Sunday, January 6, 2013

*aku yang pemalas dan penjeles tahap cipan*

hai uolls. 

sungguh tak keruan hidup ni kadang-kadang. semakin lama semakin bosan. rasa macam nak je sekali seminggu try terjun dari kapal terbang ke, terjun dari tingkat 144, baru la rasanya fun gitu. ini tak. paling extreme yang aku mampu buat pun, bawak motor dalam hujan batu sambil melalak lagu hindustan kuat-kuat. sungguh tak mencabar fizikal dan mental. humph.

bangun pagi, dah kena berlumba dengan motor-motor lain nak sampai ke tempat praktikal. ni kalau aku berjaya potong mat-mat motor kat jalan raya nun, aku dah rasa akulah yang terhebat hebat. hidung pun kembang-kempis-kembang-kempis berenti tanpa menghiraukan jejaka-jejaka hensem kacak bergaya yang dok mengusha di sepanjang perjalanan nun. kat tempat praktikal, kena pulak tadah telinga dengar sesi luahan hati dan perasaan bos tersayang. rasanya kalau taik telinga ni cair, memang cukup setimba kot aku mampu tadah tetiap hari.lepas ni kalau ada orang cakap aku bukan pendengar yang baik, memang rasa nak sumbat dia dalam tong sampah MPSP hidup-hidup. 

balik rumah, jadi pulak suri rumah mithali take over kerja-kerja rumah yang tak sempat puan emak buat. tapi selalunya sempat je beliau buat semua benda, aku balik mentekedarah nasik je pun secara normalnya. demi untuk menyedapkan hati puan emak, aku pun buat-buat la rajin sikit sapu sampah, mop lantai, bersihkan dapur, kutip baju, lipat baju. kang puan emak ingat aku tak layak nak berkahwin pulak. kan lagi susah cenggitu. pastu lagi aku merajinkan diri bagi ikan dalam kolam makan kenyang-kenyang, pastu bagi kucing makan ikan pulak. tu jelah. pegang senduk tak ada dalam senarai la pulak. rasanya aku dah sampai tahap konfius antara bawang dan halia. T.T

lain-lain aktiviti, menghabiskan sisa-sisa harian dengan mengadap tv dan laptop. memang muka aku jelah yang dok mengadap drama-drama Melayu di malam hari. kalau takda drama, mengadap muka Jepp Sepah kat channel Warna dan membayangkan kalau dia jadi laki aku. oh sungguh ceria hidup kurasakan dengan lawak-lawak beliau. pastu layan pulak Pangako Sa Yo dan membayangkan aku sebagai heroin. sungguh bahagia hidup ni dengan pakwe yang hensem kacak bergaya lagi loving dan caring tahap cipan. gila kau taknak pakwe cenggitu. pastu layan pulak kemah keming UAI dengan 30 minit Ustaz Don untuk kesihatan rohani di samping memperbaiki diri menjadi mjuslimah sejati. cewah. 

mengadap laptop sekadar untuk jadi stalker berkaliber kat facebook di samping menambah koleksi gambar dalam tumblr untuk mencuci mata sendiri. yang kat blog ni tak teringin pulak nak update sebab kemalasan tahap cipan menguasai diri. nak twit-twit pun dah takda selera sebab tak ada apa untuk diselerakan. yang pasti, aku selalu mengupdate diri dengan gosip-gosip terbaru kat blog abang nara demi mengetahui cerita-cerita retis masa kini. yang cerita-cerita nabi tu taknak pulak nak ambik tau kan. ni la yang buat aku sedih jadi diri sendiri kenkadang. :(

perkembangan saiz badan, rasanya semakin hari semakin mengembang. mana taknya, bedal nasik kat rumah dah konpem-konpem 2 pinggan tiap kali makan. nasib baik la siang-siang makan kat kedai, kena la cover-cover ayu sikit depan encik-encik LHDN dan abang-abang office boy kat situ. nanti kang nama aku kena blacklist, pastu susah pulak nak carik kerja kat area penang ni. hah pastu mulalah aku nak menyalahkan bos tempat praktikal aku nih. asyik belanja makan pau je, memang la aku pun lama-lama makin bulat macam pau. pastu pandai pulak beliau mengutuk aku semakin berisi ye. ceh. dan aku telah pun berjaya membeli Losyen Sejuta Khasiat Anugerah demi nak mengempiskan perut. dengan bau-bauan epal dan berkat ayat Al-Quran, mudah-mudahan Allah izinkan lemak-lemak tak diundang ni pulang ke tempat asal memasing. macam-macam tau produk Anugerah ni, untuk kegunaan seharian especially untuk student, suami isteri dan semua orang lah. bagi sesapa yang tak pernah berjumpa dengan produk ni di pasaran berdekatan, sila lah melawat page Anugerah untuk proses berkenalan.


harga asal RM26, tapi sekarang tengah promotion kot. so aku beli, 22 hinggit.  


oh ni nak mention pulak pasal kisah cintan-cintun aku dengan putera raja yang aku chentai lagi aku kasihi. masuk tahun ni, dah kira 5 tahun la aku dengan sabar menanti dan tanpa jemu menunggu kedatangan beliau ambik aku naik kuda. tapi takda pun nampak batang hidung kuda, asyik nampak asap motor je. huh sungguh tak berwawasan punya pakwe. aku pun dah mula cuak dengan nasib diri sendiri. ceh, saja aku buat terok. padahal sebenarnya jeles tengok semakin ramai yang kahwin muda. aku ni pulak, macam lambat lagi je. studi pun tak habis-habis lagi, pastu nak cari kerja pulak lagi. mana nak beli kereta, mana nak beli rumah, mana nak shopping, mana nak simpan duit lagi. agak-agak umur berapa aku nak jadi bini orang ye. tapi, oleh sebab calon bakal mak mertua ada terlepas cakap nak suruh anak dia menikah bila umur 25, aku ada sedikit lega. at least probability nak jadi andartu tu berkurangan la sikit kan. tapi yang dok musykil ni, mampu ke aku ada kehidupan yang stabil segala bagai sebelum sampai umur 25 ni. bukan takat musykil dengan diri sendiri, musykil jugak aku dengan si putera raja sorang ni. ni la yang payahnya bila sama-sama sebaya. masing-masing kena setelkan kerjaya dalam waktu yang sama. kalau pakwe tua sikit kan, mesti dia dah boleh setel dengan hidup dia awal-awal, dan masuk meminang dengan kadar segera. tak ke gitu. apa-apa pun, harap-harap semuanya dipermudahkan Allah ye. amin. :)

pastu kan bila dok sebut pasal ramai yang kahwin muda tambahan tak sempat habis study pun lagi, aku pun try la testing puan emak nak tengok dia bagi green light ke tak kalau aku pun nak kahwin sebelum habis studi. hah memang sah-sah puan emak tak bagi aku kahwin selagi tak ada kerja. alasan beliau, baik simpan dulu sebelum kahwin sebab nanti bila dah kahwin dan ada anak bagai, susah nak menyimpan duit. pastu bila aku bagi alasan nak kahwin awal bagi mengelakkan berlakunya benda-benda tak elok, puan emak dengan tegas memancung dengan ayat berbaur kekerasan. "tak payah la buat benda tak elok", cenggitulah bunyiknya. aku pun terdiam sebillion bahasa sambil tersengih-sengih ala kerang betina menuggu kerang jantan. kan dah kena, padan muka. so cara terbaik yang mampu aku pikir untuk mengelakkan benda-benda tak elok ni, kurangkan berjumpa mata bertentang mata. kan dari mata turun ke hati. :P 

dan akhir sekali, hari tu tengok Raikan Cinta kat tv, yang akak blogger Maria Elena tu kahwin. Ya Allah, gila jeles aku dibuatnya. dah la sama cantik sama padan. baju dan semua wedding punya persiapan pun cantiks-cantiks belakos. tambah-tambah pulak bila tengok family beliau dan segala majlis yang fun dan happening tu, lagi la bertambah jeles. pastu kan, tetiba aku dapat idea dan mula la mereka-cipta baju kahwin aku sendiri. tak salah kan. kihkihkih. 

gambar aku kidnap kat blog abang Zamani84.
harap-harap tak kena tangkap oleh bapak polisi.



cantik kan baju cenggini. simple je. takda la sarat dengan batu-bata segala bagai, pastu blink-blink pulak lagi dari atas sampai bawah. nak pakai pun rasa gundah-gulana. sweet je akak maria dan abang asfirdaus ni. make-up pun tak tebal, natural beauty gitu. terus tiba-tiba aku bersemangat dok merancang macam aku nak kahwin bulan depan pulak. argh aku nak stress dengan tiba-tiba. 

ok lah. ni jelah yang aku mampu taip walaupun macam banyak lagi yang bersarang di minda. cewah. semoga aku terus rajin untuk mengupdate blog. tatatitituttttuuuutttt.



2 comments:

dylfedy said...

yaaaa~~~ b0san t0l kehidupan k0 kt umah kinah 0iii~~~ cpat2 laaa balek s.alm ek~~ huhuhuh... ntey keb0sanan k0 ilang ler

farah said...

tergelak gelak aku mmbacenye haaaaa :D