Thursday, January 26, 2012

*alam fantasi. wah!*

"Bie, bangun bie. Dah subuh ni," perlahan aku berbisik. Dia masih lena diulit mimpi.
"Bie, bangun la sayang," sebuah ciuman hinggap di pipi. Dia mula membuka mata.
"Hmm. Morning sayang," dia bersuara perlahan. Aku menghadiahkan senyuman.
"Bangun mandi ye. Orang tunggu bie, nak solat sama-sama," aku bingkas bangun dari birai katil. Mencapai tuala untuk dihulurkan kepada suami tercinta.

"Eh bie, bangunlah," aku terjerit kecil melihat dia masih masih tidak membuka mata. Eleh, saja nak mengada la tu. Bukannya tak terjaga lagi, saja dia buat-buat pejam mata. Aku menarik selimut perlahan, bersedia untuk memulakan serangan.

"Eh, ha'ah yelah orang bangun lah ni. Nak cubit orang je yang dia tau," dia bingkas bangun.
"Hah tau pun takut. Orang kejut tu bukan nak bangun cepat-cepat. Nak jugak dia mengada", masih sempat mencubit lengannya. Aku tersenyum bangga, tanda kemenangan.

"Hei, sakitlah," dia mengaduh perlahan. Mengada lagi. Cubit sikit je pun, belum kena yang power lagi.
"Yelah bie sayang. Sori ye. Cepat mandi intan payung, nanti lambat pulak nak pergi kerja," aku menghulurkan tuala. Dia tersenyum kecil, bingkas menuju ke bilik mandi.

Aku tersenyum sendiri. Yelah, baru-baru lagi memang lah manja. Nanti bila dah tua, ntah-ntah pegang tangan aku pun dah tak sudi. Eh, tak kot. Takkan la laki aku macam tu kan. Oh no no no. Aku mengemaskan katil. Setelah selesai, segera membuka almari pakaian mencari sepasang baju kurung yang baru digosok semalam. Tidak lupa mencapai pakaian untuk si suami ke tempat kerja. Setelah siap berwuduk dan bertelekung, aku duduk di birai katil. Teringat pesanan emak sewaktu malam sebelum pernikahanku.

"Kakak nanti dah jadi isteri orang, jangan abaikan tanggungjawab ye. Walau sesibuk mana pun bekerja, tanggungjawab terhadap suami tu yang paling penting. Ingat, tempat seorang isteri tu kat sisi suami tau." Aku mengangguk. Cepatnya masa berlalu. Walaupun sudah dua minggu, tapi rasanya seperti baru semalam aku mencium tangan suamiku buat kali pertama setelah bergelar isteri. Masih terngiang-ngiang di telinga lafaz nikah yang diucapkan suamiku. Masih terasa betapa syahdunya saat emak memelukku mengucapkan rasa syukur.

"Sayang, hei. Mengelamun pulak dia pagi-pagi ni." Lembut suaranya menamatkan lamunanku. Aku tersenyum. "Jom solat," dia menghamparkan sejadah. Aku bingkas bangun, mengambil posisi sebagai makmum. Aku memejamkan mata buat seketika, memfokuskan minda untuk menghadap Ilahi.

###

Aku menuang nescafe ke dalam cawan. Roti yang siap dibakar segera disapu mentega. Breakfast simple-simple dah la ye, kang lambat pulak nak pergi kerja. Makan berat-berat kang, takut tak sempat nak kejar toilet pulak. Bijak aku mencipta alasan. Padahal malas nak memasak di pagi hari. 

"Wah, sedapnya bau nasi lemak. Siap ada telur rebus. Ikan bilis pun nampak fresh dari Lautan Antartika," dia tersengih. Aku menjeling. Bila pulak mamat ni muncul. Tadi macam baru nak pakai  baju. Cepat betul dia siap. Aku menggomel di dalam hati.

"Taknak makan sudah. Nak perli-perli pulak," aku menarik muka masam. Segera menarik kerusi dan duduk menghadap makanan yang terhidang di atas meja. 
"Ei, orang gurau jelah. Tu pun nak merajuk," dia menghadiahkan senyuman seraya mencubit pipiku perlahan. "Alah, kalau hari-hari breakfast makan biskut Hup Seng tu pun orang sanggup lah. Janji sayang yang tolong keluarkan biskut tu dari tin. Hehe." Cubaan memujuk tahap pertama.  
Aku mencebik. Masih dalam mood merajuk. Namun pantas juga tanganku menghulurkan cawan nescafe kepadanya. 
"Hai, diam je. Merajuk lagi? Merajuk pagi-pagi ni, nanti muka cepat berkedut tau. Hah kalau sayang dah berkedut nanti, orang nak cari bini nombor dua. Sayang setuju je kan?," dia tersengih sambil menyuapkan roti ke dalam mulut. 

Hish geram betol. Sengih dah macam kerang busuk. Aku menjeling tajam. Muka sengaja dikelatkan sekelat yang mungkin. Pagi-pagi dah sengaja cari pasal. Bukannya nak memujuk, menambahkan hangin aku ada lah. Malas aku nak melayan. Aku segera menghabiskan nescafe di dalam cawan.

Dia tertawa. "Kot ya pun geram, makan la dulu. Nah, buka mulut," tangannya sudah memegang sekeping roti lalu diarahkan ke arah mulutku. "Cepat bukak mulut tu sayang. Kang ada jugak pipi yang kena cubit lagi sekali." Aku akur. Mengunyah roti perlahan sambil terus mempamerkan muka tidak puas hati.

Sebuah ciuman lekat di pipiku. "Love you, sayang," dia tersenyum. "Jangan marah-marah, nanti kena jual," dia menambah sambil menyuapkan lagi roti ke mulutku. Aku menahan senyum. 
"Eleh, nak senyum tu, senyum jelah. Malu-malu pulak," dia menarik pipiku perlahan. Aku tersengih.
"Wek, mana ada orang marah," kataku seraya mencubit perlahan pinggangnya. Dia mengaduh manja. 

"Yelah tu sayang. Macam la orang baru kenal dia tiga hari yang lepas. Tak marah konon. Muka tu tadi dah macam nenek kebayan," dia mengusik lagi.
"Alah takpe. Nenek kebayan pun, ada jugak orang nak kan," aku segera mencapai pinggan dan cawan untuk dibasuh.
"Hehe. Yela, kang kesian pulak takda sape nak kat dia. Nasib baik ada orang ni tau. Kalau tak, jadi nenek kebayan andartu la jawabnya," dia segera mencapai kasut dari almari kecil di tepi pintu. Bersiap untuk ke tempat kerja.

Aku tidak membalas. Khusyuk mencuci pinggan dan cawan di dapur. Setelah selesai, aku segera mencapai beg tangan dan kunci kereta di atas meja. Melihat si dia yang setia menunggu di luar pintu kereta, aku menghadiahkan sebuah senyuman.

"Jaga diri ye sayang. Jangan nakal-nakal tau," dia mengusap pipiku perlahan.
"Eh eh. Patutnya orang yang kena cakap macam tu tau. Bie tu, jangan menggatal dengan pompuan lain. Mata tu tak payah nak pandang pompuan sana-sini. Pandang bawah je tau," aku menghulurkan tangan lagak seorang isteri mithali menyalami si suami sebelum ke tempat kerja. Eh jap, aku memang isteri mithali pun ok.

"Pastu nanti free-free je orang jatuh kat tengah-tengah alam tu. Ribut takda, taufan takda, tiba-tiba je tersembam," dia menyambut tanganku. Aku tertawa kecil. Sebuah ciuman hangat hinggap di dahiku.
"Love you, sayang," ucapnya sebelum masuk ke badan kereta. Aku tersipu. Mulut masih berat untuk membalas kata sayang. Eh eh dulu boleh je cakap 'i love you' kat dia. Sekarang ni tiba-tiba nak malu pulak. Eh tapi, dulu tu cakap kat telefon, memang la aku berani. Laju je mulut ni, takda dah nak tersekat-sekat ke apa. Ni kalau nak cakap depan-depan, memang kena praktis jugak la ni. Takpe-takpe, usaha tangga kejayaan kan. Aku memasang azam.

Kereta diundurkan ke belakang. Sempat dia melambai kepadaku sebelum bayangan keretanya hilang dari pandangan. Aku tersenyum. Terasa rindu. Eh tak sampai seminit berenggang dah rindu. Dasyat jugak aku ni. Senyuman makin melebar. Aku segera menghidupkan enjin kereta. Pintu rumah dikunci. Beberapa minit kemudian, giliran keretaku pula bergerak meninggalkan laman rumah. 

###

     
~ walaweh! berangan x ingat dunia. adoi la anak mak. HAHA. 
eh jangan xtau, aku kenkadang memang suka berfantasi pn. konon2nya macam alice in the wonderland la kan. haih sudah2 la berangan tu. penat nengoknye. nanti2 bila rajin, boleh la sambung fantasi lagi ok. kikiki.  


hah tetiba tersesat pulak poster ni kat sini. dah nak jugak gambar yang berkaitan kan. ambik ko.
oh ya sila tukar nama di atas ok. lalala.

    

8 comments:

ezwan mazlan said...

wahahaha..ang tulis sendiri ke benda alah ni?

n o r s a k i n a h said...

ofkos. hei nak mengutuk la tu. ingat aku xtau. haha.

mieanna said...

woi..berangan x hingat..ley watnovel r der..

ezwan mazlan said...

tak kutuk la..best..aku mati2 ingat ang kopi pes..terbaik la..gelak tak berenti aku baca..

cHirUzi said...

ko kalau bab tulis bende romantik mmg number 1 la weh..hahaha..kin komander jiwng! :P

n o r s a k i n a h said...

^______^

ezwan mazlan said...

diharap jangan la sambung citer pas laki tu balik kerja..wahahaha..seram seh..serius kena ban blog ni nanti..

humaidi omar said...

Wahhh...na aci emagine kat cni....bila text x pown....x sbaq nak tggu next chapter....luv u....^_^