Thursday, January 26, 2012

*alam fantasi. wah!*

"Bie, bangun bie. Dah subuh ni," perlahan aku berbisik. Dia masih lena diulit mimpi.
"Bie, bangun la sayang," sebuah ciuman hinggap di pipi. Dia mula membuka mata.
"Hmm. Morning sayang," dia bersuara perlahan. Aku menghadiahkan senyuman.
"Bangun mandi ye. Orang tunggu bie, nak solat sama-sama," aku bingkas bangun dari birai katil. Mencapai tuala untuk dihulurkan kepada suami tercinta.

"Eh bie, bangunlah," aku terjerit kecil melihat dia masih masih tidak membuka mata. Eleh, saja nak mengada la tu. Bukannya tak terjaga lagi, saja dia buat-buat pejam mata. Aku menarik selimut perlahan, bersedia untuk memulakan serangan.

"Eh, ha'ah yelah orang bangun lah ni. Nak cubit orang je yang dia tau," dia bingkas bangun.
"Hah tau pun takut. Orang kejut tu bukan nak bangun cepat-cepat. Nak jugak dia mengada", masih sempat mencubit lengannya. Aku tersenyum bangga, tanda kemenangan.

"Hei, sakitlah," dia mengaduh perlahan. Mengada lagi. Cubit sikit je pun, belum kena yang power lagi.
"Yelah bie sayang. Sori ye. Cepat mandi intan payung, nanti lambat pulak nak pergi kerja," aku menghulurkan tuala. Dia tersenyum kecil, bingkas menuju ke bilik mandi.

Aku tersenyum sendiri. Yelah, baru-baru lagi memang lah manja. Nanti bila dah tua, ntah-ntah pegang tangan aku pun dah tak sudi. Eh, tak kot. Takkan la laki aku macam tu kan. Oh no no no. Aku mengemaskan katil. Setelah selesai, segera membuka almari pakaian mencari sepasang baju kurung yang baru digosok semalam. Tidak lupa mencapai pakaian untuk si suami ke tempat kerja. Setelah siap berwuduk dan bertelekung, aku duduk di birai katil. Teringat pesanan emak sewaktu malam sebelum pernikahanku.

"Kakak nanti dah jadi isteri orang, jangan abaikan tanggungjawab ye. Walau sesibuk mana pun bekerja, tanggungjawab terhadap suami tu yang paling penting. Ingat, tempat seorang isteri tu kat sisi suami tau." Aku mengangguk. Cepatnya masa berlalu. Walaupun sudah dua minggu, tapi rasanya seperti baru semalam aku mencium tangan suamiku buat kali pertama setelah bergelar isteri. Masih terngiang-ngiang di telinga lafaz nikah yang diucapkan suamiku. Masih terasa betapa syahdunya saat emak memelukku mengucapkan rasa syukur.

"Sayang, hei. Mengelamun pulak dia pagi-pagi ni." Lembut suaranya menamatkan lamunanku. Aku tersenyum. "Jom solat," dia menghamparkan sejadah. Aku bingkas bangun, mengambil posisi sebagai makmum. Aku memejamkan mata buat seketika, memfokuskan minda untuk menghadap Ilahi.

###

Aku menuang nescafe ke dalam cawan. Roti yang siap dibakar segera disapu mentega. Breakfast simple-simple dah la ye, kang lambat pulak nak pergi kerja. Makan berat-berat kang, takut tak sempat nak kejar toilet pulak. Bijak aku mencipta alasan. Padahal malas nak memasak di pagi hari. 

"Wah, sedapnya bau nasi lemak. Siap ada telur rebus. Ikan bilis pun nampak fresh dari Lautan Antartika," dia tersengih. Aku menjeling. Bila pulak mamat ni muncul. Tadi macam baru nak pakai  baju. Cepat betul dia siap. Aku menggomel di dalam hati.

"Taknak makan sudah. Nak perli-perli pulak," aku menarik muka masam. Segera menarik kerusi dan duduk menghadap makanan yang terhidang di atas meja. 
"Ei, orang gurau jelah. Tu pun nak merajuk," dia menghadiahkan senyuman seraya mencubit pipiku perlahan. "Alah, kalau hari-hari breakfast makan biskut Hup Seng tu pun orang sanggup lah. Janji sayang yang tolong keluarkan biskut tu dari tin. Hehe." Cubaan memujuk tahap pertama.  
Aku mencebik. Masih dalam mood merajuk. Namun pantas juga tanganku menghulurkan cawan nescafe kepadanya. 
"Hai, diam je. Merajuk lagi? Merajuk pagi-pagi ni, nanti muka cepat berkedut tau. Hah kalau sayang dah berkedut nanti, orang nak cari bini nombor dua. Sayang setuju je kan?," dia tersengih sambil menyuapkan roti ke dalam mulut. 

Hish geram betol. Sengih dah macam kerang busuk. Aku menjeling tajam. Muka sengaja dikelatkan sekelat yang mungkin. Pagi-pagi dah sengaja cari pasal. Bukannya nak memujuk, menambahkan hangin aku ada lah. Malas aku nak melayan. Aku segera menghabiskan nescafe di dalam cawan.

Dia tertawa. "Kot ya pun geram, makan la dulu. Nah, buka mulut," tangannya sudah memegang sekeping roti lalu diarahkan ke arah mulutku. "Cepat bukak mulut tu sayang. Kang ada jugak pipi yang kena cubit lagi sekali." Aku akur. Mengunyah roti perlahan sambil terus mempamerkan muka tidak puas hati.

Sebuah ciuman lekat di pipiku. "Love you, sayang," dia tersenyum. "Jangan marah-marah, nanti kena jual," dia menambah sambil menyuapkan lagi roti ke mulutku. Aku menahan senyum. 
"Eleh, nak senyum tu, senyum jelah. Malu-malu pulak," dia menarik pipiku perlahan. Aku tersengih.
"Wek, mana ada orang marah," kataku seraya mencubit perlahan pinggangnya. Dia mengaduh manja. 

"Yelah tu sayang. Macam la orang baru kenal dia tiga hari yang lepas. Tak marah konon. Muka tu tadi dah macam nenek kebayan," dia mengusik lagi.
"Alah takpe. Nenek kebayan pun, ada jugak orang nak kan," aku segera mencapai pinggan dan cawan untuk dibasuh.
"Hehe. Yela, kang kesian pulak takda sape nak kat dia. Nasib baik ada orang ni tau. Kalau tak, jadi nenek kebayan andartu la jawabnya," dia segera mencapai kasut dari almari kecil di tepi pintu. Bersiap untuk ke tempat kerja.

Aku tidak membalas. Khusyuk mencuci pinggan dan cawan di dapur. Setelah selesai, aku segera mencapai beg tangan dan kunci kereta di atas meja. Melihat si dia yang setia menunggu di luar pintu kereta, aku menghadiahkan sebuah senyuman.

"Jaga diri ye sayang. Jangan nakal-nakal tau," dia mengusap pipiku perlahan.
"Eh eh. Patutnya orang yang kena cakap macam tu tau. Bie tu, jangan menggatal dengan pompuan lain. Mata tu tak payah nak pandang pompuan sana-sini. Pandang bawah je tau," aku menghulurkan tangan lagak seorang isteri mithali menyalami si suami sebelum ke tempat kerja. Eh jap, aku memang isteri mithali pun ok.

"Pastu nanti free-free je orang jatuh kat tengah-tengah alam tu. Ribut takda, taufan takda, tiba-tiba je tersembam," dia menyambut tanganku. Aku tertawa kecil. Sebuah ciuman hangat hinggap di dahiku.
"Love you, sayang," ucapnya sebelum masuk ke badan kereta. Aku tersipu. Mulut masih berat untuk membalas kata sayang. Eh eh dulu boleh je cakap 'i love you' kat dia. Sekarang ni tiba-tiba nak malu pulak. Eh tapi, dulu tu cakap kat telefon, memang la aku berani. Laju je mulut ni, takda dah nak tersekat-sekat ke apa. Ni kalau nak cakap depan-depan, memang kena praktis jugak la ni. Takpe-takpe, usaha tangga kejayaan kan. Aku memasang azam.

Kereta diundurkan ke belakang. Sempat dia melambai kepadaku sebelum bayangan keretanya hilang dari pandangan. Aku tersenyum. Terasa rindu. Eh tak sampai seminit berenggang dah rindu. Dasyat jugak aku ni. Senyuman makin melebar. Aku segera menghidupkan enjin kereta. Pintu rumah dikunci. Beberapa minit kemudian, giliran keretaku pula bergerak meninggalkan laman rumah. 

###

     
~ walaweh! berangan x ingat dunia. adoi la anak mak. HAHA. 
eh jangan xtau, aku kenkadang memang suka berfantasi pn. konon2nya macam alice in the wonderland la kan. haih sudah2 la berangan tu. penat nengoknye. nanti2 bila rajin, boleh la sambung fantasi lagi ok. kikiki.  


hah tetiba tersesat pulak poster ni kat sini. dah nak jugak gambar yang berkaitan kan. ambik ko.
oh ya sila tukar nama di atas ok. lalala.

    

Monday, January 23, 2012

*bercinta ala-ala monyet*



hai. sangat tidak mengantuk. macam nak buat lompat bintang laju-laju pulak rasanya. dushdush.


jom mula sesi bercerita. nak sumbat kat sini sebuah cerita yang amat sweet. pengalaman diri sendiri ok. bukan cilok dari pengalaman orang lain. sebuah cerita yang bertajuk 'chenta monyet'. kikikiki. well, perkara normal la kan cinta memonyet ni. tapi normal x kalo cinta monyet tu ialah pada umur 10 taun. sila jangan kata x normal, sebab itu aku. dan aku sangatlah normal ok.


ya betol, cinta mula berputik seawal darjah 4 di bangku sekolah rendah. cinta?? erk sumpah geli. darjah 4 pulak tu kan. tapi masa tu memang rasa macam cinta pn. dah rasa diri ni macam orang dewasa dah. padahal baju sekolah sendiri pun mak yang kena basuh. x sedar diri betoi la. bebudak lain umur 10 taun sebok nak main berlari melompat sana sini, aku pulak yang sebok nak bercintan cintun bagai. alahai anak omak.


yes. mr i was my little love monkey. tehehe.


ehem ehem. waktu darjah 4 tu, still bertepuk sebelah tangan lagi. dalam proses berkenalan la katakan. x tau la kenapa mata ni terlekat kat dia. hensem? emm boleh la. segak bergaya dengan rambut penuh gel sekilo siap berbelah tepi. pandangan mata yang redup-redup nak hujan penuh mempesona. ditambah dengan personaliti menawan yang mampu mencairkan hati gadis-gadis suci macam aku ni. walaweh! tertawan habis la aku waktu tu. bermula dengan kawan sekelas, kawan sebelah meja, kawan bergurau senda, dan lama-lama dia pun tertawan la kononnya kat aku. wahaha! ni yang nak gelak laju-laju nih. erk sumpah bukan aku yang propose untuk kapel ok. aku ni spesis malu tapi mahu tau. nasib baik la dia spesis x malu dan mahu. kalo x, memang dok gigit bantal jela dua-dua ketul. maka pada darjah 5 tersebut, bermulalah episod cinta hindustan aku. tadaaaa..


memang syiok sungguh kot. waktu dalam kelas dok sama-sama. buat keja sama-sama. balik umah, dok bergayut kat tepon pulak. eh time tu xda henfon lagi, so dok gayut dengan tepon umah jela. n memang x terkira berapa ratus kali jari-jemari runcing aku ni dok pintal-pintal pusing-pusing tali kat tepon tu. adab bergayut pada waktu tersebut la kononnya kan. tapi begayut waktu siang jela, malam-malam xleh gayut sebab mak ayah ada kat umah. siang-siang kan mak ayah p keja, so memang harus la ambik kesempatan sepenuh masa kan.


benda paling best pasal dia, dia sangat pemurah. ada jela hadiah yang dia bagi. seronok. hehe. dia sangat penyayang. seronok. hehe lagi. dan dia sangat suka jeles. ok ni x seronok. pantang tengok aku rapat dengan bebudak laki lain, konpem tarik muka. perkara yang sering berlaku ialah bila dia majok dengan aku, aku majok balik dengan dia, n last-last dia yang kena pujuk aku. tu adalah wajib. kalo dia x pujuk, jangan harap aku nak bercakap dengan dia. bajet comel la kononnya tu kan. n cara nak memujuk, surat cinta yang penuh dengan ayat jiwang karat berbunga-bunga. serius sampai skang aku dok simpan lagi segala surat-surat cinta n segala kad-kad kaseh sayang termasuk kad-kad raya. tapi bila nak baca balik semua benda tu, rasa x sanggup pn ada. n naseb baik x muntah hijau. haish jiwang sunggoh aku zaman memuda dulu. patot la skang aku romantik semacam. ok ini serius. harap maklum.


nah. saya kasi epal-epal cinta untuk awak. makan la ye, jangan memalu.


oh dia pernah muncul kat umah aku, ofkos dengan kawan-kawan dia la. masa tu tok je yang ada kat umah. mak ayah kan p keja. siap aku yang jadi tukang buat air kot. tapi lepas-lepas hantar air je, teros aku menyorok kat dapur sambil telan biskut cicah milo. tinggal la tetamu terkontang-kanting kat depan tu dengan tok. terer sungguh la aku melayan tetamu kan. pastu bila semua dah balik, tetiba tok tanya, kat sekolah memang kawan dengan lelaki ka? dan aku pn tersengih seribu bahasa. tihihi.


kenangan paling terindah, waktu sesama join rombongan sekolah p KL n melaka. waktu tu dah darjah 6, dah habis UPSR pn. maunya x terindah, kat dalam bas pn dok sesama, tido pn sesama. erk ni bukan tido sesama kat atas katil ok. memang nak kena lempang laju-laju la kalo melampau sampai macam tu kan. tido yang dimaksudkan ialah tido di atas kerusi di dalam bas. hehe. memang romantika tahap cipan la waktu tu. sumpah x tipu. kalo nak cerita dengan spesifik lagi kenangan-kenangan waktu tu, memang sampai esok pn x habis kot. memang sangat seronok. serius.


tapi masa hujung-hujung darjah 6 tu, dah mula berantakan sikit dah. aku pn tetiba terlekat kat mamat lain pulak dah. lagi smart segak bergaya, budak bola pulak tu kan. oh mata keranjang sungguh aku di waktu itu. huhu. tapi aku sorang jela yang penat mata dok usha dia. dia xda perasaan apa pn. demm sunggoh la kan. eh sambung balik dengan cinta hindustan. bila memasing dah masuk sekolah lain-lain waktu form 1, teros la hubungan terputus di tengah jalan. dah la memasing dok asrama, jarang kontek pulak tu. tup tup teros terputus. dan untuk pengetahuan, aku menangis dengan penuh syahdu pada waktu tersebut. masa dia ada x reti nak hargai, waktu dah x ada baru nak rasa meroyan. dan benda tu secara tidak langsung menjadi pengajaran untuk aku. the end. haha.


eh nak sambung sikit lagi. cinta monyet aku femes kot kat sekolah. cikgu-cikgu pn tau. tapi dah nama pn budak-budak kan, so cikgu pn buat x kesah jela. siap ada cikgu yang bagi sokongan moral lagi tu. terbaik sunggoh cikgu-cikgu sekolah aku ni. nak kesah apa lah sangat, dok cintan-cintun pn, result still gempak je. sama-sama top student kot. ceh nak buat bangga pulak. sekoleh rendah boleh la weh nak jadi top student. coba skang ni jadi top student, tunggu kucing kawen dengan lembu pn belom tentu dapat kot. tskk.


ok dah abeh sesi bercerita. adik-adik, sila jangan contohi akak ye. kot ya pn teringin sangat nak merasa bercinta ala-ala monyet, tunggu la masuk sekolah menengah dulu. baru la orang kata x gatal sangat. haha. sekian, caucincau.


eh comel pulak makhluk dua ketul ni. lempang kang.



Sunday, January 22, 2012

*semut merah*

aku bukan semut merah.
hah tetiba. haha.
tajuk post sumpah xda kena mengena okey.


saja nak mengisi masa lapang menceritakan perkembangan hidop.


1. baru 2 hari abeh final. legaa!
2. baru 2 hari stat cuti sem. n xda perasaan pon. huhu.
nak balik umah pn macam x berbaloi, sebab nanti nak kena muncul kat shah alam balik. lagipun last studi week kan dah balik. mak pn x sempat nak rindu lagi kat aku rasanya.
3. baru 2 hari meniti hari di uitm yang serba sunyi sebab ramai yang dah balik kampung halaman memasing menyambut CNY. ceh, balik umah nak makan limau la tu.  
4. eh aku dalam proses menjadi semakin baik. banyak membaca di internet agak memberi keinsafan. harap-harap istiqamah la aku ni kan.
5. dan aku sangat malas nak menaip. sekian.


sumpah xtau apa benda ni buat kat sini weh. 



Friday, January 6, 2012

*terus mara bersama MARA*


hai. selamat pagi. eh dah tengah hari pn.


otak x menerima pembacaan akademik.
jari jemari menggedik nak menari.
dalam otak berpusu-pusu ayat untuk dibebel. 

maka, harus segera tutup buku dan buka laptop.
woha!

oh nak bagitau, 2 hari lepas aku bersemangat waja gila buat esei.
esei bahasa melayu ok. dah lama pencen dari buat karangan camni.
n semalam tetiba dengan baik hatinya aku tolong pakcik sorang tu buat karangan.

esei untuk loan MARA je pn, tapi dah jadi macam nak esei nak apply biasiswa pulak. sesapa yang ada hati nak apply biasiswa MARA nanti, sila la mintak tips dari aku ok. tapi kalo nak bagi orang lain baca esei tu, memang x lah. ayat dramatik gila. malu kot. huhu.

aku realize sumtin. 
kita akan bersemangat n bersungguh-sungguh buat sumtin untuk orang yang kita sayang. 

walopn benda tu x fun langsung, n walopn kita sebenarnya ada belambak lagi benda penting yang perlu dibuat, tapi benda tu sikit pn macam x jadi beban untuk kita. serius! dalam kesibukan n kestressan aku stadi untuk paper law yang menggila tu, sempat jugak aku tolong buat esei kat pakcik tu. 
sweet kan aku? muahaha. 

alah, bagi alasan konon2nya x reti buat karangan.
yela2 dia dolu UPSR Penulisan dapat B.
eh x paham la macam mana orang boleh dapat A untuk semua subjek, tapi x boleh dapat A untuk Penulisan. kot la kalo dapat B untuk Sains, macam aku ni haa. Sains tu fakta ok, no wonder la aku x boleh dapat A. aku kurang berminat dengan fakta yang x penting untuk diri aku. tu fakta. fine.

oh berbalik pada MARA.
bila aku tekan kalkulator saintifik aku ni, rupa-rupanya aku dah hampir 6 taun jadi anak MARA. stat dari sekolah menengah, matrik, n universiti, semuanya berkat bantuan MARA kot. 
gila la kalo aku cakap aku x terhutang budi langsung dengan MARA.
hari-hari kat sekolah dulu, makan dengan duit MARA.
hari-hari kat matrik, pn makan dengan duit MARA plus siap dapat duit poket tiap-tiap bulan tau.
hari-hari kat universiti, walopn aku makan dengan duit JPA, still consider aku guna duit MARA la kan. budak universiti lain mau beribu ringgit habis untuk bayar yuran 1 sem, UiTM kena bayar beratus je pn. 
gila kalo x terhutang budi lagi camtu.

ok meh aku nak share lagu MARA. 
dulu kat sekolah selalu kena nyanyi lagu ni. 
so sesapa yang nak belajar nyanyi lagu MARA, boleh la segera bankin payment untuk aku buat konsert ok.  


MARA pemegang amanah Bumiputera
Beri galakan memajukan usaha
Menjujung hasrat mencipta bahagia
MARA tetap bersedia
Dan rakyat makmur sentiasa..

MARA akan sentiasa memberi segala dorongan
Menciptakan kemakmuran rakyat menjadi tujuan
MARA lah maju wahai rakyat jelata
Maju MARA maju jaya
Negara makmur sentiasa..     


dan berbalik kepada aku. 
tetiba terasa nak jadi lecturer.
dah nama pn terhutang budi kat MARA kan. so kena la balas balik.
salah satu cara, or maybe cara yang paling senang, jadi lecturer UiTM. 
boleh didik anak2 bangsa. 
eh macam Program Mendidik Anak Bangsa pulak kan. 
bagus kan Dato' Sahol. kalo x da program macam ni, memang ramai la anak-anak Melayu yang berpotensi untuk merempat. merempat kat bumi sendiri pulak tu. 

oh tetiba teringat kat isu-isu hangat zaman skang.
isu AUKU yang aku pn xtau apa nak komen.
mahasiswa, universiti, kerajaan, macam-macam. 
eh secara indirectly aku pn terlibat la jugak kan.
tapi serius x berminat pn nak melibatkan diri. 
sedih betoi. tskk.

hah satu lagi isu hot, pasal kak amalina.
ala akak yang dolu dapat 17A dalam SPM tu. 
hebat kot dia, sampai dapat tajaan Bank Negara Malaysia sambung stadi kat UK. tapi tetiba tersebar gambar latest dia kat sana, dah cultural shock pulak dah. ya, memang la tu hak dia. tapi kesian kot kat mak ayah dia kan.
dulu anak femes n harumkan nama mak ayah, skang lagi bertambah femes, dalam keadaan yang keharuman dah berkurangan. 
semoga dia x terus macam tu. 
eh Astaghfirullahal'azim, x baik mengata orang tau. 

berbalik kepada niat suci murni aku nak jadi lecturer.
nak jadi lecturer kena dapat master kan. 
nak ambik master, kena dapat pointer bagus x waktu degree??
x bagus sangat pn boleh kot kan. kihkih.

ok sebenarnya nak cakap aku dah malas nak struggle untuk final. 
final membuatkan aku rasa nak kawen. 
aku lagi prefer penat badan jaga anak-anak dari penat otak mengadap buku. tu satu lagi fakta.

pastu nanti aku nak sumbat kismis banyak-banyak dalam mulut anak-anak aku. biar otak bergeliga. xda la kena struggle sangat untuk exam.
anak-anak mama, makan kismis ni ok. nanti boleh masuk universiti macam mama. ngehngeh.
eh nampak sangat aku ada ciri-ciri ibu mithali kan.  :)

oh semalam dah lepas paper LAW.
next paper, AIS. saja nak bagitau.
ok. nak tido dah. babai.



ni logo MARA ok.