Monday, January 23, 2012

*bercinta ala-ala monyet*



hai. sangat tidak mengantuk. macam nak buat lompat bintang laju-laju pulak rasanya. dushdush.


jom mula sesi bercerita. nak sumbat kat sini sebuah cerita yang amat sweet. pengalaman diri sendiri ok. bukan cilok dari pengalaman orang lain. sebuah cerita yang bertajuk 'chenta monyet'. kikikiki. well, perkara normal la kan cinta memonyet ni. tapi normal x kalo cinta monyet tu ialah pada umur 10 taun. sila jangan kata x normal, sebab itu aku. dan aku sangatlah normal ok.


ya betol, cinta mula berputik seawal darjah 4 di bangku sekolah rendah. cinta?? erk sumpah geli. darjah 4 pulak tu kan. tapi masa tu memang rasa macam cinta pn. dah rasa diri ni macam orang dewasa dah. padahal baju sekolah sendiri pun mak yang kena basuh. x sedar diri betoi la. bebudak lain umur 10 taun sebok nak main berlari melompat sana sini, aku pulak yang sebok nak bercintan cintun bagai. alahai anak omak.


yes. mr i was my little love monkey. tehehe.


ehem ehem. waktu darjah 4 tu, still bertepuk sebelah tangan lagi. dalam proses berkenalan la katakan. x tau la kenapa mata ni terlekat kat dia. hensem? emm boleh la. segak bergaya dengan rambut penuh gel sekilo siap berbelah tepi. pandangan mata yang redup-redup nak hujan penuh mempesona. ditambah dengan personaliti menawan yang mampu mencairkan hati gadis-gadis suci macam aku ni. walaweh! tertawan habis la aku waktu tu. bermula dengan kawan sekelas, kawan sebelah meja, kawan bergurau senda, dan lama-lama dia pun tertawan la kononnya kat aku. wahaha! ni yang nak gelak laju-laju nih. erk sumpah bukan aku yang propose untuk kapel ok. aku ni spesis malu tapi mahu tau. nasib baik la dia spesis x malu dan mahu. kalo x, memang dok gigit bantal jela dua-dua ketul. maka pada darjah 5 tersebut, bermulalah episod cinta hindustan aku. tadaaaa..


memang syiok sungguh kot. waktu dalam kelas dok sama-sama. buat keja sama-sama. balik umah, dok bergayut kat tepon pulak. eh time tu xda henfon lagi, so dok gayut dengan tepon umah jela. n memang x terkira berapa ratus kali jari-jemari runcing aku ni dok pintal-pintal pusing-pusing tali kat tepon tu. adab bergayut pada waktu tersebut la kononnya kan. tapi begayut waktu siang jela, malam-malam xleh gayut sebab mak ayah ada kat umah. siang-siang kan mak ayah p keja, so memang harus la ambik kesempatan sepenuh masa kan.


benda paling best pasal dia, dia sangat pemurah. ada jela hadiah yang dia bagi. seronok. hehe. dia sangat penyayang. seronok. hehe lagi. dan dia sangat suka jeles. ok ni x seronok. pantang tengok aku rapat dengan bebudak laki lain, konpem tarik muka. perkara yang sering berlaku ialah bila dia majok dengan aku, aku majok balik dengan dia, n last-last dia yang kena pujuk aku. tu adalah wajib. kalo dia x pujuk, jangan harap aku nak bercakap dengan dia. bajet comel la kononnya tu kan. n cara nak memujuk, surat cinta yang penuh dengan ayat jiwang karat berbunga-bunga. serius sampai skang aku dok simpan lagi segala surat-surat cinta n segala kad-kad kaseh sayang termasuk kad-kad raya. tapi bila nak baca balik semua benda tu, rasa x sanggup pn ada. n naseb baik x muntah hijau. haish jiwang sunggoh aku zaman memuda dulu. patot la skang aku romantik semacam. ok ini serius. harap maklum.


nah. saya kasi epal-epal cinta untuk awak. makan la ye, jangan memalu.


oh dia pernah muncul kat umah aku, ofkos dengan kawan-kawan dia la. masa tu tok je yang ada kat umah. mak ayah kan p keja. siap aku yang jadi tukang buat air kot. tapi lepas-lepas hantar air je, teros aku menyorok kat dapur sambil telan biskut cicah milo. tinggal la tetamu terkontang-kanting kat depan tu dengan tok. terer sungguh la aku melayan tetamu kan. pastu bila semua dah balik, tetiba tok tanya, kat sekolah memang kawan dengan lelaki ka? dan aku pn tersengih seribu bahasa. tihihi.


kenangan paling terindah, waktu sesama join rombongan sekolah p KL n melaka. waktu tu dah darjah 6, dah habis UPSR pn. maunya x terindah, kat dalam bas pn dok sesama, tido pn sesama. erk ni bukan tido sesama kat atas katil ok. memang nak kena lempang laju-laju la kalo melampau sampai macam tu kan. tido yang dimaksudkan ialah tido di atas kerusi di dalam bas. hehe. memang romantika tahap cipan la waktu tu. sumpah x tipu. kalo nak cerita dengan spesifik lagi kenangan-kenangan waktu tu, memang sampai esok pn x habis kot. memang sangat seronok. serius.


tapi masa hujung-hujung darjah 6 tu, dah mula berantakan sikit dah. aku pn tetiba terlekat kat mamat lain pulak dah. lagi smart segak bergaya, budak bola pulak tu kan. oh mata keranjang sungguh aku di waktu itu. huhu. tapi aku sorang jela yang penat mata dok usha dia. dia xda perasaan apa pn. demm sunggoh la kan. eh sambung balik dengan cinta hindustan. bila memasing dah masuk sekolah lain-lain waktu form 1, teros la hubungan terputus di tengah jalan. dah la memasing dok asrama, jarang kontek pulak tu. tup tup teros terputus. dan untuk pengetahuan, aku menangis dengan penuh syahdu pada waktu tersebut. masa dia ada x reti nak hargai, waktu dah x ada baru nak rasa meroyan. dan benda tu secara tidak langsung menjadi pengajaran untuk aku. the end. haha.


eh nak sambung sikit lagi. cinta monyet aku femes kot kat sekolah. cikgu-cikgu pn tau. tapi dah nama pn budak-budak kan, so cikgu pn buat x kesah jela. siap ada cikgu yang bagi sokongan moral lagi tu. terbaik sunggoh cikgu-cikgu sekolah aku ni. nak kesah apa lah sangat, dok cintan-cintun pn, result still gempak je. sama-sama top student kot. ceh nak buat bangga pulak. sekoleh rendah boleh la weh nak jadi top student. coba skang ni jadi top student, tunggu kucing kawen dengan lembu pn belom tentu dapat kot. tskk.


ok dah abeh sesi bercerita. adik-adik, sila jangan contohi akak ye. kot ya pn teringin sangat nak merasa bercinta ala-ala monyet, tunggu la masuk sekolah menengah dulu. baru la orang kata x gatal sangat. haha. sekian, caucincau.


eh comel pulak makhluk dua ketul ni. lempang kang.



1 comment:

cHirUzi said...

menarik bonar cinta ko neh..ehheheh..darjah 4 aku tgh men zeropoint lagik tau!!!!!!!!