Monday, May 14, 2012

*tunggu-menunggu bukan amalan mulia*

menunggu. ditunggu. tertunggu.

tiap-tiap hari pun aku menunggu. menunggu kau. tipu kalau aku cakap tak tunggu. walaupun mulut aku degil nak jugak cakap aku tak tunggu, jauh di lubuk hati aku, tetap aku menunggu. kesimpulannya, kau yang salah sebab kau buat aku tertunggu-tunggu.

aku harap aku tak menunggu, walaupun untuk sehari. tapi hakikatnya aku tetap menunggu, walaupun untuk sesaat, walaupun untuk setiap hembusan nafas, walaupun untuk setiap degupan jantung. oish ada penipuan sikit-sikit pada ayat tersebut. tapi kan aku dah cakap tiap-tiap hari pun aku tunggu. kesimpulannya, kau yang salah sebab kau buat aku tertunggu-tunggu.

letih aku menunggu kau. penat aku pun sebab menunggu kau. kecewa aku sebab aku dah penat-penat menunggu kau, kau pulak tak reti-reti nak sedar yang kau sedang ditunggu. kesimpulannya, kau yang salah sebab kau buat aku tertunggu-tunggu.

maka sekarang giliran kau untuk menunggu. walaupun aku sebenarnya menunggu, tapi aku yakin aku mampu untuk berpura-pura tak menunggu. yakin yang tak sepenuhnya. tapi realitinya hati aku tak mungkin aku tipu. kan aku dah cakap, aku yakin tapi tak yakin sangat. padan muka kau sebab aku akan buat kau menunggu. dan padan muka aku jugak sebab aku pun akan ikut sama menunggu. kesimpulannya, kau yang salah sebab kau buat aku tertunggu-tunggu.

kau umpama chipsmore. kadang-kadang kau ada, kadang-kadang kau tak ada. aku umpama bulan. walaupun ada masanya aku muncul penuh dan ada masanya aku muncul tak penuh, tapi hakikatnya aku tetap ada untuk terangkan waktu malam kau. kesimpulannya, kau yang salah sebab kau buat aku tertunggu-tunggu. nak jugak ulang statement tu walaupun rasanya tak payah ulang.

kau macam dah biasa buat aku tunggu. maka aku tak hairan andai kata suatu hari nanti aku akan rasa kau buat aku macam tunggul. 

*notakaki.
bak kata faizal tahir, 'bencinta'. macam tulah. sebijik macam tu.
akhir kata, cinta itu buta. akhir kata lagi, tunggu-menunggu bukan amalan mulia.


aku tak 'bercinta', aku 'bencinta'.
sekian, harap maklong. 



No comments: