Sunday, October 21, 2012

*memori semalam - SISPA UiTM: Jelajah Kinabalu*


selamat hari minggu. disebabkan kesian sebab takda post baru, maka aku pun dengan suka hati mengepost benda ni. sebenarnya kan, post ni dah lama diperam dalam list untuk buat jeruk, cuma takda kekuatan nak post untuk tatapan umum. boleh tak macam tu? haha.

benda ni sangat super duper bagi aku. dengan keputusan yang sangat drastik, dengan tak dirancang dari awal, dengan tak disangka-sangka, akhirnya sampai jugak aku ke puncak Gunung Kinabalu. haish dah macam banyak sangat keputusan drastik dalam hidup ni. takut nanti sampai nak kahwin pun, aku buat keputusan drastik jugak. huish scary. janganlah sampai macam tu. tidaaaak!

start dengan seminggu sebelum bertolak ke Sabah, dengan malasnya terpaksa jugak menggagahkan diri bangun awal untuk berjoging. konon-kononnya joging untuk tingkatkan stamina la kan, padahal jejalan cuci mata je lebih. makluman, saya ni memang spesis yang malas berjoging. penat! sesi aku berlari-lari dah expired semenjak habis sekolah. sekarang sesi untuk berjalan lenggang-lenggok mak minah supaya kelihatan lebih ayu dan menambat hati para makcik-makcik untuk masuk meminang. kalau naik basikal, tu boleh diterima akal disebabkan agak best. siap berangin kat bawah lengan lagi. tak gitu? kadang-kadang ada jugak masuk gym, memang menghasilkan peluh yang banyak tanpa perlu penat melampau. semua tu konon-kononnya latihan sebelum hiking lah, tapi time hiking tu penat tahap cipan jugak. dah tu apa motif aku susah-susah training bagai ni?? sobs.

16 Februari 2012.
bertolak ke LCCT jam 8 pagi macam tu kot. flight pukul 1.20 petang. sempat la jugak berposing-posing sakan sementara nak tunggu flight. dalam flight pulak asyik dok menghasilkan taik mata disebabkan bosan dan mengantuk dan tak dapat mencuci mata sebab takda pun abang pramugara. asyik dok pandang akak pramugari je. nasib baik la cun-cun belaka, kalau tak dah lama aku terjun dari flight.

sampai di sabah jam 5 petang. terus gerak ke UiTM Sabah lepas berhenti makan di kedai berhampiran. ohhoi kat sini pukul 7 dah gelap macam waktu malam. maghrib pun pukul 6.20 petang dah masuk waktu. nasib baik tak terkejutan budaya. malam, makan lagi dan lepas tu ada sesi taklimat untuk aktiviti esok. hah sebelum tido kena makan ubat malaria yang dibekalkan khas oleh pusat kesihatan UiTM tercinta. memang sangat sedap dan manis pun ubat tersebut. berkerut-kerut muka menelannya. huh!


Air Asia. peace yo!

posing cepat-cepat sebab takut kena bambu dengan abang LCCT.


17 Februari 2012
pagi, bertolak ke Ranau. time sampai kat area Kundasang, semua pakat menatap pemandangan Gunung Kinabalu dari tingkap bas. mak aii, memang tinggi. rupa dah macam raksasa dalam cerita otromen tu. cuak pulak rasanya. entah mampu sampai puncak ke tak ni. area kat situ penuh pulak dengan kabus sampai pandang luar tingkap pun nampak memutih je. 1st aktiviti, sesi bergotong-royong dengan warga kampung dan warga JPAM Sabah kat Kampung Luanti, Ranau. yang best tu sebab lepas penat bergotong-royong, boleh rendam kaki plus main ikan kat dalam sungai kat situ. ikan pulak mak aii punya la besau. takat nak rendam kaki tu boleh la lagi. ni nak masukkan tangan kat dalam sungai tu, memang aku telan air liur pat puluh kali la jugak sementara nak tunggu kekuatan tu muncul. tambah-tambah pulak kat tangan tu kena genggam kuat-kuat makanan ikan bagi ikan dapat bau. maka berpusu-pusu la mak-mak ikan dan abah-abah ikan yang pakat dok cium dan sedut tangan kita. takat saiz ikan bilis tu takpe la jugak. ni, dah macam saiz pirana pulak kau. haish!

ikan-ikan tengah buat perhimpunan pagi.

pastu, gerak ke Kolam Air Panas Porim. oleh sebab tempat tu macam sama je dengan kolam air panas yang kat Baling, Kedah tu, maka aku pn dengan sukacitanya mengambil kesempatan untuk tidak merendamkan kaki apatah lagi nak bermandi-manda kat situ. cam takda pape yang best pun. ahaha. yang paling best kat Porim tu ialah nasik goreng tak sedap yang berharga 5 hinggit sepinggan. nasik goreng yang aku masak cincai-cincai kat umah tu pun beribu kali sedap ok. total harga nasik goreng dan teh ais, nak dekat 8 hinggit tau. memang mencekik darah. nasib baik time tu tengah kebuluran. maka memanglah takda sebijik pun nasik goreng yang tertinggal dalam pinggan. sebutir beras ibarat setitik peluh petani kau tau. aish!


maskot kolam air panas.

next, check in Taman Negara Kinabalu. kesejukan dah mula terasa. air kat dalam toilet pun dah macam air dalam peti ais kat rumah. nasib baik la kat shower tu ada air panas. kalo tak, memang tak mandi la aku. hihi. dan makan pada malam itu tersangatlah super duper heaven. makanan yang berbuffet plus melampau banyaknya variety yang ada, memang wajib bagi aku untuk mentekedarah habis-habisan pada malam yang sejuk-sejuk ala dingin lavenda itu. lepas taklimat untuk sesi berhiking esok pagi, terus masuk bilik tarik selimut. dan nak maklumkan sekali lagi, sejuk gilaaa ok!


1 SISPA, 1 batch

18 Disember 2012.
ok pagi ni tak perlu mandi. terus packing untuk hiking dan breakfast yang macam heaven sekali lagi. dan mari start berhiking! 2 kilometer awal, agak tercungap la jugak. tapi still boleh diterima dengan hati yang agak ikhlas disebabkan trek yang tak berapa nak super adventure. rupanya agak gojes trek di situ ya anak-anak. probability nak jumpa jalan yang rata ialah setipis 3%. lagi 97% tu kena panjat, panjat, dan panjat. takda la kena panjat guna tali ke hapa pun, just kena jalan-jalan macam jalan-jalan nak honeymoon gitu. so takda la extreme sangat kan trek hiking tu. tapi dah nama pun kau tengah hiking kan, tambah pulak yang kau panjat tu ialah sebijik gunung, maka seharusnya kau redha jelah dengan segala trek berbatu, bertangga, dan berbukit yang ada. 

dah la lenguh kaki nak memanjat tu satu hal, lenguh bahu galas beg satu hal lagi. ditambah lagi dengan tekak kering asyik nak melantak air dan segala cabaran yang ada, memang menguji kesihatan fizikal dan mental. oh tapi, trek sepanjang 6 kilometer tersebut sangat dimeriahkan dengan pemandangan yang super duper awesome dan warga pelancong asing yang agak ramah mesra belaka. sempat la jugak aku menunjukkan keramahan dan kehandalan aku berbahasa asing. ceh! hah dan satu lagi, sangatlah bernasib baik pada hari tersebut sebab cuaca yang sangat baik. hah dan satu lagi jugak, amat-amatlah kagum melihat pakcik-pakcik dan abang-abang yang dengan selamba badaknya mengangkat tong gas, tiang kayu, dan segala benda yang besar lagi berat untuk naik ke atas. aku yang bawak beg seciput ni pun dah rasa macam nak wakafkan je beg tu untuk para pelancong, ni kan pulak yang angkat benda-benda yang super duper beratnya. aduii melantak vitamin apa agaknya mereka-mereka tu. oh ya, perjalanan yang bermula seawal pagi itu berakhir pada jam kira-kira 4 petang ya kawan-kawan walaupun jaraknya hanya sekadar 6 kilometer. padahal kalau secara normalnya kita naik moto kat jalan raya biasa, busuk-busuk pun 10 minit pun dah boleh sampai sampai kan. melampau-lampau betol kau kinabalu oii.


on the way nak naik ke Gunting Lagadan.
pemandangan tersangat-sangatlah cantik. Subhanallah!

sampai di Gunting Lagadan, stop untuk merehatkan diri dan melantak sebaik mungkin. sejuk! amat sejuk! suhu ada la kira-kira 10 darjah celcius. dah macam bertapa kat dalam peti ais rasanya. kalau masa check-in kat taman negara tadi pun dah sejuk, kat sini lagi bertambah-tambah sejuk ok. air paip kat situ jangan cakaplah, dah macam air ais. nak basuh tangan pun macam tak sanggup, ni kan pulak nak basuh benda-benda lain yang berkenaan. dan amat gilalah bagi aku kalau ada orang yang boleh mandi dengan jayanya kat situ. gila gila gila! lepas makan malam kat ala-ala cafe kat situ, stay untuk taklimat beberapa ketika, dan seterusnya harus tido. masa tu jam dalam pukul 8 lebih, nanti pukul 1 pagi dah nak kena bangun untuk memulakan adventure tahap kedua untuk hiking sampai ke puncak. dan sekali lagi, sejukkkk! oh sebelum pejam mata, sempat call puan emak dan pakcik boipren untuk melapor keadaan diri sendiri. dan ofkos la nak mintak kata-kata semangat sikit, sebab dengar cerita masa taklimat tadi macam menggerunkan je. dan memang bersemangat pun lepas habis call tu. semangat nak tido! haha.

time taklimat pun sejukkkk!

19 Februari 2012
bangun dari tidur pada jam 1 pagi dengan suasana sejuk beku memang mengujakan. teruja la sangat. macam tak hingin nak bangun je pun. lepas makan mengalas perut dan briefing dari pakcik-pakcik guider, terus gerak mendaki segala batu-bata yang ada. lebih adventure dari pendakian yang 1st siang tadi. dah la gelap gulita takda sebijik lampu jalan pun. nasib baik ada torchlight yang berjaya dibeli di uptown beberapa hari sebelum tu, dapat jugak tengok tempat mana nak dipijak. dengan lenguh kaki nak melangkah, dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi tak berbahasa langsung, tambah-tambah pulak dengan mengantuk yang amat dasyat sampai tahap boleh terlena sambil berdiri, memang sangat ohsem diri ini dirasakan ketika itu. tapi kan, nasib baik la takda simptom-simptom lain yang terjadi. takda muntah-muntah, takda pening-pening, sangat bernasib baik. Alhamdulillah.

dan akhirnya setelah penat lelah bagai setengah nyawa, sampai jugak aku di puncak gunung dengan diheret kemas oleh si adik junior amir anwarie. terima kasih banyak-banyak la ye awok, memang awok sangat membantu pada hari tersebut. sempat jugak berposing seketika kat atas puncak tu sambil menikmati keindahan alam yang mungkin dapat tengok sekali je dalam hidup. lepas ni sumpah tak larat dah aku nak naik, apatah lagi nak honeymoon kat situ. huh! next checkpoint untuk berposing, kat tempat yang ada view puncak dalam duit seringgit tu. bila tengok balik gambar-gambar kat dalam kamera kan, nampak macam gambar yang diedit pulak. view kat situ memang super duper cantik. rasa macam nak pacak khemah dan bermastautin terus kat situ sebab nak tengok view puncak tu tiap-tiap hari. ohsem gila!


akhirnya sampai ke puncak. yeay! :)

mak, ayah, adik di puncak Gunung Kinabalu.
nama-nama lain x cukup space nak letak. padan muka.

view dari low's peak puncak gunung. 
seringgit seringgit!

kinabalu di hujung jari.

tak perlu susah-susah mencari muka aku. sebab bila aku sampai, semua dah abeh berposing.
benci tau macam ni!! *tumbuk-tumbuk dinding. .

dan selepas selesai aktiviti-aktiviti posing-posing manja dan mencuci mata melihat alam ciptaan Ilahi, sampai lah masa untuk turun ke Gunting Lagadan. masa begitu mencemburui pulak. haiyok! time turun tu baru sedar yang trek naik ke puncak gunung tu memang super extreme. waktu hiking tadi tak sempat nak sedar sebab gelap gelita, dah nak turun ni baru nampak segala benda. haish nasib baik semua orang selamat sampai tau. abang guider tu cerita, dulu pernah ada orang jatuh gaung kat situ tau. scary gila. dushdush! hah dan lepas siap kutip segala barang-barang kat bilik dan makan-makan menambahkan tenaga, terus turun pulak ke Taman Negara. dan inilah saat-saat yang memang menyeksakan. ouh sangat menyeksakan! dah la jauh nak jalan turun ke bawah, sakit kaki pulak tu. muka aku time tu memang tak happening langsung. muka kelat, sekelat yang mungkin. kalau waktu mendaki semalam boleh lagi nak usha-usha pemandangan sekeliling, nak turun ni mata memang fokus kat tanah je. kalau waktu hiking semalam mulut ni rajin jugak nak senyum dan beramah mesra dengan segala tourist dan pokok-pokok yang ada, time nak turun ni memang takda nafsu langsung nak beramah mesra. nak cuci mata tengok mat saleh hensem pun dah takda selera. dalam otak memang ingat nak cepat sampai je. haaa nak bercerita pun penat. memang penat. tambahan, waktu naik lenguh kaki, waktu turun, sakit kaki. so nais!!

sebaik sampai je kat Taman Negara, makan lagi untuk topup tenaga. lapas tu, terus melelapkan mata tak sedar diri dalam bas balik ke UiTM Sabah. malam, rehatkan diri dan rehatkan kaki yang terhincut-hincut disebabkan urat-urat kaki lari ke padang. sobs.

20 Februari 2012
hari ni aktiviti melawat SMK Pulau Gaya yang terapung. terapung la, dah namanya pun sekolah tu kat atas laut. nak sampai sana pun  kena naik bot, ala-ala kampung nelayan gitu. sekolah dah la cantik iras-iras macam taman, student pun hensem-hensem belako. boleh camtu? haha. aktiviti aku kat sana, beramah mesra sambil cuci mata tengok adik hensem. aal-awal lagi dah melekat sorang. takda la hensem sangat pun, tapi sweet tu ada. biar bukan sehensem Aaron Aziz, janji semanis Beto Kushairi. biar wajah kurang tampan, janji kemanisan setaraf gula. kahkah. huh bosan la cerita pasal mamat-mamat hensem ni. sudah sudah.

start dengan taklimat keseluruhan, lepas tu baru dibahagikan kepada group yang lebih kecik. best jugak kadang-kadang jadi akak faci ni. tapi kalau adik-adik banyak sangat ragam, memang akak humban jugak adik-adik ke laut tu ye. nasiblah student-student kat sana majoritinya ok-ok belaka. tapi kadang-kadang tengok macam kesian jugak. hmm seharusnya kita kena bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi kan. lapas habis aktiviti, kami sempat round sekolah dan makan tengah hari berlaukkan ikan goreng fresh dari ladang.

kami di SMK Pulau Gaya!

lepas melawat sekolah, next program ialah sesi mandi manda di Pulau Manukan. tapi aku tak mandi pun, just cuci mata kat tepi pantai jerr. nak terjun ke pantai pun, kalau snorkelling cakap 'hai' kat ikan-ikan tengah laut tu baru la best. setakat nak main ombak di persisiran pantai, balik Penang berendam kat Batu Feringghi pun boleh. cuma tahap tumbukan ombak jela yang tak sama. ombak kat sana kuat. macam tengah dok wrestling pulak aku tengok budak-budak yang dok berendam kat pantai tu. jenuh nak berlawan dengan ombak. ombak jahattt!! eh takda kena mengena. kbai.

semua orang suka naik bot. aku paling suka.

selamat datang uolls!


sebelum balik ke UiTM Sabah, singgah dulu kat Pasar Philippines cuci mata untuk yang ke berapa kali pun tak tau lah. banyak sungguh barang di sini ye tuan-tuan dan puan-puan. ada ikan fresh, hasil laut, makanan panas-panas, makanan yang dah siap packing, cenderamata, mutiara, senang cakap macam-macam ada lah. paling terliur tu bila tengok ikan,sotong, udang, yang tengah dok bakar panas-panas. pergh. oleh itu, aku pun mengorbankan duit ringgit yang ada membeli beberapa barang yang perlu. eh ni bukan barang keperluan, tapi barang kehendak. beli sebagai buah tangan nak bagi kat famili je pun, sebagai tanda kaki aku dah jejak Sabah. paling banyak yang diborong ialah kuih cincin. kan Sabah ni femes dengan kuih cincin. oleh itu, adalah menjadi satu kewajipan bagi aku untuk turut sama menyumbang kepada kemajuan ekonomi kuih cincin.


malam, dinner dengan pengarah JPAM Sabah. lapas makan-makan, ada la pulak sesi bagi sijil Gunung Kinabalu dan sesi berkongsi cerita suka dan duka di Kinabalu. sharing is caring tau uolls. malam itu aku beradu berselimutkan kekenyangan. eh esok dah balik Shah Alam! start packing mana yang mampu. 


21 Februari 2012
argh penatnya nak angkat beg. dengan kaki pun kengkang-mengengkang nak naik turun tangga, nak usung beg lagi. haiyya! pagi ni sebelum balik, singgah di UMS dulu. macam best je SISPA kat sana. dah la kat tepi pantai, ada tempat training khas pulak tu. nasib baik dorang bagi aku makan, kalau tak dah rasa macam nak bakar je tempat training tu. gila melampau aku ni. lepas sesi taklimat dan sesi makan, melawat pulak Muzium Marin yang ada kat UMS tu. gila best ada akuarium pulak UMS ni. macam-macam spesis ikan ada kat sana. tinggal ikan duyung je takda, tu pun sebab aku tak duduk sana. haha. 


depan pejabat SISPA.


excited posing depan ikan besaq.

sempat posing depan akuarium dengan kak sarah. 

dan akhirnya, berangkat pulanglah semua rakyat jelata ke shah alam. kat dalam flight dah ada abang pramugara. yiihaaa! nama dia kan, abang nara. sweet je tau. aku pun dari nak main konda-kondi terus duduk diam-diam je dalam flight tu. yela, takut nanti abang nara taknak masuk meminang pulak. kahkah. tidur dalam flight kali ni pun tak lena sangat, just tidur ala-ala ayam. runsing pikir pasal anak-anak terbiar tanpa kasih-sayang kat rumah. bajet macam wanita bekerjaya yang tengah on the way balik dari outstation pulak kan. fangg!

sejurus tiba di LCCT, tunggu bas nak balik UiTM dan sambung buat taik mata dalam bas. dan pada malam yang hening itu, kami semua selamat sampai di 'UiTM di hatiku'. makluman, pakcik-pakcik dan makkcik-makcik sekalian boleh usha lebih banyak gambar di fesbuk saya yang berdekatan. akhir kata, so much fun dan Alhamdulillah. 

sekian,
aku yang semakin malas menaip.

Friday, September 28, 2012

*majulah sukan untuk negara*


Selamat malam. Selamat sejahtera.

Hidup penuh dengan cabaran. Dugaan kadang-kala melimpah-limpah ke ladang gandum. Dugaan membuatkan aku takut dengan kehidupan sendiri. Bila Allah bagi dugaan pada orang lain, mula lah diri sendiri tertanya-tanya apa pulak dugaan yang Allah akan bagi pada aku. Mampu atau tak untuk aku terima. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan. Tapi, itulah kehidupan. Allah tak akan bagi dugaan pada orang yang tak mampu untuk terima. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Sekian.

Emo pulak kata alu-aluan di atas. Selamat tengah malam pada segala jenis makhluk yang Allah cipta. Semoga hari ini lebih hensem dari semalam. Dan semoga hari esok lebih hensem dari hari ini. Hari esok untuk aku mungkin tak seberapa hensem. Macam sama je dengan hari-hari yang sebelum ni. Tak ada perasaan. Nak cakap seronok sangat pun tak, nak cakap tak seronok pun tak. Boring kan jadi aku kadang-kadang. Sobs. Dah la berkurun lamanya aku tak beranakkan post baru. Malas nak menaip punya pasal, sampai dah lupa segala benda apa yang aku nak bebelkan dolu-dolu. Padahal ada sampai selori kot rasanya. Sadis betoi. Sobs lagi sekali.

Secara umumnya, kehidupan duniawi aku dalam masa terdekat ni terbahagi kepada tiga. Ayat dah macam nak buat report pulak. Cis.

1. Kehidupan sebagai seorang anak yang berkaliber dan seorang kakak yang penyayang pada masa ini agak membahagiakan. Bangun pagi setiap hari dah boleh mengadap muka puan emak dan encik ayah. Tambahan, muka adik. Tambahan lagi, muka adik angkat aka kucing-kucing. Keluarga dah jadi meriah pulak sekarang ni. Meriah dengan suara bebelan semua orang pada adik-adik angkat. Meriah dengan suara tangisan melampau adik-adik angkat bila lapar ala-ala sebulan tak makan. Plus meriah dengan suara bebelan manja kakak penyayang bila rumah bersepah. Begitulah suasana di rumah setiap hari. Rumahku syurgaku. Sekian.

Adik Cing-Cing yang menghilangkan diri semenjak raya. Pulanglah, kami merinduimu. sobs.

2. Kehidupan sebagai seorang budak praktikal yang berdisiplin tak meriah sangat. Kan dah cakap tadi, aku tak ada perasaan. Cukup jam, masuk ofis. Cukup jam, keluar ofis. Semua staf baik lagi peramah. Bos lagi lah bertambah-tambah peramah. Penat jugak telinga ni melayan kisah-kisah beliau. Dah la tiap-tiap pagi dapat breakfast free of charge, kadang-kadang ada je pulak lagi benda yang dibelanjakan kepada staf-staf beliau yang tersayang. Tapi kan, kalau tak kena gaya memang tak mustahil beliau akan transform dari peramah jadi pemarah. Huii garang gilos. Waktu dia mengajar pulak dia transform menjadi seorang cikgu yang tegas lagi bersemangat membara. Kalah lecturer tau. Kadang-kadang kan kite buat-buat berani lawan sikit, kadang-kadang kite diam sebillion bahasa je. Sekian.

3. Kehidupan sebagai seorang girlpren mithali amat-amat berperasaan. Ada masa graf turun, ada masa graf naik. Ada suka dan ada duka. Laut mana yang tak bergelora kan. Apa-apa pun, selagi ikatan masih kukuh, selagi tu lah tali tak terputus. Selagi hati masih sayang, selagi tu lah hubungan masih terjalin. Andainya sudah tertulis jodoh di antara kita berdua, mudah-mudahan segalanya dipermudahkan Allah. Amin. Eh, terfeeling tak hengat dunia pulak. Fangg! Sekian.

imperfect. happy endings.  

akhir kata, jari dah letih nak menaip. sekian untuk akhir kalinya. Majulah sukan untuk negara.

p/s - tajuk post memang tak ada kena mengena dengan isi yang dibebelkan. semakin lama semakin menjadi kebiasaan. sekian.



Sunday, June 24, 2012

*cedok-mencedok amalan mulia*

selamat malam warga planet. sungguh banyak habuk di sini. sibuk jaga anak-anak la katakan. eh. malam ni tak indah sangat. (1) sebab dah 2 hari ldia tak contact. 2 hari pun aku sensetip tau tak. so merajuk habis-habisan sudah pun diisytiharkan. takmau cakap sampai 2 bulan. huh macam la aku mampu. (2) sebab dah nak dekat dengan final. oh no! tapi walau bagaimanapun, tadi siang dah berjaya tidur dengan dasyatnya. lepas solat subuh, online untuk seketika dan membuta sampai petang. dasyat kan.

perkembangan diri sendiri :

badan tak berapa nak kembang.
still maintain walaupun tiap-tiap hari melantak ayam goreng. sungguh nafsu makan tak terbuka ke arah haiwan-haiwan lain selain dari ayam. lagipun harga nasik plus ayam tu dah kira cukup berbaloi-baloi bagi aku yang sudah mula ketandusan wang ni. maklum la kan, hujung-hujung sem memang begitu. sebaik nanti cuti sem ada peluang nak mintak sedekah kat puan emak dan encik ayah. kalau tak, memang jadilah aku si pemintak sedekah berkaliber di depan bangunan Jakel nun. ohhoi! oh balik rumah cuti lepas, puan emak bagi satu botol spirulina. kata puan emak, 'makan la benda ni tiap-tiap hari. nanti kita akan rasa kenyang sepanjang hari, boleh jimat duit beli nasik'. oh ohsem. tapi nak makan bijik-bijik tersebut tidaklah ohsem mana. sebab bijik-bijik tu tak sesedap bijik-bijik vitamin C. bagi menjaga hati dan perasaan puan emak, aku telah berjaya menelan 2 bijik spirulina tersebut dalam masa 2 minggu. dah kira hebat dah la tu. dalam 1 botol tu ada 1200 bijik tau. makan 7 keturunan pun belum tentu dapat habis rasanya.

otak tak dapat dikenal pasti berkembang ke tak.
makin kecut kot. adeh. minggu last di kelas sebelum start final, sangat haru biru dan memenatkan. esainmen pun beratur tunggu turn cantekk punya untuk disubmit. sebaik la test takda yang dok tunggu turn, kalau tak memang sah-sah aku dah terjun bangunan tingkat 2. sebelum start final, otak perlu direhat dengan kadar yang mencukupi. antara cara yang dapat dikenalpasti, tidur dalam waktu yang melampau dan online, juga dalam masa yang melampau. dalam bahasa mudahnya, jangan sentuh buku langsung dalam masa 2 hari ni. ok deal. siang tadi aku dah mula praktis. memang ohsem.

hati. kembang kuncup macam biasa.
kalau kembang, kembang sangat-sangat. kalau kuncup, pun kuncup sangat-sangat. yang aku pasti, hati aku takda effect pun kalau setakat kena gores dengan individu-individu yang takda kepentingan dalam hidup. kalau ada effect pun, effect yang ciput-ciput mengalahkan siput. tapi kalau melibatkan VVIP dalam hidup, kau jangan memain. hati aku cukup sensetip. 2 hari tak contact pun aku sensetip. kau ada?? perlu ditegaskan, hati aku bukan hati kau. hati aku tak macam hati kau. hati aku, hanya aku yang tau. eh lupa, Allah jugak tau. :) 

oh berikut merupakan fenomena-fenomena yang agak ohsem dalam masa yang terdekat. tak dekat sangat lah kan. tapi masih segar la dalam otak yang tengah tunggu masa nak jadi tongkang pecah dengan ketibaan final ni.

1. surprise birthday celebration - geng Kome with love
patut la beriya sungguh si Mimi ajak aku join malam tersebut. dalam hati aku, yela nak celebrate birthday Fara kan, patut la pun nak semua orang datang. jadi aku tanpa rasa syak dan curiga terus la menghadirkan diri pada malam yang hening itu. pastu tetiba pulak dengar diorang nak buat surprise and celebrate birthday Dayah sekali, lagi beberapa hari jer kan birthday beliau. so, ok jelah. terima dengan hati yang terbuka lagi hati yang comel. dan bila time lagu birthday dinyanyikan dengan suara yang sumbang oleh mereka-mereka tersebut, eh nama aku pun terkeluar sekali. otomatik lagu birthday tu daripada kedengaran sumbang, terus transform jadi lagu birthday yang paling sedap didengar sepanjang hidup aku. wuha menipu!

oish, patut la tadi Yaya ni macam ada berselindung di sebalik tirai sikit time aku tanya pasal kek. rupanya ada kek untuk aku sekali. kekeke. sungguh comel kek muffin yang diimport khas dari Sungai Petani nun. gila jauh nak order kek pun. haha. pastu ada pulak birthday card yang kreatif sebab dilekat-lekat dengan lidi-lidi yang colourful. oh ohsem la uolls ni. walaupun celebrate awal dalam seminggu camtu, tapi terharu jugak tau. sobs. akhir kata, terima lah kasih yang tulus lagi suci murni dari aku ~ farah, mimi, fit, yaya, dayah, ezwan, zul fikri. tak lupa kepada tetamu lain : am, haf si pakwe dayah, dan che'a. tenkiu uolls!  :)

gambar kat PD taun lepas. gambar ni jela pun yang nampak muka semua orang. wuha! 


2. dinner Kor SISPA - SISPA's Glorious Evolution Night
sungguh melaram rakyat-rakyat jelata pada malam tersebut. aku je yang tak. woha! tipu ni. aku melaram sikit-sikit jela pun. baju dan skirt dan belt dan tudung - borong dari uptown Bandar Perda yang berdekatan dengan rumah. kasut memang sah-sah aku tibai yang tahun lepas punya dinner. plus handbag Bonia kepunyaan puan emak yang disedekahkan untuk anak perempuan beliau yang cantik manis semata-mata. kiranya kos perbelanjaan untuk nak jugak melaram malam tu tak sampai seratus hinggit pun. agak berbaloi-baloi la kan sebab semua yang dibeli boleh dipakai dan dikitar semula. kiranya takda la aku beli benda yang boleh dipakai semata-mata untuk dinner malam tu. ohhoi! eh esoknya aku ada test. rasanya alasan tak boleh join dinner semata-mata sebab esok ada test tak perlu wujud. masa ni lah lah kita nak tengok time management kita bagus ke tak. cewah. tapi apa-apa pun, lain orang lain cara kan. peace yo! 



akak-akak dan abang-abang seniors. aku adik :)


1 batch 1 love. eh. 

cik zeti. eh silap, cik jeti. j for jie. eh lagi. 


3. surprise birthday celebration - geng SISPA pulak
saja nak buat pengumuman, 14hb Jun pada setiap tahun ialah tarikh birthday aku yek. sila set kat reminder henfon memasing bagi mengelakkan lupa. wiha! so pada petang 13hb yang hening melambai-lambai itu, aku dan warga batch mengadakan satu pertemuan di pejabat bagi membincangkan masalah dunia yang semakin lama semakin complicated. bajet perdana menteri pulak kan. ceh. setelah selesai aktiviti perbincangan, kami disajikan dengan sebijik kek bagi meraikan pertemuan akhir kami pada semester ini, di samping untuk celebrate birthday aku dan Ana yang secara kebetulan pada bulan Jun. cis nyebok je si Ana ni. nak jugak besday sama bulan dengan aku kan. wahaha. pasal kek memang takda surprise. tapi yang surprise di sini ialah acara selepas makan kek. dimulakan dengan Wa'an yang menempek muka aku dengan kek, pastu difollow oleh pakcik yang dengan gumbiranya pecahkan telur kat atas kepala aku sambil dicampur dengan cendol dan kicap yang ntah taun bila punya kicap, pastu pulak dispray dengan ubat nyamuk, sungguh aku tak pasti macam mana rupanya bau aku waktu tu. tapi semua orang pakat cakap aku wangiiiii. so kesimpulannya, aku wangi! apa-apapun, tenkiu anda-anda untuk kek yang sangat sedap tersebut. 

baju kurung plus tudung dah disaluti perfume. terpaksa bedal pakai baju yang  ada kat dalam stor.
tshirt saiz L, seluar saiz XL, dan tudung ala-ala alas meja bak kata amir anwarie. dush!

ok sudah habis aktiviti bergelak ketawa. now tunggu masa untyk proceed dengan aktiviti berduka lara. berduka lara mengharungi final exam. osh tak suke tak suke. tak suke! :(

nasib baik lepas final ni, boleh duduk kat rumah 6 bulan. yes, suke suke suke! diharapkan proses praktikal berjalan lancar dan aku have fun. mintak-mintak jugak tak bosan mengadap account statement dan benda-benda lain yang sewaktu dengannya. kalau bosan jugak, moh kawen jelah jawabnya kan. ngadap muka laki tiap-tiap hari takda la bosan kot walaupun laki aku tak sehensem robert pattinson. eh 'laki aku'?? berangan la kau nak kawin awal. ayat puan emak kalau aku sebut je pasal kawen ni, 'nak kawin esok ke? dah kerja ke?'. oh down sungguh rasanya. sobs.

nak kawin dengan rober pattinson bulih?? nak jugak merasa jadi vampire. 


notakaki:
~ hari tu kan father's day. send message kat ayah, ' selamat hari ayah. sayang ayah.' pastu kan, ayah tak reply. terharu la tu. wuwuwu.




~ bengang tak kalau kita kena marah disebabkan benda-benda yang supposely bukan salah kita? ya, aku bengang. diulang, aku bengang. dengan tak tahu pokok pangkal kepala ekor kita kena buat something, dan dengan tiba-tiba ribut takda taufan pun takda, kita jugak yang kena. what da h*** kan?! sebaik sekarang dah tak bengang dah. sekarang kite dah ok la :)

hah kan aku dah google. kan dah terkeluar gambar ni. 

~ unuk menenangkan hati dan perasaan sebelum final, aku nak bagi peringatan ikhlas untuk diri sendiri. 'Ilmu bukan pada pointer'. so, tak payah nak frust menonggek sangat lah kan kalau tak dapat dekan apatah lagi 4 flat. yang penting kita dah usaha untuk dapat yang terbaik. dan lagi, time nak study pun tak perlu lah nak over sangat. ngadap buku sampai taknak makan, taknak tidur golek-golek atas katil, taknak have fun. pastu dok buat stress serabut palotak plus dok mengeluh tak habis-habis. hoi! dok buat over sangat pun, macam lah pointer kau nanti 4 flat kan. studi smart sudah, tak payah la nak studi hard sangat. kalau studi hard takda masalah sebenarnya. ni dok buat studi too hard, pastu nanti result tiba-tiba pulak tak setimpal dengan usaha. kan kau jugak yang frust menonggek lagi. dah usaha mengikut kemampuan, serahkan je semuanya pada Allah. kalau ada rezeki, Alhamdulillah. kalau tak ada rezeki, redha.

nak diingatkan jugak, pointer bukan segalanya. carik la skill-skill lain yang akan menjana masa depan kita. tak best pun kalau kau pandai dalam akademik semata-mata. tapi bila suruh kau buat benda lain, fail menjunam. oh tidak! bagi aku, lebih baik kalau kita cedok ilmu ni dalam banyak-banyak benda. tak kisah la dapat cedok sikit ke banyak, janji kita cedok. yang paling penting, aku nak cedok ilmu rumah tangga dan ilmu suami isteri banyak-banyak. nak jadi isteri mithali la katakan. hoi, bila lah nak kawin ni. tak sabar rasanya nak tunjuk skill. woha! eh jap. harus dihighlightkan, ni bukan masalah gatai nak kawen ok. ni masalah takutnya terjadi benda-benda lain yang tak elok. setan kan bersepah-sepah sekeliling kita. tambah-tambah pulak iman pun tak setinggi mana. so baik kita mengelak daripada terkena dan menyesal di kemudian hari. akhir kata, cedok-mencedok amalan mulia.


pointer. pointer. pointer. berasap otak den dongar.

sekian. semoga berbahagia warga planet. :)

Saturday, May 19, 2012

*Ya Allah, aku jatuh cinta lagi.*

hah kan aku dah cakap aku tak yakin. kan aku dah kalah. kalah dalam permainan yang dicipta dan dimain oleh diri sendiri. memang loser tahap cipan kurasakan ketika ini. aigoo!

hati aku walau keras ibarat batu, tapi ia hanyalah untuk beberapa ketika sahaja lamanya. tak sampai seminggu, apatah lagi untuk sepurnama. ciskek! yang pastinya hati aku lembut ibarat agar-agar. tambah-tambah kalau melibatkan dia. tak boleh nak transform jadi batu langsung. aigoo!

tapi topik pada malam yang hening itu sangat syahdu. tersangat syahdu. sampai sekarang masih terasa kesyahduannya. oh sungguh syahdu. sungguh aku tak tau macam mana nak menghadapi kenyataan kalau benar itulah kenyataannnya. aigoo!

*Ya Allah, aku jatuh cinta lagi. moga cinta ini tidak sekali-kali memudarkan cinta aku terhadap-Mu, cinta kepada Rasul-Mu, dan cinta kepada kedua ibu bapaku.

*Ya Allah. kalau benar dia yang Kau tulis untukku, Kau tetapkanlah hati kami dan Kau permudahkanlah jalan kami. Kau peliharalah kami dari melakukan perkara-perkara yang Kau murkai.

*Ya Allah, tapi seandainya itu yang Kau tulis sebagai pengakhiran cerita kami, kau tabahkanlah aku untuk menempuhinya. mudah-mudahan ada hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap perkara yang terjadi.


jatuh cinta lagi, tapi tetap pada orang yang sama. :)


Monday, May 14, 2012

*tunggu-menunggu bukan amalan mulia*

menunggu. ditunggu. tertunggu.

tiap-tiap hari pun aku menunggu. menunggu kau. tipu kalau aku cakap tak tunggu. walaupun mulut aku degil nak jugak cakap aku tak tunggu, jauh di lubuk hati aku, tetap aku menunggu. kesimpulannya, kau yang salah sebab kau buat aku tertunggu-tunggu.

aku harap aku tak menunggu, walaupun untuk sehari. tapi hakikatnya aku tetap menunggu, walaupun untuk sesaat, walaupun untuk setiap hembusan nafas, walaupun untuk setiap degupan jantung. oish ada penipuan sikit-sikit pada ayat tersebut. tapi kan aku dah cakap tiap-tiap hari pun aku tunggu. kesimpulannya, kau yang salah sebab kau buat aku tertunggu-tunggu.

letih aku menunggu kau. penat aku pun sebab menunggu kau. kecewa aku sebab aku dah penat-penat menunggu kau, kau pulak tak reti-reti nak sedar yang kau sedang ditunggu. kesimpulannya, kau yang salah sebab kau buat aku tertunggu-tunggu.

maka sekarang giliran kau untuk menunggu. walaupun aku sebenarnya menunggu, tapi aku yakin aku mampu untuk berpura-pura tak menunggu. yakin yang tak sepenuhnya. tapi realitinya hati aku tak mungkin aku tipu. kan aku dah cakap, aku yakin tapi tak yakin sangat. padan muka kau sebab aku akan buat kau menunggu. dan padan muka aku jugak sebab aku pun akan ikut sama menunggu. kesimpulannya, kau yang salah sebab kau buat aku tertunggu-tunggu.

kau umpama chipsmore. kadang-kadang kau ada, kadang-kadang kau tak ada. aku umpama bulan. walaupun ada masanya aku muncul penuh dan ada masanya aku muncul tak penuh, tapi hakikatnya aku tetap ada untuk terangkan waktu malam kau. kesimpulannya, kau yang salah sebab kau buat aku tertunggu-tunggu. nak jugak ulang statement tu walaupun rasanya tak payah ulang.

kau macam dah biasa buat aku tunggu. maka aku tak hairan andai kata suatu hari nanti aku akan rasa kau buat aku macam tunggul. 

*notakaki.
bak kata faizal tahir, 'bencinta'. macam tulah. sebijik macam tu.
akhir kata, cinta itu buta. akhir kata lagi, tunggu-menunggu bukan amalan mulia.


aku tak 'bercinta', aku 'bencinta'.
sekian, harap maklong. 



Friday, April 13, 2012

*pusing-pusing si ladybird*

hai. selamat hari jumaat. oish. sungguh berkurun lamanya sunyi sepi. malas, sangat menjadi sebab utama. sebab kedua, sibuk menguruskan hal ehwal suami dan anak-anak. bakal isteri mithali la katakan. amin. 

hidup tak kosong. tapi sengaja mengosongkan diri. eh kosong la sangat. over je lebih sebenarnya. O.o
kosongkan diri dengan hanya melihat perkembangan diri dan hidup orang lain disebabkan diri sendiri tak ada perkembangan. tipu! ada perkembangan sebenarnya. tapi hanya sedikit.

1. hari ni bermula musim bunga-bunga test. bukan bunga-bunga cinta, walaupun ada segelintir mereka-mereka itu asyik dilamun cinta. cinta yang entah ke mana hala tujunya. eh tak baik cakap macam tu. ok aku doakan mereka semoga memang betul-betul bercinta dan berjodoh. benda sebijik sama macam aku harapkan untuk diri sendiri. 

2.  fasa mencari lokasi yang sesuai untuk praktikal. bermula dari minggu lepas, dah kuatkan azam untuk habiskan masa 6 bulan di rumah tercinta. walaupun seminggu dua sebelum tu tak pasti semangat apa yang merasuk diri membuatkan semangat nak berpraktikal di shah alam membuak-buak. akhirnya semangat yang tak pasti apa motifnya itu berjaya jugak aku bunuh ketat-ketat. dan bila pikir dalam-dalam, rupanya motif untuk bertenggek di shah alam tak sedalam motif untuk bermastautin di rumah sendiri. ayat lecturer far yang comel lagi penuh keibuan, 'HOME IS WHERE YOU ARE LOVED THE MOST' begitu menusuk jantung dan tulang-temulang. tambah-tambah pulak rumah calon bakal mak mentua pun kat sana kan, lagi lah membuatkan diri rasa disayangi. ok ayat ni tak ada kena mengena. sila abaikan. 

3. merujuk kepada ayat di atas: long-term planning. tak long-term sangat pun sebenarnya. harus diketahui umum bahawa planning untuk 3 tahun akan datang ialah membina kerjaya tetap di kawasan berdekatan rumah sendiri, di mana rumah yang dimaksudkan ada puan emak dan encik ayah yang dikasihi lagi disanjungi. motif utama: 

  • untuk mengelakkan pembaziran duit tahap maksima disebabkan perlu membayar duit sewa rumah. duduk rumah sendiri kan free of charge. kau tak nak?
  • untuk mengelakkan pembaziran duit tahap maksima jugak disebabkan perlu membayar bil letrik, bil air, dan yang sewaktu dengannya. duduk rumah sendiri kan ada encik ayah untuk bayarkan segala bil-bil berkenaan. nanti boleh la selang-seli dengan encik ayah nak bayar bil tiap-tiap bulan kan. kononnya begitulah.
  • supaya boleh mencilok kereta kancil yang tersergam indah di rumah untuk digunakan ketika pergi bekerja. eh tak kan nak naik sang ego merempit sampai tempat kerja pulak kan. panas ok! bajet puteri lilin pulak. puihh. paling tak pun, naik lah sang kancil yang sememangnya mudah lagi menjimatkan. senang nak parking, jimat duit minyak. berbaloi-baloi. sebenarnya memang nak beli kereta sendiri, tapi nak simpan kat rumah diam-diam. boleh digunakan untuk pergi bersiar-bersiar atau membawa puan emak membeli ikan di market atau sewaktu dengannya. 
  • untuk meluangkan lebih banyak masa bersama mak dan ayah. haa macam anak mithali dah bunyik nih. tapi betol la kan. dari form 1 dulu sampai sekarang asyik dok bertenggek kat hostel, kau tak rasa ke kau dah macam anak di perantauan sangat. lepas ni nak kawen pulak, dah tu bila masanya lagi kau nak berkepit bawah ketiak mak. macam tak sopan pulak bahasa yang digunakan, tukar kepada bawah 'lengan' mak ok. ouh bila sebut pasal kawen, dan-dan nak sengih lebaq-lebaq. heee.

4. perkembangan lain, mood sekarang bergantung kepada persekitaran. bila kau happening, maka aku pun happening. tapi andai kata happening kau tak sama macam happening aku, maka jawabnya tak jadi jugak happening aku. makin pening ada lah. eh tiba-tiba pulak nak bersamarinda di hari jumaat. apakah?! aish.


* notalutut,
1. awak, walaupun awak tu bergelar full-time student, tak bermakna hari-hari awak harus dipenuhi dengan buku, assignment, dan nota-nota akademik tau. kemon lah, paint your life with all the colours. hidup haruslah enjoy, tapi perlu ada batas jugak sebenarnya. bak kata orang, rilek-rilek sudah.
awak, tak gitu??

2. awak, penah dengar tak benda ni? 'don't waste you life trying to impress other people. do what you love, love what you do'. saya mahu ke arah itu sekarang. i'll do what i love to do. tapi kadang-kadang macam ada something yang menjadi penghalang kan. sobs.



hidup ibarat roda. pusing-pusing macam ladybird main pusing-pusing 360 darjah. ahha.


   

Wednesday, March 7, 2012

*makcik penjual pisang goreng vs pakcik jutawan ternama*


1. hanya sebab aku diam, x bermakna aku x tahu apa-apa.
oh please, sila jangan nak tunjuk sangat macam kau sorang yang terer kat dunia ni. sila take note bahawa ada lagi berlori-lori manusia yang lebih tahu dan expert kalau nak compare dengan diri kau. oleh sebab manusia-manusia tersebut merasakan x perlu untuk menonjolkan diri sendiri di hadapan khalayak ramai, maka mereka lebih gemar berdiam diri dan memasang mata untuk melihat. dan salah seorang dari mereka ialah aku. harus diingat, aku tahu kekurangan kau, aku tahu kelebihan aku. 

nasihat aku, it's better to keep yourself shut dan duduk diam-diam kalau kau x tahu. tapi ada kalanya kau harus berlagak tahu apabila perlu.

2. x perlu kau berlagak pandai dalam sesuatu perkara kalau kau memang x pandai.
kalau kau x reti nak buat sesuatu benda dengan baik, better kalau kau x payah buat benda tu langsung. sebab apabila kau buat, dan perkara tu x menjadi, seriously akan menampakkan kau seorang yang bodoh di hadapan orang lain yang sepatutnya menghormati dan mengagumi kau. 

nasihat aku, jangan menampakkan diri kita bodoh di hadapan khalayak ramai. namun ada kalanya x salah kalau kita mencuba. tapi, ikut keadaan lah derr. 

3.  x perlu kau nak hebohkan sangat perkara-perkara macam something new bagi kau, tapi sebenarnya dah lapuk dan basi bagi orang lain.
aku dah lama tahu pasal benda yang kau baru tahu itu ok. tapi x perlu bagi aku menghebohkan benda tersebut dengan andaian orang lain dah lama tahu dan mungkin hanya aku yang baru tahu. maka apabila kau dengan penuh perasaan menghebohkan benda tersebut kepada semua orang termasuk aku, aku hanya mampu tersenyum kecil di mulut namun aku tersenyum sinis di dalam hati. dosakah aku?  

nasihat aku, x payah nak heboh secara bombastic sangat. cukup sekadar secara kecil-kecilan. 

*notakaki 
jangan disangka makcik yang menjual pisang goreng di tepi jalan itu tidak fasih berbahasa inggeris hanya disebabkan beliau menggunakan loghat bahasa kelantan ketika menjual pisang gorengnya. 
jangan disangka pakcik yang digelar jutawan ternama itu fasih berbahasa inggeris hanya disebabkan beliau menggunakan beberapa perkataan inggeris untuk diselang-selikan dalam pertuturan bahasa ibundanya.  

 pisang goreng n kopi di waktu petang. nyum! 

Tuesday, March 6, 2012

*semester break 1 - latihan luar Kor SISPA*

hari ni 1st day untuk semester 6. tak ada story best pun. hanya sekadar story ponteng kelas. x best kan.
oleh itu moh le kita flashback story-story yang agak mengujakan sepanjang cuti semester yang lalu.

aktiviti cuti semester bermula dengan program latihan luar di Pulau Pangkor. seronok! sebab kali ni join bukan atas tiket peserta, tapi tiket urusetia. boleh bangun lambat plus boleh santai-santai plus boleh rilek-rilek. kalau jadik peserta macam dulu, memang kurang seronok walaupun sebenarnya seronok. dah la malam-malam tido lambat, esok pagi kena bangun awal pulak. aktivity agak padat. dah tu, kena tunggu turn nak masuk shower. haish. memang kurang seronok.

aktiviti memasak memang wajib. berbekalkan segala bahan-bahan yang dibawak dari shah alam, boleh jugak mengalas perut sampai 4 hari kat sana. erk bukan setakat mengalas perut, siap boleh menggalas perut. memang konyag pun. kari ayam, kari daging, sardin, megi, nasik goreng, ikan kering, keropok, sayur, macam-macam ada. x sia-sia aku dan cik mira penat-penat tolak troli bershoping sakan kat giant. berbaloi-baloi!

aktiviti lain, main game, a&d, berkayak, main kat pantai, war game, cuci-cuci mata, dan x lupa aktiviti posing-posing manja. eh tapi, serius ada benda yang super duper awesome. nyaris pulak terlupa. ohho!

yang super duper osem sangat tu sebab dapat jumpak encik ame yang gemok. wah suke suke suke! maaf, tergedik tiba-tiba. aish sempat lagi dating sebelum gerak masuk feri kat lumut tu. siap aku heret si zahid lagi untuk cover line. tapi jumpa 10 minit camtu jelah. konon terubat la rasa rindu di hati. alolo. dan nasib baik x kantoi. ahaha.

oh untuk memendekkan cerita, ni lah gambar-gambar yang agak osem sepanjang program berikut. tatituuu.


mat-mat bangla diimport khas untuk jadi technician

ni la kambing yang berusaha sedaya-upaya nak join kami beraktiviti.
pastu tetiba beliau lari menghilangkan diri pulak. sedih la tu beliau x diterima.

ascending & descending

erk. no comment.

matpit yang x berjaya sampai di atas disebabkan kaki beliau
mengalami kesakitan yang x berapa dasyat.

kamilah dewa n dewi pulau!

ikan bulu ayam. nyum! kat penang x penah jumpa pn. musykil.

jemput makan beramai-ramai.

pakcik rambut putih. memang syok beliau tido.

game kena tutup mata. berbelit-belit tali tu. hambik korang! 

pakcik tetiba boleh jatuh moto pulak.
serius nak terburai perut time ni menggelakkan beliau. 

checkpoint mintak nombor ekor. kihkih.

sesi pengumpulan dan pengagihan semula makanan. 

proses membuat peluru war game. 

kemas-kemas untuk pulang.

this is SISPA. :)