tangga, n munculkan diri kat depan dato seri hishammuddin untuk amek sijil n piala. oh nama penuh beliau ialah Y.B. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein. *sempat lagi google search nama beliau. kihkih. hah sambung lagi, masa tu flash kamera x yah cita lah kan. memang dah rasa glemer cam justin bieber dah. sempat la jugak beramah mesra dgn dato seri kat depan2 alam tu. tanya asal mana lah apa lah. mati2 ingatkan dia interview utk buat calon menantu. ye dato seri, saya sedia terima dato seri jadi bapak mentua. wahaha! 



ni masa tengah kawad berjalan lalu depan suma tetamu n vip plus dato seri hishammuddin. xtaulah barisan tu sebenarnya lurus ke x. tapi pegawai waran berpuas hati dgn apa yg kitorang buat hari tu. sangat berpuas hati. syabas! 

oh bakal bapak mentua ku! tima kasih tima kasih. wahaha. PANGG!

n lepas abeh upacara penutup, teros gerak untuk majlis pentauliahan. nak ke pentauliahan, kena
tukar dari uniform no 4 ke uniform no 3. yang bestnya tu, tempat persalinan kat dewan kuliah. tapi yg bangangnya, kat dalam dewan kuliah tu ada cctv. hoh pa dia ni?! apa relevannya dewan kuliah tu jadi tempat persalinan kalo ada cctv yang terpasang 24 jam?? sumpah x paham. dah la kena salin baju cepat2, kat celah mana lagi la nak salin baju kalo x kat celah dewan kuliah tu jugak kan. so kesimpulannya, redha sambil mengharap xda sapa yg kebulur nak tengok budak2 sispa salin baju. apakah? haishh. n then, teros proceed dgn pentauliahan. still dato seri jugak yg bagi sijil watikah. so, kira 2 kali la kan aku salam ngan calon bakal bapak mentua aku tu. wahaha! oh ya. beliau tersangat2 lah mesra alam, n nampak cam sangat menjadi kesukaan ramai orang. or kesukaan aku? wateva lah, tapi sumpah sangat kagum dgn beliau. 


lepas tu kan, ada pulak sesi interview dgn  tv hijrah. ada la reporter tu tanya apa aktiviti, perasaan, n perancangan. ala soalan normal la kan. tapi sumpah x prepare, maen hentam je jawab. mintak2 la x nampak gugup sangat. n nasib baik la aku selalu usha artis bagi ucapan time dapat award. boleh la nak praktikkan time2 cenggini. persoalan betol ke kuar kat tv hijrah tu, x dapat dipastikan sebab aku pn x sempat nak tengok tv. haha. n lepas abeh suma2 tu, teros packing utk balik ke uitm. 


pegawai2 tauliah UiTM, USIM, n UniKL. yeay! dah jadi pegawai. hahha.
pegawai tauliah UiTM Shah Alam aka budak2 batch. ops yg lain dari yang lain tu sarjan azami. super duper awesome orangnya. haha. 

oh untuk perhimpunan kali ni, selain dapat tauliah, dapat jugak topeng muka. seperti biasa, perbezaan tona n warna kuli amat ketara. halah, dah x kesah dah pun pasal sunburn kat muka. dah dari sekolah dulu lagi, tiap2 taun mesti muka burn. dah macam acara tahunan pulak kan. adus. normal lah kan sunburn ni, dah namanya pn budak uniform. kalo takot muka burn, sila dok umah diam2. hah x pn, sila daftarkan diri utk join pbsm. pbsm xda kawad2 ni kot kan. oh pastu kan, seyes bangga bila mak cakap tahniah. ada ramai la orang2 lain yg ucap tahniah, tapi xda la bangga sangat. tapi bila mak ayah kita sendiri yg rasa bangga dgn kira, memang superb! moral of da story, plz make your parents proud of u. sekian, harap maklong.


Leftenan Muda (PA) Norsakinah bt Abu Bakar
Pegawai Kadet SISPA Terbaik Universiti Tahun 2011
Universiti Teknologi MARA
* mak, ayah, adik, plus ame, bangga x? muahaha.

3. trip kome ke port dickson. *super best!


malam 12 hb tu jugak kami berlepas ke PD. x sempat2 aku nak memutihkan muka walopn sekejap. haish. haha. ala dah alang2 hangit tu , apa salahnya teros menghangitkan diri kat celah2 pantai pulak kan. sampai sana pn dah kul doblas tengah malam lebih, so teros check in hotel n turun balik ke pantai utk bbq. menu: ayam, sosej, kek coklat n cup cake besday mimi. sedap, lazat, lagi menyelerakan. seyes kenyang, sampai over mengantok. rasa cam nak baring golek2 je kat atas pasir tepi pantai tu kan. tapi takut pulak kang kena hanyut dgn ombak pastu teros transform jadi ikan duyung. *hiperbola gila. padahal laut jauh sebatu lagi.


lepas penat makan n posing bergambar, teros balik hotel. n ofkos lah otomatik je kaki aku ni memanjang n memanjat ke katil. dah la katil n bantal empuk, tambah sejuk aircond pulak kan, memang x sampai semenet teros terlelap x sedar diri.


ni la encik hotel. hotel ancasa. best woo.

mari makan. mari makan. 


pagi esoknya, bangun je tido pagi tu, teros je lompat ke swimming pool kat hotel. ingatkan air cetek je, sekali sampai ke leher daa. naseb baik kaki boleh pijak lagi. dah la berenang pn x reti, kodek2 dalam air je lebih. n lepas penat kat kolam, teros terjun masuk laut pulak. aktiviti kat pantai, berendam sambil membiarkan diri dipukul ombak, main baling2 pasir ala kanak2 bahagia, main tanam2 badan secara berjemaah, makan nasik lemak sedap harga singgit setengah, beramah mesra dgn anak2 kera,*eh anak kera yg pakai pampers pn ada tau. comei pulak dia.


lepas penat main kat pantai, teros naek banana boat. 1st time tau main benda tu. memang best. betambah2 best bila anggota badan asyik kena hentam dgn orang depan n orang belakang time jatuh kat dalam laut tu. rasanya memang sedap lah! pastu sebelom balik hotel, sempat lagi naik storm. yg ni triple super duper best lah. memang rasa nak naek banyak2 kali. rasa macam duduk atas sofa yg meluncur laju kat tengah2 laut sambil badan melambung2 ke udara. memang kena pegang kuat2 sebab tangan je yang pegang sofa tu. kaki dgn badan konpem2 melambung. best kan?! aww best best! hah pastu teros siap2 n packing balik ke shah alam. sebelum balik tu sempat lagi menjamah roti sardin n ayam plus sosej yg x habis semalam tu. sodap!  


tengah sedap2 practice renang berirama, tetiba ada pulak kepala dugong kat tengah2 alam tu. menyebok je kan. haha.

perenang2 negara yg bakal mewakili malaysia ke sukan olimpik , acara renang berirama. kbai.

hai hai hai. kami dah siap sedia berlepas ke pulau duyung. 

musykil pulak tengok gambar ni. gaya mcm nak bunuh diri dengan cara melemaskan diri ke tengah lautan secara berjemaah pn ada jugak. haish. 


hah ni jelah gambar yg mampu disumbat utk post kali ni. still menunggu gambar2 utk dicopy dari camera rakan2 seangkatan yg lain. nanti leh post lagik, kalo ada gambar yang menarik la kan. haha.


oleh itu, ni lah 3 aktiviti yang awesome sepanjang tarikh yang dinyatakan seperti tajuk post di atas. memang penat. bukan penat beraktiviti pn, tapi penat menaip. haishh. maka, adios! sekian, terima kasih kpd diri aku sendiri sbb berjaya menaip. sekian. 

No comments: