Sunday, October 21, 2012

*memori semalam - SISPA UiTM: Jelajah Kinabalu*


selamat hari minggu. disebabkan kesian sebab takda post baru, maka aku pun dengan suka hati mengepost benda ni. sebenarnya kan, post ni dah lama diperam dalam list untuk buat jeruk, cuma takda kekuatan nak post untuk tatapan umum. boleh tak macam tu? haha.

benda ni sangat super duper bagi aku. dengan keputusan yang sangat drastik, dengan tak dirancang dari awal, dengan tak disangka-sangka, akhirnya sampai jugak aku ke puncak Gunung Kinabalu. haish dah macam banyak sangat keputusan drastik dalam hidup ni. takut nanti sampai nak kahwin pun, aku buat keputusan drastik jugak. huish scary. janganlah sampai macam tu. tidaaaak!

start dengan seminggu sebelum bertolak ke Sabah, dengan malasnya terpaksa jugak menggagahkan diri bangun awal untuk berjoging. konon-kononnya joging untuk tingkatkan stamina la kan, padahal jejalan cuci mata je lebih. makluman, saya ni memang spesis yang malas berjoging. penat! sesi aku berlari-lari dah expired semenjak habis sekolah. sekarang sesi untuk berjalan lenggang-lenggok mak minah supaya kelihatan lebih ayu dan menambat hati para makcik-makcik untuk masuk meminang. kalau naik basikal, tu boleh diterima akal disebabkan agak best. siap berangin kat bawah lengan lagi. tak gitu? kadang-kadang ada jugak masuk gym, memang menghasilkan peluh yang banyak tanpa perlu penat melampau. semua tu konon-kononnya latihan sebelum hiking lah, tapi time hiking tu penat tahap cipan jugak. dah tu apa motif aku susah-susah training bagai ni?? sobs.

16 Februari 2012.
bertolak ke LCCT jam 8 pagi macam tu kot. flight pukul 1.20 petang. sempat la jugak berposing-posing sakan sementara nak tunggu flight. dalam flight pulak asyik dok menghasilkan taik mata disebabkan bosan dan mengantuk dan tak dapat mencuci mata sebab takda pun abang pramugara. asyik dok pandang akak pramugari je. nasib baik la cun-cun belaka, kalau tak dah lama aku terjun dari flight.

sampai di sabah jam 5 petang. terus gerak ke UiTM Sabah lepas berhenti makan di kedai berhampiran. ohhoi kat sini pukul 7 dah gelap macam waktu malam. maghrib pun pukul 6.20 petang dah masuk waktu. nasib baik tak terkejutan budaya. malam, makan lagi dan lepas tu ada sesi taklimat untuk aktiviti esok. hah sebelum tido kena makan ubat malaria yang dibekalkan khas oleh pusat kesihatan UiTM tercinta. memang sangat sedap dan manis pun ubat tersebut. berkerut-kerut muka menelannya. huh!


Air Asia. peace yo!

posing cepat-cepat sebab takut kena bambu dengan abang LCCT.


17 Februari 2012
pagi, bertolak ke Ranau. time sampai kat area Kundasang, semua pakat menatap pemandangan Gunung Kinabalu dari tingkap bas. mak aii, memang tinggi. rupa dah macam raksasa dalam cerita otromen tu. cuak pulak rasanya. entah mampu sampai puncak ke tak ni. area kat situ penuh pulak dengan kabus sampai pandang luar tingkap pun nampak memutih je. 1st aktiviti, sesi bergotong-royong dengan warga kampung dan warga JPAM Sabah kat Kampung Luanti, Ranau. yang best tu sebab lepas penat bergotong-royong, boleh rendam kaki plus main ikan kat dalam sungai kat situ. ikan pulak mak aii punya la besau. takat nak rendam kaki tu boleh la lagi. ni nak masukkan tangan kat dalam sungai tu, memang aku telan air liur pat puluh kali la jugak sementara nak tunggu kekuatan tu muncul. tambah-tambah pulak kat tangan tu kena genggam kuat-kuat makanan ikan bagi ikan dapat bau. maka berpusu-pusu la mak-mak ikan dan abah-abah ikan yang pakat dok cium dan sedut tangan kita. takat saiz ikan bilis tu takpe la jugak. ni, dah macam saiz pirana pulak kau. haish!

ikan-ikan tengah buat perhimpunan pagi.

pastu, gerak ke Kolam Air Panas Porim. oleh sebab tempat tu macam sama je dengan kolam air panas yang kat Baling, Kedah tu, maka aku pn dengan sukacitanya mengambil kesempatan untuk tidak merendamkan kaki apatah lagi nak bermandi-manda kat situ. cam takda pape yang best pun. ahaha. yang paling best kat Porim tu ialah nasik goreng tak sedap yang berharga 5 hinggit sepinggan. nasik goreng yang aku masak cincai-cincai kat umah tu pun beribu kali sedap ok. total harga nasik goreng dan teh ais, nak dekat 8 hinggit tau. memang mencekik darah. nasib baik time tu tengah kebuluran. maka memanglah takda sebijik pun nasik goreng yang tertinggal dalam pinggan. sebutir beras ibarat setitik peluh petani kau tau. aish!


maskot kolam air panas.

next, check in Taman Negara Kinabalu. kesejukan dah mula terasa. air kat dalam toilet pun dah macam air dalam peti ais kat rumah. nasib baik la kat shower tu ada air panas. kalo tak, memang tak mandi la aku. hihi. dan makan pada malam itu tersangatlah super duper heaven. makanan yang berbuffet plus melampau banyaknya variety yang ada, memang wajib bagi aku untuk mentekedarah habis-habisan pada malam yang sejuk-sejuk ala dingin lavenda itu. lepas taklimat untuk sesi berhiking esok pagi, terus masuk bilik tarik selimut. dan nak maklumkan sekali lagi, sejuk gilaaa ok!


1 SISPA, 1 batch

18 Disember 2012.
ok pagi ni tak perlu mandi. terus packing untuk hiking dan breakfast yang macam heaven sekali lagi. dan mari start berhiking! 2 kilometer awal, agak tercungap la jugak. tapi still boleh diterima dengan hati yang agak ikhlas disebabkan trek yang tak berapa nak super adventure. rupanya agak gojes trek di situ ya anak-anak. probability nak jumpa jalan yang rata ialah setipis 3%. lagi 97% tu kena panjat, panjat, dan panjat. takda la kena panjat guna tali ke hapa pun, just kena jalan-jalan macam jalan-jalan nak honeymoon gitu. so takda la extreme sangat kan trek hiking tu. tapi dah nama pun kau tengah hiking kan, tambah pulak yang kau panjat tu ialah sebijik gunung, maka seharusnya kau redha jelah dengan segala trek berbatu, bertangga, dan berbukit yang ada. 

dah la lenguh kaki nak memanjat tu satu hal, lenguh bahu galas beg satu hal lagi. ditambah lagi dengan tekak kering asyik nak melantak air dan segala cabaran yang ada, memang menguji kesihatan fizikal dan mental. oh tapi, trek sepanjang 6 kilometer tersebut sangat dimeriahkan dengan pemandangan yang super duper awesome dan warga pelancong asing yang agak ramah mesra belaka. sempat la jugak aku menunjukkan keramahan dan kehandalan aku berbahasa asing. ceh! hah dan satu lagi, sangatlah bernasib baik pada hari tersebut sebab cuaca yang sangat baik. hah dan satu lagi jugak, amat-amatlah kagum melihat pakcik-pakcik dan abang-abang yang dengan selamba badaknya mengangkat tong gas, tiang kayu, dan segala benda yang besar lagi berat untuk naik ke atas. aku yang bawak beg seciput ni pun dah rasa macam nak wakafkan je beg tu untuk para pelancong, ni kan pulak yang angkat benda-benda yang super duper beratnya. aduii melantak vitamin apa agaknya mereka-mereka tu. oh ya, perjalanan yang bermula seawal pagi itu berakhir pada jam kira-kira 4 petang ya kawan-kawan walaupun jaraknya hanya sekadar 6 kilometer. padahal kalau secara normalnya kita naik moto kat jalan raya biasa, busuk-busuk pun 10 minit pun dah boleh sampai sampai kan. melampau-lampau betol kau kinabalu oii.


on the way nak naik ke Gunting Lagadan.
pemandangan tersangat-sangatlah cantik. Subhanallah!

sampai di Gunting Lagadan, stop untuk merehatkan diri dan melantak sebaik mungkin. sejuk! amat sejuk! suhu ada la kira-kira 10 darjah celcius. dah macam bertapa kat dalam peti ais rasanya. kalau masa check-in kat taman negara tadi pun dah sejuk, kat sini lagi bertambah-tambah sejuk ok. air paip kat situ jangan cakaplah, dah macam air ais. nak basuh tangan pun macam tak sanggup, ni kan pulak nak basuh benda-benda lain yang berkenaan. dan amat gilalah bagi aku kalau ada orang yang boleh mandi dengan jayanya kat situ. gila gila gila! lepas makan malam kat ala-ala cafe kat situ, stay untuk taklimat beberapa ketika, dan seterusnya harus tido. masa tu jam dalam pukul 8 lebih, nanti pukul 1 pagi dah nak kena bangun untuk memulakan adventure tahap kedua untuk hiking sampai ke puncak. dan sekali lagi, sejukkkk! oh sebelum pejam mata, sempat call puan emak dan pakcik boipren untuk melapor keadaan diri sendiri. dan ofkos la nak mintak kata-kata semangat sikit, sebab dengar cerita masa taklimat tadi macam menggerunkan je. dan memang bersemangat pun lepas habis call tu. semangat nak tido! haha.

time taklimat pun sejukkkk!

19 Februari 2012
bangun dari tidur pada jam 1 pagi dengan suasana sejuk beku memang mengujakan. teruja la sangat. macam tak hingin nak bangun je pun. lepas makan mengalas perut dan briefing dari pakcik-pakcik guider, terus gerak mendaki segala batu-bata yang ada. lebih adventure dari pendakian yang 1st siang tadi. dah la gelap gulita takda sebijik lampu jalan pun. nasib baik ada torchlight yang berjaya dibeli di uptown beberapa hari sebelum tu, dapat jugak tengok tempat mana nak dipijak. dengan lenguh kaki nak melangkah, dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi tak berbahasa langsung, tambah-tambah pulak dengan mengantuk yang amat dasyat sampai tahap boleh terlena sambil berdiri, memang sangat ohsem diri ini dirasakan ketika itu. tapi kan, nasib baik la takda simptom-simptom lain yang terjadi. takda muntah-muntah, takda pening-pening, sangat bernasib baik. Alhamdulillah.

dan akhirnya setelah penat lelah bagai setengah nyawa, sampai jugak aku di puncak gunung dengan diheret kemas oleh si adik junior amir anwarie. terima kasih banyak-banyak la ye awok, memang awok sangat membantu pada hari tersebut. sempat jugak berposing seketika kat atas puncak tu sambil menikmati keindahan alam yang mungkin dapat tengok sekali je dalam hidup. lepas ni sumpah tak larat dah aku nak naik, apatah lagi nak honeymoon kat situ. huh! next checkpoint untuk berposing, kat tempat yang ada view puncak dalam duit seringgit tu. bila tengok balik gambar-gambar kat dalam kamera kan, nampak macam gambar yang diedit pulak. view kat situ memang super duper cantik. rasa macam nak pacak khemah dan bermastautin terus kat situ sebab nak tengok view puncak tu tiap-tiap hari. ohsem gila!


akhirnya sampai ke puncak. yeay! :)

mak, ayah, adik di puncak Gunung Kinabalu.
nama-nama lain x cukup space nak letak. padan muka.

view dari low's peak puncak gunung. 
seringgit seringgit!

kinabalu di hujung jari.

tak perlu susah-susah mencari muka aku. sebab bila aku sampai, semua dah abeh berposing.
benci tau macam ni!! *tumbuk-tumbuk dinding. .

dan selepas selesai aktiviti-aktiviti posing-posing manja dan mencuci mata melihat alam ciptaan Ilahi, sampai lah masa untuk turun ke Gunting Lagadan. masa begitu mencemburui pulak. haiyok! time turun tu baru sedar yang trek naik ke puncak gunung tu memang super extreme. waktu hiking tadi tak sempat nak sedar sebab gelap gelita, dah nak turun ni baru nampak segala benda. haish nasib baik semua orang selamat sampai tau. abang guider tu cerita, dulu pernah ada orang jatuh gaung kat situ tau. scary gila. dushdush! hah dan lepas siap kutip segala barang-barang kat bilik dan makan-makan menambahkan tenaga, terus turun pulak ke Taman Negara. dan inilah saat-saat yang memang menyeksakan. ouh sangat menyeksakan! dah la jauh nak jalan turun ke bawah, sakit kaki pulak tu. muka aku time tu memang tak happening langsung. muka kelat, sekelat yang mungkin. kalau waktu mendaki semalam boleh lagi nak usha-usha pemandangan sekeliling, nak turun ni mata memang fokus kat tanah je. kalau waktu hiking semalam mulut ni rajin jugak nak senyum dan beramah mesra dengan segala tourist dan pokok-pokok yang ada, time nak turun ni memang takda nafsu langsung nak beramah mesra. nak cuci mata tengok mat saleh hensem pun dah takda selera. dalam otak memang ingat nak cepat sampai je. haaa nak bercerita pun penat. memang penat. tambahan, waktu naik lenguh kaki, waktu turun, sakit kaki. so nais!!

sebaik sampai je kat Taman Negara, makan lagi untuk topup tenaga. lapas tu, terus melelapkan mata tak sedar diri dalam bas balik ke UiTM Sabah. malam, rehatkan diri dan rehatkan kaki yang terhincut-hincut disebabkan urat-urat kaki lari ke padang. sobs.

20 Februari 2012
hari ni aktiviti melawat SMK Pulau Gaya yang terapung. terapung la, dah namanya pun sekolah tu kat atas laut. nak sampai sana pun  kena naik bot, ala-ala kampung nelayan gitu. sekolah dah la cantik iras-iras macam taman, student pun hensem-hensem belako. boleh camtu? haha. aktiviti aku kat sana, beramah mesra sambil cuci mata tengok adik hensem. aal-awal lagi dah melekat sorang. takda la hensem sangat pun, tapi sweet tu ada. biar bukan sehensem Aaron Aziz, janji semanis Beto Kushairi. biar wajah kurang tampan, janji kemanisan setaraf gula. kahkah. huh bosan la cerita pasal mamat-mamat hensem ni. sudah sudah.

start dengan taklimat keseluruhan, lepas tu baru dibahagikan kepada group yang lebih kecik. best jugak kadang-kadang jadi akak faci ni. tapi kalau adik-adik banyak sangat ragam, memang akak humban jugak adik-adik ke laut tu ye. nasiblah student-student kat sana majoritinya ok-ok belaka. tapi kadang-kadang tengok macam kesian jugak. hmm seharusnya kita kena bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi kan. lapas habis aktiviti, kami sempat round sekolah dan makan tengah hari berlaukkan ikan goreng fresh dari ladang.

kami di SMK Pulau Gaya!

lepas melawat sekolah, next program ialah sesi mandi manda di Pulau Manukan. tapi aku tak mandi pun, just cuci mata kat tepi pantai jerr. nak terjun ke pantai pun, kalau snorkelling cakap 'hai' kat ikan-ikan tengah laut tu baru la best. setakat nak main ombak di persisiran pantai, balik Penang berendam kat Batu Feringghi pun boleh. cuma tahap tumbukan ombak jela yang tak sama. ombak kat sana kuat. macam tengah dok wrestling pulak aku tengok budak-budak yang dok berendam kat pantai tu. jenuh nak berlawan dengan ombak. ombak jahattt!! eh takda kena mengena. kbai.

semua orang suka naik bot. aku paling suka.

selamat datang uolls!


sebelum balik ke UiTM Sabah, singgah dulu kat Pasar Philippines cuci mata untuk yang ke berapa kali pun tak tau lah. banyak sungguh barang di sini ye tuan-tuan dan puan-puan. ada ikan fresh, hasil laut, makanan panas-panas, makanan yang dah siap packing, cenderamata, mutiara, senang cakap macam-macam ada lah. paling terliur tu bila tengok ikan,sotong, udang, yang tengah dok bakar panas-panas. pergh. oleh itu, aku pun mengorbankan duit ringgit yang ada membeli beberapa barang yang perlu. eh ni bukan barang keperluan, tapi barang kehendak. beli sebagai buah tangan nak bagi kat famili je pun, sebagai tanda kaki aku dah jejak Sabah. paling banyak yang diborong ialah kuih cincin. kan Sabah ni femes dengan kuih cincin. oleh itu, adalah menjadi satu kewajipan bagi aku untuk turut sama menyumbang kepada kemajuan ekonomi kuih cincin.


malam, dinner dengan pengarah JPAM Sabah. lapas makan-makan, ada la pulak sesi bagi sijil Gunung Kinabalu dan sesi berkongsi cerita suka dan duka di Kinabalu. sharing is caring tau uolls. malam itu aku beradu berselimutkan kekenyangan. eh esok dah balik Shah Alam! start packing mana yang mampu. 


21 Februari 2012
argh penatnya nak angkat beg. dengan kaki pun kengkang-mengengkang nak naik turun tangga, nak usung beg lagi. haiyya! pagi ni sebelum balik, singgah di UMS dulu. macam best je SISPA kat sana. dah la kat tepi pantai, ada tempat training khas pulak tu. nasib baik dorang bagi aku makan, kalau tak dah rasa macam nak bakar je tempat training tu. gila melampau aku ni. lepas sesi taklimat dan sesi makan, melawat pulak Muzium Marin yang ada kat UMS tu. gila best ada akuarium pulak UMS ni. macam-macam spesis ikan ada kat sana. tinggal ikan duyung je takda, tu pun sebab aku tak duduk sana. haha. 


depan pejabat SISPA.


excited posing depan ikan besaq.

sempat posing depan akuarium dengan kak sarah. 

dan akhirnya, berangkat pulanglah semua rakyat jelata ke shah alam. kat dalam flight dah ada abang pramugara. yiihaaa! nama dia kan, abang nara. sweet je tau. aku pun dari nak main konda-kondi terus duduk diam-diam je dalam flight tu. yela, takut nanti abang nara taknak masuk meminang pulak. kahkah. tidur dalam flight kali ni pun tak lena sangat, just tidur ala-ala ayam. runsing pikir pasal anak-anak terbiar tanpa kasih-sayang kat rumah. bajet macam wanita bekerjaya yang tengah on the way balik dari outstation pulak kan. fangg!

sejurus tiba di LCCT, tunggu bas nak balik UiTM dan sambung buat taik mata dalam bas. dan pada malam yang hening itu, kami semua selamat sampai di 'UiTM di hatiku'. makluman, pakcik-pakcik dan makkcik-makcik sekalian boleh usha lebih banyak gambar di fesbuk saya yang berdekatan. akhir kata, so much fun dan Alhamdulillah. 

sekian,
aku yang semakin malas menaip.

3 comments:

ezwan mazlan said...

Menarik!! Tp, Maafkan saye, gift yg diberi sudah hilang bersma2 kunci mtor kesayangan..

Norfadilah Isa said...

chumelll le plak akak tg0k bl0g k0 kinah... cm na mkan jerk.. aishhh... ni kene tuka template nihhh~~~

n o r s a k i n a h said...

ezwan,
dah taknak kawan. susah-susah aku bawak balik tu, boleh pulak buat magic bagi dia hilang ek. ciskek! haha.

kak dila,
haha. jeles lettew. tukar layout lekas! :D