Wednesday, November 16, 2011

*kadang-kala kosong*

assalamualaikum.


pagi tadi cerah. secerah cerah alam. petang hujan pula. tapi alam tidak gelap. malam akan bertambah gelap. terima kasih Ya Allah sebab bagi manusia ini hidup di muka bumi-Mu. selemah lemah manusia. sehina-hina manusia. ya, itu saya. 


intro yg menyentuh hati. hari ini macam ada beberapa perkara yg bermain2 di minda. di fikiran. di otak. tidak dapat dikenal pasti permainan apa. mungkin main masak-masak. mungkin main kejar-kejar. entahlah. 


pagi tadi lihat ramai individu yg bersemangat pakai uniform biru. lebih ramai dari minggu2 sebelumnnya. Alhamdulillah. kesedaran sivik makin berganda. tapi bukan bagi saya. harap maaf. saya lebih selesa untuk tidak menyahut kesedaran sivik tersebut. biarlah saya ikhlas dalam membuat sesuatu, bukan kerana takut pada arahan semata-mata. ya, saya mengaku. saya insan yg secara normanya akan mengikut arahan. tapi perlu ada relevannya jika saya perlu melakukan sesuatu di luar kehendak saya. harap maaf sekali lagi.


lihat kerepek ubi yg dibungkus kecil di luar kelas, di fakulti. dalam masa yang sama teringatkan hati yang sekali sekala terdetik untuk menyambung master dalam bidang perniagaan. ya, master in business administration (MBA). entahlah. baru mula untuk berfikir. belum berfikir secara serius. saya tidak nampak diri sebagai usahawan berjaya, tapi ada bayang-bayang sebagai salah seorang yang mencari rezeki dalam bidang perniagaan. mungkin bekerja di sebuah syarikat.


petang, saya keluarkan sejumlah kecil duit dari atm berhampiran. masih ada rezeki, Alhamdulillah. tapi semakin berkurangan. timbul kegusaran di hati. terus laju membuat kira-kira. harap rezeki Allah masih ada. terus juga menghantar sms kepada si dia, menyatakan kegusaran yang melanda. Alhamdulillah, dia ada cara. masih ada cara. semoga dipermudahkan segalanya. jauh di sudut hati kecil, saya rindu dia.     


tiba-tiba jua terdetik sesuatu, saya mahu menjadi penulis novel. InsyaAllah. suatu hari nanti. kalau Allah kurniakan ilham dan keupayaan. apa salahnya mencuba. minat yang sudah terpendam lama. pernah jua mencuba, suatu ketika dahulu. tapi gagal, karya hilang sebelum tiba pengakhiran cerita. x apa. nanti boleh cuba lagi. 


sedang meng'upload' gambar bersama rakan-rakan ke ruang facebook. ya, kawan-kawan saya. terima kasih Allah kerana pinjamkan peneman untuk saya. teman untuk bersuka ria. tapi, masih gemar berduka sendirian. x apa. saya baik-baik sahaja. 


lihat jam. sekali lagi saya lewatkan solat asar. saya manusia alpa. perlu menjadi lebih baik. seperti permintaan saya kepada Allah setiap kali berdoa selepas solat, 'jadikan aku lebih baik dari semalam'. amin.


sekian. 


kosong. macam saya. kadang-kala.

No comments: